06 February 2013

Kisah Jual Bayi

Assalamualaikum...

Di pagi hari yang nyaman, dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Mid dan Pak Mud nama mereka. Pak Mid membaca surat khabar manakala Pak Mud hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Mid : Mud, hang tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Mud : Hmmmmm..(Pak Mud macam acuh tak acuh je)

Pak Mid : Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat habaq ke.. Betul tak Mud?

Pak Mud : Hmmmmmmm...(Mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya)

Pak Mid : Pasai apa hang ni Mud? Takkan berita ini hang tak ambil peduli? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Mud : Hmmmm.. Ni lah aku nak bagitau hang. Kalaulah aku masa muda-muda dulu. Aku pun jual je anak-anakku tu.

Pak Mid : Haaahhh??? Hang biaq betoi Mud!!.

Pak Majid : Apa tak betoi nyaaa? Hang sedaq dak, la ni kita dok dimana?? Kita dok di RUMAH ORANG TUA-TUA tauuu!! Anak2 kita tu lahh yang hantaq kita mai sini..!! Kalaulah aku tahu perangai depa macam tu, dah lama dulu aku juai budak-budak tu!.

Sumber : Facebook.

Kasihi lah ibu, kasihi lah bapa. Tiada mereka tiadalah kita.

10 comments:

  1. Sampai hati diaorang kan..makin menjadi-jadi plak sekarang ni >.<

    ReplyDelete
  2. haha lawak . tapi ada betulnya juga .

    kesian sangat bila tengok pacik macik kat rumah org tua tu . dibuang oleh anak sendiri . harap2 kita tak abaikan ibu bapa kita nanti . in shaa Allah

    ReplyDelete
  3. kasihi ibu bapa selagi mereka masih ada....

    ReplyDelete
  4. oh, tak tau nak gelak ke tak... sedih pon ye.

    ReplyDelete
  5. Dah pernah baca dah cite ni dekat fb jugak :D

    ReplyDelete
  6. sedih adaaa.. lawak pun ada jugak., huhu

    ReplyDelete
  7. sedey kan ..
    pernah dgr pepatah ni .
    lebey kurang mcm ni la bunyinya

    anak sepuluh makayah boleh jaga
    tp
    10 org anak belom tentu boleh jaga makayah

    ReplyDelete
  8. kadang2 ada anak2 yg tak kenang budi.. tsk tskk

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.