16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru diseluruh dunia. Amboii..dunia tu. Terutama buat guru-guru yang telah mendidik saya dari kecil sampailah besar anak gajah ni..hehehe. Dari yang buta jadi celik, dari yang "gelap" jadi cerah.


Selamat Hari Guru 2014

Jasa dan pengorbanan guru memang tak dapat kita lupakan. Segala ilmu yang dicurahkan kepada kita amatlah bererti. Buka sekadar ilmu malah mereka juga mengajar kita erti kasih sayang. Dicurahkan juga kasih sayangnya kepada kita dan menganggap kita seperti anak-anak mereka. Sememangnya guru adalah permulaan bagi kita mengenali apa itu ILMU.

Terima kasih, cikgu. Saya sangat merindui cikgu-cikgu semua. Andai boleh dipusing waktu, saya nak balik zaman sekolah dulu-dulu bersama cikgu-cikgu. Kenangan pahit manis sama-sama. Pahit bukan cikgu kejam ke apa, tapi cabaran yang kita lalui sebagai cikgu dan anak-anak murid suatu ketika dahulu. 




Guru,
Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.


2 comments:

  1. Pernahkah jatuh cinta? Sudah tentu pernahkan?

    oh kita ada buat menan suka2 kat blog kita..
    kalau sudi atau lapang marilah jalan2 blog kita ye..

    ReplyDelete
  2. I love you my teacher... Happy Teacher's Day

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.