19 November 2012

Yeah..dapat 5A.

Assalamualaikum..


Yeah..alhamdulillah, hari ini keputusan UPSR dah keluar. Nak tahu saya dapat berapa? Seronok ni melompat-lompat.

Dari malam semalam tak boleh tidur sebab takut nak ambil keputusan. Okay bukan semalam je, seminggu sebelum nak keluar keputusan UPSR, hati memang tak tenteram.

Dan hari ini pun dah tiba..mandi awal-awal, pakai baju, nak pergi sekolah ambil keputusan. Dan tibanya di sekolah dalam pukul 9:30, ramai dah kawan-kawan waktu tu, pukul 10 lebih baru boleh ambil keputusan sebab guru besar pergi ambil dekat PPD Bentong, Pahang dulu.

Tak ada mood nak melukis. T__T

Berdebar ni..beratur lah panjang-panjang. Tiba giliran saya di depan meja guru kelas, cikgu nazri senyum je..

Ohh..Aini ye..

Jap ye..

cikgu pun carilah slip keputusan saya..dan..

cari punya cari dan cari..alamak..

Aini, keputusan awak tak ada lah. Macam mana ni?

Haaa..biar betul cikgu..

laa..betullah..awak dah tua, zaman awak ambil UPSR dah berlalu..

K.O aku depan meja tu..

hehe..
Bukan result saya ye..En.Google.


Hari ini keputusan UPSR dah keluar kan..Jadi akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kepada yang tak cemerlang tu tak apa, UPSR bukan penentu masa depan pun kan. Belum tentu tak dapat 5A adik akan terus gagal, dan tak boleh cemerlang di kemudian hari. Usaha lagi ye. Buat yang lebih baik di masa hadapan.


p/s: Teringat zaman saya ambil keputusan UPSR. Seronoknya. ^___^



22 comments:

  1. 5A upsr tk jamin2 apa smua org mampu berjaya :D hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada semua adik2 yang berjaya mendapat 5A...

    ReplyDelete
  3. laa, dup dap dup dap ai baca..hehehe

    ReplyDelete
  4. akak batch terakhir upsr 4 subjek...

    ReplyDelete
  5. hunny madu : kan akak..rindu zaman sekolah.

    Nizam :hehe..tak kanlah kan..akak dah 20 kot..hehe.

    Din : Betul.. ^__^

    Mia Liana : a'ah kak mia..tahniah pada mereka.. ^___^

    Cik Cyida : hehe..bukan saya..hehe.

    ReplyDelete
  6. wahaha pelik je baca padahal kt sidebar tu tulis aini 20 tahun xD

    ReplyDelete
  7. Laaaa, eiqa bce pun pelik mula-mula, aikkk tak kan budak darjah 6 punya blog niee, ekekeee oooo, teringat zaman dulu rupanyaa.. :D

    ReplyDelete
  8. selamat mendapat 5A

    akhirat
    amalan
    agama
    akhlak
    akidah.

    Amiin..

    :D

    ReplyDelete
  9. hahaha...rindu nak jadi budak sekolah rendah balik ke aini?

    tumpang tanya subjek PEKA kat dalam slip kat atas tu subjek apa ya?

    ReplyDelete
  10. Wan terkejut sbb Kak Aini wat entri psl dapat 5A...Tak silap Wan kak Aini budak grafik...Rupa-rupanya Wan ditrollkan...Terbaik ;)

    ReplyDelete
  11. @munirah :) hehe..salah tu..baca sampai habis..hehe..

    @Eiqa Almondhehe..taklah bukan saya..hehe..maaf, tipah tertipu pula.

    @لين Si Pipi Merah Amin Ya Rabbalalamin

    @Hatimi Tahirruddin heh..nak juga..best. PEKA tu kalau tak silap saya, macam subjek fardu ain..Pendidikan islam.

    @wan namikazehehe..tak lah adik..akak gurau je tu..ingat zaman dulu-dulu..hehe..

    ReplyDelete
  12. @nis

    Ehh..okay sangat dah tu adik..tahniah..tak apa tak dapat 5A pun..nanti PMR, SPM buat betul-betul ye, itu lagi penting. ^__^. Tahniah dear.

    ReplyDelete
  13. huhu...sabor jela..eksaited bca td..

    ReplyDelete
  14. iskkk...bt suspen je bace tadi...=D

    ReplyDelete
  15. Syah dapat 4A 1B ja , bab Science memang xleyh dapat A .! Huhuhu :/*serius*

    #Syah UPSR Candidates

    ReplyDelete
  16. kalau tak dapat 5A masa upsr jgn risau...masih boleh usaha utk PMR pulak nanti....

    ReplyDelete
  17. HAHAHA .. NYARIS2 .. HAISH .. ENTRY YG DUPDAPDUPDAP .. KUIKUI

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.