09 March 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum...

Memang tak boleh tidur malam, rasa tak senang hati dan tak tenteram. Walaupun tak ada ahli keluarga mahupun saudara mara yang terlibat, tapi faham rasanya bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa. Gelisah dan tak tenteram tunggu khabar berita. Teringat waktu arwah abang lemas, tak jumpa-jumpa. Gelisahnya tak terkatalah..memang dalam hati dan berdoa, arwah abang dapat ditemui dengan selamat. Tapi itulah, kuasa Allah dan takdir-Nya melebih segala-galanya.

Pray For MH370

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."

Selagi belum jumpa bangkai Pesawat MH370, selagi itu kita masih boleh berharap dan teruskan berdoa. Kita sama-sama doakan untuk mereka ya. Harap sangat keluarga-keluarga penumpang tabah dan sabar. Moga Allah permudahkan segala urusan misi mencari dan menyelamat Pesawat MH370. 




No comments:

Post a Comment


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.