18 January 2013

Penangan Drama Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum...

Disebabkan menyampah nak tunggu Drama Setia Hujung Nyawa, sanggup mencari novel ni keliling dunia. Okay, penipu. Dah lama cari tapi tak jumpa-jumpa. Tanya kedai semua habis. Lepas order stock baru habis lagi. Mesti ramai yang tekanan kan..hehe..sebab tu pergi beli novel tu sampai semua book store licin. Untung Fatin Nabila aka penulis novel Setia Hujung Nyawa ni.

Disebabkan saya pun tekanan juga, saya beli novel online. hehe.. Tengahari tadi baru sampai. Kalau beli 2 buah novel penghantaran percuma, manakala 3 buah novel, penghantaran juga percuma + harga diskaun. Jadi saya rembat 3 buah.


Haa..siap ada shining lagi..Apa dah tertekan flash.

Saya beli 3 buah buku, satu dah semestinya Setia Hujung Nyawa, ke-2 Kau Yang Ku Sayang..haa..novel ni terbeli sebab terpedaya dengan review Kak Ruha. Kah Ruha lah penyebabnya..kihkih..kak ampun kak..

Novel ke-3 ni pula Cinta Pandang Ke-2..haii, dah dua kali pandang baru jatuh cinta. Kenapa tak kali ke tiga, atau ke-10 terus.

Nanti dah habis baca ketiga-tiga novel ini, baru saya review ye.

Ada sesiapa yang berangan nak jadi penulis yang terkenal tak?


p/s: Sekarang kan dah terkenal kedai-kedai online ni. Jadi kalau nak buat business, baik mulakan dari business secara online ni. Ramai dah usahawan online yang berjaya.

30 comments:

  1. wahhh...dah beli novel setia hujung nyawa...cik siti tgk kat tv3 ja...huhu

    ReplyDelete
  2. har har har.. Aini, meh kte bagitahu ending dia, nak takkkkkkkk :D


    ps: sye nk jadi penulis, tapi penulis kecik je.. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa banyak novel.. hehe

    ReplyDelete
  4. Kawan opis Cheqkaq ni peminat setia novel..kalo beli online 10 bijik buku sekali beli pon dia sanggup..

    ReplyDelete
  5. nahh 3 teruiihh... lepas baca terus pos laju kat umah titew eeehhh *muka manja. haha

    ReplyDelete
  6. saya dah beli tapi dah ada orang nak, jual balik kat online..

    ReplyDelete
  7. sis baru je layan skit2 drama ni..mula2 episode x tengok coz see pelakonnyer cam x berapa attractive..tpi ramai ckp drama ni lagi best dari Adam & Hawa, tu yg mcm x puashaty..layan skit2lah..so far dh phm jln citer dia lah..;)

    ReplyDelete
  8. @:: Mrs.Eady :: hehe..nasib baik akak tak cakap apron..ehh..aaron aziz.

    ReplyDelete
  9. @eimah siti hehe..memang dah lama nak beli tapi tak ada stok. Novel dah lama tapi baru popular sebab di adapatsi.

    ReplyDelete
  10. @Cik Syida kihkih..dah baca..hehe..

    p/s: insyaAllah dari kecil dapat jadi besar.

    ReplyDelete
  11. @Cheq Kaq waaa..banyaknya beli..saya jarang beli online kecuali ada promotion pos percuma..hehe. Nak beli banyak tak mampu.

    ReplyDelete
  12. tu dia sekali borong 3 novel terus...apa2 pun selamat membaca....

    PS: kak ruha berjaya meracun aini ye...haha...

    ReplyDelete
  13. @aynora nur betul, laku novel tu, untung kan.hehe.

    ReplyDelete
  14. @Salwati Sapei Saya suka novel adam dan hawa tu tapi drama dia..ohh no..sebab tak minat hero tua..Aaron aziz saya tak minat. hehe. Akak layan cerita ni, so far semua orang minat. Dekat fb siap maki lagi watak lelaki/utama tu.

    ReplyDelete
  15. Tu la..lambat rasanya nak tunggu habis..nak beli novel jugak la..nnti review ye..leh beli 3 skali ^^

    ReplyDelete
  16. @Hatimi Tahirruddin hehe..sebab percuma pos..betul, kak ruha hasut..alamak, mati, kalau kak ruha dengar.

    ReplyDelete
  17. @Nieyxzha Hassan Lambat sangat kan..dan satu lagi sebab drama tu dia dah ubah..hehe, insyaAllah.

    ReplyDelete
  18. best tau akak,selamat mmbaca!!!!! nnti akak review tau,trtarik pulak yg nvl cinta pndg ke-2 tu,hehehe

    ReplyDelete
  19. wahh borong sakan neh.. hehe mmg geng miz ruha, kaki novel hihi.

    psst akak jual baju, nak beli x? :P

    ReplyDelete
  20. eee .. banyaknye beli novel ! nnt da habes baca , akak nk pinjam boleh ? kikiki :P

    ReplyDelete
  21. bestnya boleh beli novel kan..akk ni nk beli 1 pun fkir beribu kali..sebab tu ada 2 je dalam simpanan..heheh..

    *eh jap..akk nak jadi penulis novel terkenal tu boleh? :P

    ReplyDelete
  22. sanggup tuh bli novel..haha..
    terlayan jugak kali ni.... harap2 ending cite tu tak hamoeh membunuh..

    ReplyDelete
  23. owh.. best.. cerita tu best. akak tak perlu beli sbb kakak akak hantu novel. semua yg keluar cite tu sume kakak akak dah lame ada. So, tumpan sekaki aje. =P

    ReplyDelete
  24. aini... memang tekanan tgk novel adaptasi kat tv tu... lmbt sangat nak abis.. macam cerita adam hawa... baca novel sehari dah abis... hahahha

    ReplyDelete
  25. beli kt mne??
    email kat sy lawan web online tu??
    mrzepul@gmail.com

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.