10 December 2011

Novel Gemersik Kalbu dalam Drama



Assalamualaikum, apa khabar blogger..


Dah lama tak update blog kan..Sekarang busy sebab cuti semester dah habis, dan kuliah dah pun dah bermula, hampir 2 minggu dah kat Perak nie dan apa lagi assignment pun dah berlambak. Ya Allah, tabahkan lah hati hamba Mu yang lemah ini. Disebabkan hal ini lah blog nie tak di update. 


Tadi, buka lah blog nie, dekat dashboard tu kan ada list blog yang kita follow kan. Dan saya scroll lah new post untuk blog yang saya follow iaitu blog Kozumiro, dan terjumpa satu post berkaitan dengan drama baru yang akan ditayangkan dekat tv3 nanti bagi menggantikan slot Akasia Tentang Dhia. Saya buka lah post tu sebab tajuk drama tu macam familiar..rupanya-rupa adaptasi daripada novel yang saya minat sampai jadi gila..hehehe..tak ada lah, tapi hard die fans lah pada novel tu. Haaaa...nama novel tu Gemersik Kalbu. Memang cerita nie, gemersik hingga ke kalbu dan terus ke hati, jantung dan sebagainya...Sepadan dengan tajuk novel nie lah. Syabas Anis Ayuni..Novel nie, besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt...sangat. Baca novel nie berpuluh-puluh kali sampai lunyai novel nie..hahaha


Disebabkan terlalu taksub dengan novel nie, dan nak tahu sangat siapa yang bakal melakonkan watak dalam drama Gemersik Kalbu nie, sanggup telefon adik dan akak kat rumah tu sebab nak tahu siapa pelakonnya..Sebab apa telefon diorang? sebab kat sini tak ada tv, kalau ada pun dekat Dewan Makan, aduh malasnya nak duduk 24 jam dekat situ, semata-mata nak tunggu iklan pasal slot akasia yang terbaru nie. Memang tak lah kan..tak ada kredit, sanggup pinjam SOS Topup..hahahaha..dahsyat tak dahsyat nya gila kan novel nie..Tak sempat tanya, suruh adik call balik..hehehe..teruk gila kan.


Pelakon dalam cerita nie, Ayu Raudah dan Aqasha. Errrrmmm..confirm lah Ayu Raudah sebagai Rihanna dan Aqasha sebagai Suffian kan..Siapa jadi Wan Ariffin? Adik kata Tak tahu. Iklan sikit je. Yang penting boleh tengok cerita nie sampai episode 4 je nanti sebab 24hb cuti mid sem, cerita nie mula 26hb November 2011. Harap cerita nie, best macam novel nie. Dah baca belum novel nie? kalau belum baca, cepat baca, tak ada beli, tak nak beli pinjam kat library atau kawan-kawan yang ada novel nie, tak ada jugak? curi? hahaha..jangan, berdosa. 


Oklah, tak sabarnya, nak tengok cerita nie. Jangan Lupa tengok ye. 26 November 2011, TV3, 7:00 - 8:00 malam.


Sinopsis :
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .
Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome