Bergurau ini boleh. Kalau tak ada gurauan, hidup kurang ceria pula kan. Tetapi bergurau ni tetap ada batasannya. Jangan kita main redah je. Walaupun sekadar bergurau tapi kita kena tahu manusia ini ada hati dan perasaan.Ya, kita bebas untuk berkata-kata tapi jangan sampai kata-kata kita ini boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain dan juga diri kita sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !" (Riwayat Abu Daud)
Niat pada asalnya untuk bergurau senda bertukar menjadi pergaduhan, dendam dan sebagainya.
"Eleh..bergurau sikit pun tak boleh"
"Kau, janganlah ambil hati. Dia bergurau je tu"

Kecekalan dan kekuatan hati itu berbeza, jadi janganlah kita dengan mudahnya mengatakan "Oh, tidak mengapa, aku bergurau sahaja". Nama ayahnya, Don. Digunakan nama Don itu untuk dibawa gurau. Adakah nama ayah boleh di bawa gurau? Adakah soal jodoh, maut boleh di bawa gurau? Merendah-rendahkan orang lain? Bergurau.
Nak bergurau silakan, tapi janganlah melampaui batas. Ada adab bergurau yang di gariskan dalam Islam :
- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.
- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Perkataan kita mencermikan peribadi kita.
p/s: Saya hanya hormat pada orang yang boleh hormat orang lain. Saya akan jadi orang yang sangat-sangat kurang ajar, kalau orang itu kurang ajar. Makanlah di pinggan yang saya makan, barulah dapat rasa masinnya, manisnya, pedasnya dan pahitnya. ^____^
Auto Publish
suka note bawah skali...kdg2 akak macam tu...
ReplyDeletesokong!! kadang2 bila org bergurau tak kena tempat pun.
ReplyDeletebtui tu..sesetengah org sgt sensitif, & x boleh brgurau scara kasar .. like me :)
ReplyDeletesetuju dengan kata-kata Aini. orang akan judge macam-macam kalau dia bukan dekat tempat kta. Kadang-kadang menyampah dengan orang yg bergurau tak kena tempat ni..
ReplyDeleteSetuju dengan akak. Saya pun pernah buat entry macam ni. Sejibik kot! Hehehe.
ReplyDeleteGurau2 membawa ceria tu bagus..tapi smpai bt org terasa mmg berdosa. Tq share adik!
ReplyDeletesuke dgn p/s adik tu :)
ReplyDeletetak suka orang bergurau tak tentu pasal..
ReplyDeleteayat bwh dia suka..dya pun sama mcm tu
ReplyDeletemknlah di tmpt aini mkn ? akak xphm yg ni hehehe lembap jgk akk ni.. emm betul3 bgurau pd yg ssuai, huhu jgn jd kn agama bhn gurauan ~
ReplyDelete*akak kaki gurau, kdg terlebih2 ketawa.. huhuhu astaghfirullah ~
betul tu. sebab tu kite kene tapis ape2 yg kite katakan. takut terlepas yg boleh buat org marah or sedih ke..
ReplyDeleteeh, suke ayat last awak tu.. hee :)
memg ada had tp kita xsdar kita menyakitkan ati org.. baik elak je jmpa org mcm ne
ReplyDeletebetul tu aini...nak bergurau pun kena tgk tempat dan keadaan juga...:)
ReplyDeletebetul tu... kena ada batasnya. kadang kita pun tak sedar juga... huhuh
ReplyDeletemmg kdg2 ada org bergurau tak jaga hati perasaan org lain..kena ubah perangai ni
ReplyDeletedah lama tak jenguk sini rindunya kat cik aini. rindu nak baca semua entry cik aini! tapi masa tak berapa nak mengizinkan saya. hihihi cik aini jaga diri erk mana tahu saya tak dapat nak melawat sini selalu lagi. uhhuhuhu miss u!
ReplyDelete# melawak memang kena berpada2 huhuhu. jangan sampai mnguris hati dan perasaan orang lain kan.
betul tu kak., kadang-kadang gurauan boleh jd punca pergaduhan., huhu
ReplyDeletebetul... bergurau pun ada batasnya...
ReplyDeleteterlampau bergurau, boleh tercetusnya pergaduhan....
Betul..kekadang ada orang bergurau tapi tak sedar dia dah lepas cakap..konon cover dalam nada bergurau la..tak terfikir ke ada orang terasa kecik hati ke..
ReplyDeleteSetuju aini....kalau okje terlebih gurau...maaf dipinta ye...kadang tu takut terlepas sudah...
ReplyDeletesetuju. akak xsuka cari pasal tapi disebabkan itu akak pantang orang cari pasal. buat sesak kepala kite kerana kesesakkan adab mereka. uff.
ReplyDeletenak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu.. kalau tak, memang wassalam jelah -.-
ReplyDeleteWah....Aini....nampak lembut, tp tegas...takut okje nk bergurau ngan Aini...huhu
ReplyDeleteBaru je kawan terlebih gurau semalam.sakitnya bila ramai kawan ketawa terbahak bahak.memandangkan saya jenis sensitif.terpaksa senyum saja dan beredar dari sana.
ReplyDeleteBaru je kawan terlebih gurau semalam.sakitnya bila ramai kawan ketawa terbahak bahak.memandangkan saya jenis sensitif.terpaksa senyum saja dan beredar dari sana.
ReplyDelete