30 November 2013

Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy

Assalamualaikum...



Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013




SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini

2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..


Simple saja kan..



HADIAH :

1 helai baju I Love Blogging

2 helai baju Geek

2 Fridge Magnet Krabi

5 Keychain Krabi



Pemenang akan di pilih melalui Random.org

Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 


Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..



28 November 2013

CPUV Bulan November

Assalamualaikum...


CPUV Bulan NovemberCPUV Bulan November


Alhamdulillah ada 4 CPUV untuk bulan november ni.  Yang lagi 2 dekat atas sekali tu, tak tahu pasai apa dia dok lekat tak credit-credit lagi.  Untuk bulan Oktober hari tu sudah pun dikreditkan. Yeah-yeah...alhamdulillah. Hujung bulan boleh cash out. Kihkih..

Meskipun jarang sekali update blog, ada Nuffnang bagi CPUV. Seriously, waktu aktif berblog dulu satu CPUV pun tak lekat. Earning naik pun sebab CPC Campaigns je. Ada orang baik hati nak klik-klik. Jadi, tips untuk dapat earnings berserta CPUV dengan banyak adalah tak payah aktif berblog sangat..mihmih..gurau sahaja. Nanti kalau nampak iklan-iklan itu bertengek-tengek, tengok-tengoklah ye.

Tips untuk dapatkan CPUV dari Nuffnang boleh rujuk entry saya yang lepas disini. Ini tips yang benar, bukan cobaan, tapi betul-betul. Untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak guna nuffnang bolehlah tengok tips tu ye. Selamat mencuba. ^___^

p/s: Dah lama betul tak blogwalking, insyaAllah..nanti saya curi-curi masa blogwalking blog-blog akak-akak, dan adik-adik tercinta. Busy dengan sifat pemalas, baru baik demam dan busy dengan business. Ahak!!

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum...

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari



Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.



Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 




Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


23 November 2013

Kenapa rokok haram?

Assalamualaikum...

Untuk perkongsian semua. Sumbernya dari Facebook. Selain daripada HARAM, ianya jelas, nyata, tidak diragui kerugian, kerosakan, kemusnahan, kemisikinan dan macam-macam lagi keburukan yang KITA akan perolehi. Kenapa KITA, bukan PEROKOK itu sahaja?

Orang yang tukang hidu asap-asap yang perokok lepaskan ini lagi cepat MATI daripada si perokok tegar itu. Anak-anak anda juga turut menerima akibatnya.

Kenapa rokok haram?

Wahai..perokok-perokok semua. Ambil lah tindakan yang lebih bijak dengan berhenti merokok untuk kehidupan yang tenang, sihat, sejahtera dan diredhai oleh ALLAH terutamanya. Buat yang baru nak berjinak-jinak untuk merokok, hentikanlah niat buruk anda itu ye. Ianya merosakkan KITA. Simpan duit untuk masa depan. 

SAYANGI DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN AGAMA ANDA.



15 November 2013

Mohon budi baik anda semua

Assalamualaikum...

Dengan muka yang agak tebal dengan bedak-bedak sejuk waktu malam sejuk-sejuk ini, ingin memohon budi baik anda semua untuk meng'like' gambar saya dekat bawah ini. hohoho. Tak tahu malu betul kan..hehe.

Inilah dia gambarnya, anda-anda semua yang baik hati, comel-comel belaka ni boleh lah tolong saya ye. ^______^

Caranya :

  1. Klik gambar di bawah atau link bawah 


Orini Craft


      2.  Kemudian klik like dan kalau tak keberatan bolehlah share sekali ye. ^___^


Terima kasih buat sesiapa yang sudi membantu. Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki. Terima kasih ye. ^____^ 


10 November 2013

Mini GA #1

Assalamualaikum...

Lagi 5 hari lagi sebelum tarikh tamat. Kalau anda semua nak menang Mini Orini Hp Strap ini  :

Orini Craft


Jom-jom kita join Mini GA dekat Facebook Orini Craft.

 
Orini Craft

Nak join klik gambar di atas ye.


Header baru blog

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, beribu-ribu tahun (macam tipu je, macam kelentong je) saya memakai header yang sama, akhirnya saya berjaya menukarnya dengan header yang baru.

Tada....

Aini Zakaria

Dekat atas tu yang besar gedabak tu. Nampak kan.. Sebenarnya header baru ni tak baru pun, dah lama buat. Berbulan-bulan yang lalu tapi taruk dekat blog testing je. Ingatkan nak tukar template blog sekali. Tapi disebabkan perasaan dan jiwa malas melanda jiwa, jadi semuanya sangkut.

Nampaknya yang rajin tukar background blog dengan tambah top header dekat atas je lah. Tukar template tu, nanti lah bila rajin dia datang. Ke ada sesiapa yang nak tolong buatkan..hehe. 

Comel tak kak ton, header baru I ni??? Hahaha..banyak merapu pagi-pagi buta ni.


p/s: Dah lama sangat tak blogwalking. Maaf kawan-kawan, kakak-kakak , adik-adik semua. Saya sekarang update blog lepas itu tinggal. Dah tak melekat 24 jam macam dulu-dulu. Rindu nak berblog macam dulu-dulu. Meriah. 



07 November 2013

Semua nak naik!!!!

Assalamualaikum...


Grrr..rasa geram je. Mentang-mentang gula naik. Harga minum tepi jalan naik harga 1.20!!!. Macam cantik je, macam comel je!!! Terpaksa beli air sebab terlupa nak bawa bekal air dari rumah.

Itu satu, harga barang juga turut naik. Melampau-lampau. Bawang naik..Susu naik, haish..kalau nak senaraikan satu persatu memang tak terkiralah naiknya. Kadang-kadang benda tu kecil je tapi harganya melambung setinggi-tingginya. Cekik darah.

Siapa kata 20 sen je tu tak berharga????

Sangat-sangat berharga even 5 sen pun berharga tau tak.  Kalau masih ada orang buang 5 sen itu, mungkin dia terlebih-lebih kaya. Tak sepatutnya keluar status mahupun tweet yang mengatakan "Tak apa, minyak naik sebab hanya orang berkereta besar sahaja yang banyak letak minyak"

Amboiii..Habis itu, penoreh getah tak letak, tak isi minyak? Nak pergi kebun getah tu jalan kaki. Hishh..menyirap je cecair merah dalam badan ni.

Okay, tahu cerita 20 sen itu sudah basi ye. Beban itu saya terasa sebab saya tolong mak belikan barang (memang tak pakai duit saya, sebab saya tanam anggur je) tapi saya rasa kesukarannya. Kalaulah saya dapat elaun beribu-ribu, saya tak merunggut kot. T_____T

Faham-faham kenapa gula kena naik, minyak kena naik..Saya faham!!!


03 November 2013

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2013 - Kelantan vs Pahang

Assalamualaikum...

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2013 - Kelantan vs Pahang. Yeah..Hogoh Pahang Hogoh. Alhamduillah, Pahang..negeri koi menang mengatasi Kelantan 1-0.

Matias Conti menjaringkan gol dalam separuh masa kedua pada minit ke 59.

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2013 - Kelatan vs Pahang
Tahniah buat pasukan Pahang.  Adat pertandingan, ada yang kalah, ada menang. Walaupun pasukan Pahang menjadi juara Piala Malaysia 2013, negeri Kelantan tetap ku sayang. Kita kan Pantai Timur. Tahniah juga buat kedua-dua pasukan, kerana pemainan mereka juga cukup mendebarkan. Dua-dua hebat. Padang basah dengan hujan lagi, tapi semangat mereka tetap membara.

p/s: Saya lahir dekat Pahang, mak orang Pahang, tapi arwah ayah orang Kelantan. Jadi dua-dua sayang boh. ^____________^




02 November 2013

NANA AMEER'S FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum...

*ada penambahan hadiah

Giveaway ini ditaja oleh : 


DAN SEMUA PESERTA DAPAT VOUCHER 10% dr JASPLE BOUTIQUE !


Tarikh mula : 31 OKTOBER 2013 - 4 DISEMBER 2013

Senarai hadiah 


1K Giveaway By Cik Arnab

Assalamualaikum...

Jom-jom kita join GA by Cik Arnab ni..hehe..Comel sangat namanya. Nak join klik banner di bawah ye. Banyak hadiah sampai terkeluar bijik mata. o___o


1K Giveaway By Cik Arnab

Cepat-cepat. Klik banner di atas ye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome