28 October 2011

[Review Novel] 7 Hari Mencintaiku Oleh Siti Rosmizah


Assalamualaikum..

Hari nie nak cerita sikit tentang novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Siapa yang tak kenal penulis yang meletup nie, gara-gara munculnya novel pertama beliau iaitu Andai Itu Takdirnya, yang sememangnya menjadi buah mulut bagi pengemar-pengemar novel.

Kemudian Siti Romizah nie pula muncul kembali dengan sebuah lagi novel yang ke-2 yang diberi tajuk Cinta Kau dan Aku. Novel nie pun jadi best seller. Tu lah macam peribahasa melayu cakap, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.! Rezeki beliau dan muncul lagi dengan novel beliau yang ke-3 iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu. Tapi novel yang ke-3 nie dikeluarkan dibawah syarikat penerbitannya sendiri iaitu SR Publication dan seterus syarikat beliau mengeluarkan novel ini lah 7 Hari Mencintaiku yang setebal 1050 tak termasuk kulit.

Fulamak tebalnya. Siapa yang memang gila membaca memang sanggup baca sampai habis (eheh..kantoi lah kan saya tak baca sampai habis.) Apa pun untuk novel nie saya tak tahu nak bagi berapa bintang sebab tak baca langsung pun lagi walaupun dah beli. Saya beli dekat PC Karnival dekat u saya hari tu. Bukannya apa tebal sangat, sekarang tak ada masa lagi nak baca. Maybe next time. Jadi koleksi je lah buat sementara waktu nie. T_____T.

Siapa yang dah baca boleh lah bagi tahu ye macam mana..Selamat Membaca.


Sinopsis :
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.




p/s : cover dia menarik kan?

2 comments

October 31, 2011 at 8:23 AM

wah best! sa minat writer tu :"D

October 31, 2011 at 10:55 AM

@khairunnisaazrie :) Suka jugak ye :)..Novel nie tebal sgt. Tak smpat baca pun lge..dah bce ke novel nie?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome