08 July 2014

Kisah Mengapa Neelofa Berhijab

Assalamualaikum...

Waktu mula-mula tengok Neelofa pakai tudung litup waktu iklan produk tudung dekat TV3 sebelum bulan puasa hari itu. Tak ingat apa jenama tudung itu ya. Ingatkan memang dia betul-betul dah bertudung, rupanya belum lagi. Eh..eh..lepas itu tup-tup terlihat dekat news feed di  Facebook, Beautiful Nara update yang Neelofa sudah pun berhijrah dan berhijab sepenuhnya.Syukur, Alhamdulillah.

Meskipun saya bukanlah peminat finatik Neelofa, tapi dalam hati tertanya-tanya juga mengapa "tiba-tiba" dia berhijab. (Hati saya ini jahat..huhu..) Sedangkan dalam hidup kita memang perlu ada perubahan "tiba-tiba" itu. Sebab mati pun "tiba-tiba" atau akan tiba bila-bila masa sahaja. Jadi kita kena selalu buat perubahan ke arah kebaikan, semestinya.

Tertarik nak kongsikan audio ini. Sama-sama kita dengarkan rakaman 
audio siaran radio IKIM FM ini. 


Bila dengar Kisah Mengapa Neelofa Berhijab ini, mengalir mata. Very inspiring. Sungguh hidayah itu milik Allah dan jika kita berkehendakkan hidayah, kita perlu cari bukan tunggu dia datang. Paling penting,  jangan pernah buruk sangka dengan orang yang nak lakukan perubahan ke arah kebaikan. Semoga Neelofa terus istiqomah dalam melakukan perubahan dan tabah menghadapi dugaan hidup. InsyaAllah..sama-samalah kita doakan. 


p/s: Umie Aida pun dah berhijab kan. Alhamdulillah.

Auto Publish

No comments:

Post a Comment


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.