28 July 2012

Kasihlah Ibu, Sayangilah Ayah

Perhatikanlah ayah ketika beliau sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu
kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja
asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.
Lihatlah wajah mulus ibu
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu, kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan
dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Saya sayang umi dan ayah. Ya Allah, kau kasihilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku ketika ku di waktu kecil. Amin Ya Allah. Walaupun Ayah dah tak ada tapi tetap ada  dalam ingatan saya. I love you ayah and umi juga.

Sumber : Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome