01 April 2014

Cara mengajar anak ucap terima kasih.

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian ilmu daripada bait-bait penulisan Novel Aku Wali, iaitu cara mengajar anak ucapkan terima kasih apabila mendapat sesuatu. Cara ini juga saya pratikkan untuk ajar adik saya dirumah. Nak ajar anak masih belum kahwin kan, jadi kita boleh ajar adik-adik kita. Kiranya ini sedikit review, manfaat yang kita boleh dapat daripada novel Aku Ada Wali.

Novel Aku Wali
Beli Novel Aku Wali secara online disini

Petikan daripada Novel Aku Ada Wali
----------------------------------------------------------------

Solihu pulang. Dia membawa pulang sebalang kecil gula-gula untuk anak-anaknya. Anak-anaknya, ceria mendapatkannya. Syumaila juga. Tapi air muka Syumaila sedikit berubah apabila melihat anak-anak mula memakan gula-gula itu.

SYUMAILA

Ucap terima kasih kepada Abi. Baiknya Abi berikan hadiah,
Anak-anak teruja dengan gula-gula. Tidak mengendahkan arahnya ibunya.

SYUMAILA

Abang, macam mana kita mahu mengajar anak kita ucap terima kasih apabila mendapatkan sesuatu?

SOLIHU

Kita dahulu mesti selalu ucap terima kasih depan anak.


SYUMAILA

Terima kasih abang kerana mengajar Sayang ilmu berguna ini. Ini hadiah untuk abang.

Syumaila memberikan ciuman. 
*(jika pasangan bukan suami isteri cukup dengan memberikan flying kiss sahaja)

SOLIHU

Er, terima kasih, Sayang.

Kemudian terdengar anak-anak riuh mengucapkan terima kasih. Semua tersenyum ceria.


[*Novel ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk menulis skrip drama.]

----------------------------------------------------------------

Banyak manfaat novel Aku Ada Wali ini. Untuk lebih lanjut dan pembelian boleh rujuk entri saya yang sebelum ini disini

Nak ajar adik ucap terima kasih pun susah kan, apatah lagi anak-anak. Jadi apa salahnya kita guna pendekatan sebegini kan. Ibu bapa, kakak, abang jadi role model untuk mereka. InsyaAllah dengan cara ini, mungkin mereka lagi cepat "tangkap" kan. 

3 comments

April 1, 2014 at 11:09 AM

memang kita kena ajar anak kita untuk ucap terima kasih...

April 1, 2014 at 11:16 AM

sebelum ajar anak, kita kena jadi contoh dulu kan...

April 1, 2014 at 12:01 PM

comeinya... hehe..

anak N umur 2 tahun dah pandai berterima kasih.. tapi dia punya version "acih".. ringkas je sebab dia masih tak pandai cakap, tapi sape-sape yang dengar boleh faham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome