Novel, novel, novel dan novel..Jadi nak cerita sikit pasal novel yang ditulis oleh Damya Hanna yang bertajuk Bicara Hati. Apa yang cakap novel nie best sangat-sangat, sampai saya katam novel nie tak terkira oleh jari jemari. Tahniah Damya Hanna..Novel beliau memang sangat best.
Bayangkan saya beli novel nie tahun 2010 dah 18 kali cetak dah. Novel nie memang terbaiklah. Kena dengan watak dan jalan ceritanya. Macam-macam genre yang ada dalam novel nie sedih, suka, duka, cinta, persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya lah. Siapa yang dah baca pasti akan tahu betapa bestnya novel nie..hehe..berapa banyak best dahhhh..
Bila baca novel nie, rasa macam jatuh cinta dengan Tengkun Syahran pun ada. Romantik, tapi bila datang baran dia..habis semuanya..Alia pulak baik sangat-sangat. Lemah lembut, sopan santun, dan yang paling penting watak dalam novel khayalannya adalah heroinnya cantik dan heronya mestilah kacak, segak, bergaya dan sebagainya.
Ini lah dunia pembaca novel..yang penuh dengan imaginasi yang amat lah tinggi sampai puncak gunung Everest, kalau boleh nak ke bulan, bintang atau seluruh carekawala nie..Hehe..itu saya je kot.
Jadi saya syor kan anda membeli novel nie, kalau tak mampu, pinjam, kalau tak nak pinjam, jangan mencuri.. Ok, untuk novel nie saya bagi 5 bintang daripada 5 bintang. Yeaaaaaaaa..Selamat Membaca
Sinopsis :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya. Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
1 comment
Saya memang nk beli novel ni pun, umm mungkin minggu depan . btw, tengok tajuk pun thu dah best ^^v