18 March 2013

Janganlah Jadi Orang yang Sombong

Assalamualaikum...

Orang yang sombong biasanya selalu rugi. Kalau kita tak sombong, semua orang akan rasa dekat dengan kita. Bila kita susah, mudah nak dapat pertolongan. Jom kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Kita berada di atas puncak, kita nampak semua di bawah adalah kecil dan kabur bukan? Sebenarnya semakin kita berada di atas, kita akan rasa kita semakin kecil. Kebarangkalian untuk jatuh juga adalah amat tinggi.

Bila ianya jatuh, hancur dan  terus berkecai. Apa gunanya? Jadi, janganlah apabila kita di atas kita rasa kita makin besar. Riak, takbur, sombong dan bongkak itu tergolong daripada salah satu Syirik Khafi.

Syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara. Nauzubillah. Tanpa kita sedar kita melakukannya.


Janganlah Jadi Orang yang Sombong


Maksudnya;
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri[18].

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" [19].


Janganlah Jadi Orang yang Sombong


“Ya Allah jadikanlah aku disisimu termasuk orang yang paling tinggi darajatnya, dan jadikanlah aku dalam diriku orang yang paling rendah dan ditengah-tengah manusia menjadi orang yang biasa-biasa saja”(Khalili bin Ahmad)


p/s: Ditujukan untuk diri saya juga, yang selalu saja alpa dan leka.

 Auto Publish

27 comments:

  1. Mohon dijauhkan daripada kesombongan :)

    ReplyDelete
  2. iha tak sombong, cuma banyak cakap je :D

    ReplyDelete
  3. Ya rabbi, terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Rugi jer kalau jadi orang yg sombong dan angkuh ni. Hebat mana lah sgt selagi diri ni bergelar manusia. Sampai masa mati juga.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing.. akak suke ini post! :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu dik. Akak suka dgn ayat spatutnya bl d ats risiko utk jth berkecai adlh lebih tnggi. Nauzubillah smg kt dijauhkn dr sft sombong.. stiasa sedar smua hnyalah pnjmn mana milik kita? Tiada milik kita ...

    ReplyDelete
  7. entry yang sangat berguna.. sirik khafi ini bahaya... dan janganlah sombong dan ujub kerana ALLAH tak pernah sombong dengan kita

    ReplyDelete
  8. saya kenal seseorang yg macam padi tu. walaupun dia pandai, kaya, cantik tapi tak pernah sombong. takpernah kedekut ilmu dan duit. ramai orang suka berkawan dgn dia :)
    sokong betul entry akak ni :)

    ReplyDelete
  9. sombong sombong nak pegi mana tah . hidup ni , tak boleh tanpa kebergantungan pada yg lain . tapi kadangkala , timbul jugak rasa riak walau sedikit . sebab tu kena istighfar cepat cepat :))

    ReplyDelete
  10. betul tu dik..in shaa ALLAH.
    peringatan bersama :)

    *ciksu tak join pun women purple walk tu

    ReplyDelete
  11. betul tu dear, org sombong mmg selalu akan rugi, hidup ni bagaikan roda, kejap kita diatas dan kejap kita dibawah kan...just be humble to others rite, rendah diri tu lebih bagus drp sombong tak bertempat kan dik :)

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang menarik Aini.. Kekadang kita tak perasan, setiap tutur kata, perbuatan kita sebenarnya ada sikit atau banyak takbur dan bongkak.. Taknak di label dengan "sombong"..

    p/s : Header wan dah pakai and lagi satu ada kejutan buat Aini :)

    ReplyDelete
  13. Harap2 saya dijauhkan dari sifat ni. Huhu. Iktibar :(

    ReplyDelete
  14. Betul betul... Kite ni siape nak belagak padahal hanya hamba je di mata Allah :-)

    ReplyDelete
  15. insyaAllah kite tak sombong ^_^

    ReplyDelete
  16. alololooooo. comeynyaaa kucing tuh! betul tuh... tak guna nak sombong2 kan? wat per? kita semua sama sahaja. tak der nak beza apa. huhuhu

    psttt : cik ainiiii miss u! serius! rindu nak merepek. rindu nak dtg sini hari2 rindu!!! :)

    ReplyDelete
  17. Kadang2 risau juga..takut dgn diri sndiri..manalah tahukan suatu hari nanti kita berubah jadi org sombong dan riak..

    ReplyDelete
  18. hihi mmg riak tu selalu je dtg...semoga dijauhkan...tak dapat jauh...dikurangkan pon ok la...sikit2 lama2 jadi bukit...nice sharing aini...

    ReplyDelete
  19. nice entryy . betul tu , takda gunanya kita sombong :D

    ReplyDelete
  20. sangat bersetuju dengan entry Aini yang ni :)

    ReplyDelete
  21. Sombong itu perlu pada keadaan yang tertentu seperti berhadapan dengan lelaki. Kita juga janganlah buat sombong kepada orang yang sombong. Tegurlah dia. Mungkin dia bukan sombong tapi pemalu. Jangan mudah salah sangka dengan orang. ^_^

    ReplyDelete
  22. aaminn....

    harap akak pon sama. Selalu beringat hidup di dunia cuma sementara.

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.