13 January 2014

Ada apa dengan "Kangkung"?

Assalamualaikum...

Buka-buka facebook tadi, terbaca pasal kangkung.

"Saya pernah bersekolah di SK Kangkung"

"Hari ini nak goreng sayur kangkung masak belancan"

Semua pasal kangkung...

Pelik kenapa dengan kangkung???

Ada apa dengan "Kangkung"?


OHHH...Rupa-rupanya HARGA KANGKUNG TURUN!!!:

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada apa dengan "Kangkung"?
siap buat lawak lagi tu.

hehehe..untunglah. Saya memang suka kangkung, masak dalam maggi. Sedapnya...Tapi, betul lah kan dekat rumah saya ni, kangkung bersepah, kutip tepi parit je. Kangkung kan senang nak tanam, cepat je dia naik. Tabur je benih kangkung ni, tumbuh lah dia, lagi-lagi time hujan ini.


p/s: Malam ini memang nak buat maggi letak kangkung pun..hehe.

4 comments:

  1. fenomena kangkung hangat sekarang ni..hahaha

    ReplyDelete
  2. maggi letak kanggung memang terbaek :)

    ReplyDelete
  3. fenomena kangkung yang meletop , lepas nih masuk melodi . ahak!

    ReplyDelete
  4. akk pun terkejut bila tengok kat fb bnyk yng status pasal kngkung.. alahhai.. sian pm kita ye.. pasal kngkung pun blh jd isu..

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.