Review blog pada hari ini adalah blog adik Maryam Zolkarnin's. Kenapa adik? Sebab pemilik blog ini baru sahaja berumur 18 tahun. Muda remaja lagi. hehehe. Blog adik Maryam ini menggunakan template blogskin, jadi sememangnya menarik dan yang penting, ringan je. Cepat loading.
Tapi ada sedikit kelemahan apabila menggunakan blogskin sebab tak ada blog archive. (Ke ada? Akak yang tak perasan ni?)Blog archive ni penting bagi pengunjung dan pembaca blog sebab memudahkan mereka nak baca post-post lama yang adik tulis.
Kalau tak ada, susah sikit, bagi akak lah ye, sebab kalau akak jenguk blog seseorang, akak mesti cari blog archive dahulu. Akak suka cari dan baca entry-entry lama yang menarik dalam blog seseorang tu. Nanti adik tambah blog archive ye.
Lain-lain tak ada masalah, blog memang kemas, comel, font jelas dan mudah nak baca. Mohon maaf ye adik, kalau ada salah dan silap. Itu sekadar pendapat akak. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kesilapan akak sendiri.
Jom-jom, kita singgah blog adik Maryam Zolkarnin ini. Boleh berkenal-kenalan, tambah sahabat di alam maya. ^_____^

No comments:
Post a Comment
CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.