20 April 2013

Duduk dekat rumah vs keluar jalan-jalan

Assalamualaikum...

Suka duduk rumah ke suka keluar jalan-jalan?

Hohoho..kalau kecil-kecil dulu memang akan jawab suka jalan-jalan tapi sejak dah tua besar ni, rasanya memang lebih suka duduk rumah.

Lagi-lagi time cuti-cuti sem, kalau 2 bulan cuti, rasanya 2 kali je keluar..itu pun terpaksa. Memang saya pemalas nak keluar rumah. Memang susah betul nak berjalan ni. Lagi dan lagi, tak suka tempat orang ramai, yang sesak-sesak, serabut-serabut-serabut. Ada hal penting baru keluar. Kalau tak jangan harap.

Sampai ada orang kata, saya ini macam katak bawah tempurung. A'ah memang katak pun. Lebih baik jadi katak, daripada jadi burung bebas terbang, kadang-kadang terlebih bebas, patah sayap jatuh..dah sengsara. hehe.. Faham tak? dan suka hati den lah nak keluar ke tidak. Bukannya susahkan hidup orang pun. kihkih..Ini bukan luahan perasaan ye.

Kadang-kadang bukan tak nak ikut orang berjalan-jalan ni, kadang-kadang buang masa. Lagi-lagi waktu banyak assignment. Dah lah nak jalan jauh-jauh..jangan harap den nak pergi, setakat nak buka puasa je pun tapi buatnya sampai dekat Lumut. Corrupt company den. Duit kereta, duit makan, campur  kereta..Ah..nehe.. Lebih baik pergi bazaar, beli nasi ayam dan air tebu. Lagi sedap. Jimat duit bapak den.

Apa yang aku melalut-lalut ni..Lain yang nak di cerita lain, lain yang keluar. hehe..Layan je lah. Kalau dah menganggur ni, nak ambil lesen lah. Baru best nak jalan-jalan dengan umi. I suka jalan-jalan makan, tapi bukan jalan-jalan cari pasal. T_______T


p/s: Kalau nak keluar, mesti dengan orang yang kita selesa dan sekepala. Barulah seronok. Kalau tak, confirm..saya diam seribu bahasa. Tak ada mood.


11 comments:

  1. so, cepat2 ambik lesen yea. nanti boleh la ronda2 jauh2. hehe

    ReplyDelete
  2. dua2 ok.

    ikut mood... tp ciksu lagi suka jalan2 sbb suka tenok gelagat orang..hihi

    ReplyDelete
  3. Akak hanya akan keluar kalo ada hal selain daripada keluar bersenam

    ReplyDelete
  4. hehe tu la kalau keluar tanpa sebab ni mmg rugi masa dan duit je...lainlah kalau ada urusan penting.....

    ReplyDelete
  5. duduk kat rumah lagi best... keluar pun sebab urusan penting aje...
    tak kisahlah orang nak cakap katak bawah tempurung pun... janji tak ganggu hal orang... duit pun tak luak...
    betul tak?? :)

    ReplyDelete
  6. Mcm akak jgk.. kereta xpanas enjin pn seminggu.. tggu Mr.K cuti baru akak keluar.. ni penyakit zaman remaja lg atas kongkongn ibu bapa dulu..

    ReplyDelete
  7. betul tu kak, iha pun suka sangat2 duduk dalam rumah.. ni pun dah 2 bulan tak keluar rumah.. hihi kita geng :D

    ReplyDelete
  8. Setuju... Dulu mse blajar pun kte malas nk kuar... Kte faham nape Aini rasa camtu :)
    Takpe..klu ada internet takdelaa katak manapun, hehehe

    ReplyDelete
  9. akk pula sebab isnin-sabtu keje, so ahd nak duk umh je..kadang xpuas.. kalau sbtu malas kje, sebab xde kje nak buat, mmng akk cuti, then duk umh.. relax2.. sonok dapat rehatkan bdan.. duit pun tak licin..haha

    ReplyDelete
  10. akak dua2 pun okeyy hihi.. jalan2 pun peberet duk umah pun peberett.. hihikk tp kalau time mood mls nk bsiap ke hape ke mmg suke melekat kt rumah je hehe :D

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.