18 January 2013

Aku garang, kalah singa?

Assalamualaikum...

Setiap manusia mesti ada rasa marah kan. Sabar pun ada hadnya. Tapi kalau marah boleh merosakkan segala-galanya baik jangan marah.



Sebab itu saya tak suka nak marah-marah ni, salah satu sebab kalau saya dah marah, saya lebih garang daripada singa. Hehe..okay tipu. Tak lah sampai macam tu sekali cuma, kalau marah saya suka tahan, bila tahan rasa mengeletar je tangan. Badan, kaki semua sejuk sebab tengah marah.

Kalau dah tersembur, siaplah, memang habis. Jadilah macam LISTEN!! LISTEN!! LISTEN!!. Bukan isu "LISTEN" itu ye, tak ada kena mengena. Tak kan dengar dah suara orang itu, memang 100% satu rumah dengar suara saya(silalah percaya). Sebab tu saya tak marah.

Jangan cepat marah ye, sabarlah selagi mampu. Kalau tak mampu, jangan tanya pendapat saya dan macam mana nak buat, sebabnya saya akan berfikir secara tidak rasional dan memberikan pendapat yang tidak bernas..hehe. Kalau saya beri pendapat, sila pusing kepala dia ke arah yang berlawanan. Lawan jam atau ikut jam, dua-dua boleh..hahaha.

Tips Mengawal Kemarahan :

  1. Kalau kita marah, ketika kita sedang duduk, kita bangun atau berdiri.
  2. Jika kita sedang berdiri, kita duduk atau baring. 
  3. Tidur je terus lagi baik, pejam mata rapat-rapat, sumbat kapas dalam telinga, gigit bantal kuat-kuat. Dan jangan lupa sediakan bantal di bawah kaki untuk ditendang. (Jangan tiru aksi ini rumah, sekolah, mahupun asrama)
  4. Lari atau menjauhkan diri daripada orang yang kita nak marah itu. 
  5. Diam, tahan diri daripada bercakap. Tutup mulut, zip mulut, tak ada zip, pergi jahit. T__T [Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)]
  6. Beristighfar - Astarfirullahazim. (Terjemahan Istighfar: "Aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung")
  7. Ambil wuduk dan solat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A :

“Bukanlah orang yang gagah itu orang yang kuat bergusti(menjatuhkan orang lain), tetapi orang yang gagah itu adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah”.

Kita lagi kuat dan gagah bila tahan marah, marah itu api, jadi jangan jadi api yang mudah membakar diri. Ganjaran syurga untuk orang yang bersabar.


p/s: Tips tambahan- Buka laptop, main angry bird, tembak babi babi tu. Tak sopan ye? Okay tembak pig tu. Kebetulan, dengar budak atas jalan depan rumah, bawa motor sambil ketawa macam pig dalam angry bird tu. Yiiihaaa.. hekhekhek(pig tu ketawa).

20 comments:

  1. ergh.. apa maksud tersiratnya Aini? erm... erm..

    ReplyDelete
  2. @Cik Syida Hehe..jangan marah..sabar Aini sabar..hehe..itu je.

    ReplyDelete
  3. Stail marah adik cm akak plak hehe..
    Tahan marah smpai menggigil kaki tgn, tp xpe sbb besa ganjaran bg org yg sabar :)

    ReplyDelete
  4. saye pemarah. pemarah yang teruk huhu tapi belum pernah lagi makan orang :p

    ReplyDelete
  5. sabar aini...tak baik marah2....tapi sekali2 terlepas pun takpe juga...biar org tahu yg kita pun ada perasaan...

    ReplyDelete
  6. didiey cepat mrh..kdg2 xblh control..tips tu insyaALLAH akan diamalkan :) thanx aini

    ReplyDelete
  7. @huny madu hehe..ye ke kak?Ada chemistry kita ni..hehe..gigi akak dah tak sakit?

    ReplyDelete
  8. @Hanida Moss Ohh..ye ke kak? tak apa, boleh ubah sikit2. hehe, nasib tak makan kak, kalau makan jadi lain dah tu.

    ReplyDelete
  9. @Hatimi Tahirruddin Hehe..tak lah timi, tak marah, cuma kadang-kadang geram pada orang itu yang tak ada rasa belas kasihan dan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  10. @~didiey~ Ye ke? Tapi nampak didiey macam lemah lembut je. Sama-sama. ^___^

    ReplyDelete
  11. @Alya Humaira' Hehe..alya agak-agak saya garang tak? hehe.

    ReplyDelete
  12. menahan marah sgt2 mencabar dn menguji keimanan.. huhu. betul, diam & menjauh adalah terbaik, kalau x mmg masak laa haha

    ReplyDelete
  13. haha , rasa nak tendang pig tu bila main angry bird tu biar jahanam laptop . :P akak jarang marah , tp skali marah . haaa .. jeng3 . huhu

    ReplyDelete
  14. hahaha..so funny la aini tang bnyi pig tu..

    akk kalau mara tak la smpai mengeletar sume tu..cumaaaaa.. ha, time tu memang menonong akak sound orang..sampai orng tak caya akk blh ckap cmtu..hik3..

    ReplyDelete
  15. sha susah marah jugak...byk pendam je..sekali dah marah,...huhu..mmg tajam menikam..sbb tu cuba sgt elak terlepas marah...
    tq for sharing :)...

    ReplyDelete
  16. haha.. tembak bab 1 bab 1 itu.. hehehe..

    yihaaa.. sakit ati bila kite failed level tu dan Bab 1 Bab 1 tu gelak mcm tu. Cis! Durjana! =P

    ReplyDelete
  17. sabar selagi mampu...

    kalau marah sangat tidur je terus ye..--> boleh cuba buat ni.. :D :D

    kak tak pernah main angry bird... hihi

    ReplyDelete
  18. betul la tu... sifat marah ni sifat syaitan... moga kita sentiasa sabar dan beristighfar...

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.