07 November 2013

Semua nak naik!!!!

Assalamualaikum...


Grrr..rasa geram je. Mentang-mentang gula naik. Harga minum tepi jalan naik harga 1.20!!!. Macam cantik je, macam comel je!!! Terpaksa beli air sebab terlupa nak bawa bekal air dari rumah.

Itu satu, harga barang juga turut naik. Melampau-lampau. Bawang naik..Susu naik, haish..kalau nak senaraikan satu persatu memang tak terkiralah naiknya. Kadang-kadang benda tu kecil je tapi harganya melambung setinggi-tingginya. Cekik darah.

Siapa kata 20 sen je tu tak berharga????

Sangat-sangat berharga even 5 sen pun berharga tau tak.  Kalau masih ada orang buang 5 sen itu, mungkin dia terlebih-lebih kaya. Tak sepatutnya keluar status mahupun tweet yang mengatakan "Tak apa, minyak naik sebab hanya orang berkereta besar sahaja yang banyak letak minyak"

Amboiii..Habis itu, penoreh getah tak letak, tak isi minyak? Nak pergi kebun getah tu jalan kaki. Hishh..menyirap je cecair merah dalam badan ni.

Okay, tahu cerita 20 sen itu sudah basi ye. Beban itu saya terasa sebab saya tolong mak belikan barang (memang tak pakai duit saya, sebab saya tanam anggur je) tapi saya rasa kesukarannya. Kalaulah saya dapat elaun beribu-ribu, saya tak merunggut kot. T_____T

Faham-faham kenapa gula kena naik, minyak kena naik..Saya faham!!!


8 comments

November 7, 2013 at 6:33 PM

sedihkan bila semua naik :(

nizamijam.com

November 7, 2013 at 8:45 PM

semua benda sekarang nak naik jngn nanti ada lepas ni yg jual kuih kurang manis. maklumlah, gula dah naik

November 7, 2013 at 9:40 PM

air pun naik. knapa tak tahu. ;/ terlampaunya..

November 7, 2013 at 9:42 PM

betul tu kak :( pernah sekali tak cukup duit beli gula, adik saya kena patah balik semula 1km sbb nak minta duit lebih, tak cukup duit -_-

November 7, 2013 at 10:10 PM

Sabar je lah yang mampu..hanya kita yang merasa kesusahan tu..orang lain 20 sen tak membawa makna..huhu..:)

November 8, 2013 at 9:16 AM

sabar dear, sabar. hehe

November 8, 2013 at 1:49 PM

kan kak. semua nak naik. harga gula sepaket naik bape sen, tapiii harga air secawan kat kedai pun naik sama banyak jugak. ish ish tak faham betul

November 8, 2013 at 3:08 PM

fae suka kumpul coin 5 sen hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome