25 April 2014

Edit Blog - Belog Budak Kampung

Assalamualaikum...

Service Edit Blog Murah

Design Template


Service Edit Blog Murah
Watermark


Temanya ala-ala kekampungan sikit, sepadanlah dengan nama blognya kan. Memilih warna purple dan juga hijau dan sebagai pelengkap tema kekampungan ada lah pokok kelapa. Menara Condong, Teluk Intan itu pula menandakan tuan blognya adalah orang Perak.

Pemilik blognya lebih mesra dipanggil BK. Jom-jom kita lawat blog BK ini. Klik link ini ya : mimbarhatiku.blogspot.com. Sambil-sambil membaca dan melawat blog BK ini, jomlah FOLLOW sekali ya. heee.

Terima kasih pada Iman kerana sudi menempah dengan saya.


------------------------------------------------

Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"


Terima kasih. ^___^

20 April 2014

Coach Wanita - Dia Pondan??

Assalamualaikum...

Bila disediakan satu coach untuk wanita, ada juga "makhluk-makhul besar" yang tak reti bahasa. Maaf ya, agak kasar tapi itulah kenyataannya. Punya besar gerabak lain, dia nak juga menyelit dalam coach wanita. Adakah dia PONDAN? Atau buta huruf? Tak pun "buta gambar".

Coach Wanita - Dia Pondan??

Coach Wanita - Dia Pondan??

Yang paling tak tahan, coach wanita ni, dah penuh macam sardin dalam tin dah ni, ada juga seorang dua lelaki yang cuba menyelit masuk, sanggup nak berhimpit dan tolak-tolak wanita yang ada dalam tu. Nasib baik coach wanita tu dah betul-betul mampat sampai tak boleh nak tutup pintu tu, baru lah dia keluar.

Hish, teruk betul perangai. Kadang-kadang ada peronda dia pun, macam tak ada. Makan gaji "celik". 24 jam mengadap handphone. Nasib baik tak pernah jadi depan mata, means tak nampak lelaki ini duduk dekat saya, kalau jadi memang kena sound direct dengan saya. " AWAK PONDAN KE?"  T____T

Tolonglah...baca, lihat dan peka dengan keadaan sekeliling. Jelas dah terpampang, coach itu coach wanita, kenapa gatal juga masuk! Macam mana kita nak elakkan kes-kes yang tidak diingini berlaku, jika masih ada individu-individu macam ni. Jalankan tanggungjawab anda sebagai orang yang bertanggungjawab. Wahai, Pengguna dan juga peronda-peronda sekalian. Jangan jadikan gaji yang anda dapat "Gaji BUTA".




19 April 2014

Aku dah beranak akhirnya??

Assalamualaikum...

Dah lama juga menyepikan diri dari blog ni. Terlalu sibuk sampai mengabaikan blog yang dah sedia terabai. Sunyi sepi je ni.

Paling kelakar bila dah lama buka blog, bukalah akaun nuffnang ni, nak tengok visitor, terpandangkan keyword yang rasa kelakar pun ada, pelik pun ada. Keyword dia "Aku dah beranak akhirnya."



Aku dah beranak akhirnya??



Errrrrrr.....siapa yang beranak ni? Rasanya tak ada pun tulis entry pasal orang hamil, mengandung mahupun dah beranak atau melahirkan anak di dalam blog ni. Apakah?? Siapakah yang beranak? hehehe. Kelakar betul keyword yang diorang ni cari. Yang tak tahan keyword yang dia gunakan tu macam yang beranak itu anak kucing.  Hahaha..Opsss..Maaf.



01 April 2014

Novel Risalah Hati

Assalamualaikum...

Beli Online Novel Risalah Hati

Sinopsis:

Qaniah Syumaila meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya. Sudah tentu dia mahukan hari pernikahannya patuh piawaian Allah SWT. Dengan berpegang pada ilmu dan hujah, dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa goyah. Walaubagaimanapun, pelbagai tohmahan dan label dilontar kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza. Terokai keindahan akhlak wanita ini dalam menangani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza. Strateginya, memenangi hati sebelum memenangi hujah. Tersebarlah cinta menang-menang dalam masyarakat.

Win-win love.

Novel ini adalah versi istimewa yang mana terdapat episod pernikahan Syumaila. Kiranya  macam sambungan untuk Novel Drama Aku Ada Wali.

Beli online Novel Risalah Hati
Harga : RM18 (Termasuk Postage)


BERMINAT, SILA PM/INBOX SAYA DI FACEBOOK ATAU EMAIL SAYA ainizakaria92@gmail.com. "Subject Email : Pembelian Novel Risalah Hati"


Untuk pembelian novel-novel lain hasil karya Ustazah Fatimah Syarha, boleh rujuk link ini.


Cara mengajar anak ucap terima kasih.

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian ilmu daripada bait-bait penulisan Novel Aku Wali, iaitu cara mengajar anak ucapkan terima kasih apabila mendapat sesuatu. Cara ini juga saya pratikkan untuk ajar adik saya dirumah. Nak ajar anak masih belum kahwin kan, jadi kita boleh ajar adik-adik kita. Kiranya ini sedikit review, manfaat yang kita boleh dapat daripada novel Aku Ada Wali.

Novel Aku Wali
Beli Novel Aku Wali secara online disini

Petikan daripada Novel Aku Ada Wali
----------------------------------------------------------------

Solihu pulang. Dia membawa pulang sebalang kecil gula-gula untuk anak-anaknya. Anak-anaknya, ceria mendapatkannya. Syumaila juga. Tapi air muka Syumaila sedikit berubah apabila melihat anak-anak mula memakan gula-gula itu.

SYUMAILA

Ucap terima kasih kepada Abi. Baiknya Abi berikan hadiah,
Anak-anak teruja dengan gula-gula. Tidak mengendahkan arahnya ibunya.

SYUMAILA

Abang, macam mana kita mahu mengajar anak kita ucap terima kasih apabila mendapatkan sesuatu?

SOLIHU

Kita dahulu mesti selalu ucap terima kasih depan anak.


SYUMAILA

Terima kasih abang kerana mengajar Sayang ilmu berguna ini. Ini hadiah untuk abang.

Syumaila memberikan ciuman. 
*(jika pasangan bukan suami isteri cukup dengan memberikan flying kiss sahaja)

SOLIHU

Er, terima kasih, Sayang.

Kemudian terdengar anak-anak riuh mengucapkan terima kasih. Semua tersenyum ceria.


[*Novel ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk menulis skrip drama.]

----------------------------------------------------------------

Banyak manfaat novel Aku Ada Wali ini. Untuk lebih lanjut dan pembelian boleh rujuk entri saya yang sebelum ini disini

Nak ajar adik ucap terima kasih pun susah kan, apatah lagi anak-anak. Jadi apa salahnya kita guna pendekatan sebegini kan. Ibu bapa, kakak, abang jadi role model untuk mereka. InsyaAllah dengan cara ini, mungkin mereka lagi cepat "tangkap" kan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome