16 September 2013

Selamat Hari Malaysia 2013 + Hari tua

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jadi Malaysia. Happy Birthday Malaysia. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia. Alhamdulillah, sudah 50 tahun kita berdiri sebagai sebuah negara yang memupuk kesatuan dan perpaduan di antara semua kaum dan pelbagai etnik di Malaysia.

16 September 1963

16 September ini pun sudah dijadikan cuti umum buat negara Malaysia. Yeah...cuti... Malaysia sudah pun genap 50 tahun, dan saya juga sudah cukup 21 tahun pada hari ini. Yeah..dah tua..kihkoh..sobsobs.

Happy Birthday untuk diri sendiri. Selamat Menyambut Hari Tua buat Nurul Aini binti Mohammad Zakaria ini. hehehe. Syukur pada Allah. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan udara-Nya untuk aku bernafas. Terima kasih, Ya Allah. Moga hidupku pada hari-hari mendatang lebih bermakna untukku terus mencari redhaMu.

Selamat Hari Jadi


Doa Hari Lahir

Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapatku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu.
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
Amin...

9 comments:

  1. selamat hari lahir akak , May Allah bless you . :)

    ReplyDelete
  2. waa, happy birthday Aini!! may Allah bless u, may all ur dreams come true!! Best nye sambut birthday ngn Malaysia..lme x dtg sni ^__^

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi moga2 berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. happy birthday utk semalam kak aini! semoga dirahmati Allah. lamanya tak dtg blog ni. rinduu~ :p

    ReplyDelete
  5. wah bestnya birthday dapat public holiday sekali tu....sori aini terlambat baru dapat singgah ke sini...apa2 pun selamat hari lahir yg ke "12" ye...hehehhee

    semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan aini... :)

    ReplyDelete
  6. Happy birthday adik....semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di beri kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. lamanya tak lawat kawan kat sini..HB dear,moga Allah menjaga dan melindungi mu selalu..Amin.. :)

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.