16 September 1963 merupakan tarikh pembentukan Malaysia. Penyatuan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jadi marilah kita sama-sama ucapkan "Selamat Hari Malaysia yang ke-51" buat Malaysia kita yang tercinta ini. Semoga Malaysia sentiasa aman, damai dan selamat serta dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sebarang bentuk ancaman dan anasir luar. Kitalah yang perlu melindungi dan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia ini. Jangan biarkan perpaduan yang kita bina ini rapuh dan roboh hanya kerana desakan-desakan pihak yang tidak bertanggunjawab. Bak kata pepatah, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."
Selamat Hari Lahir juga !Aini Zakaria iaitu diri sendiri. hehehe. Dah genap umur 22 tahun pada tahun ini. Pejam celik, pejam celik, cepat masa berlalu. Umur pun makin meningkat. Tak kan menurun kot kan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah, Amin Ya Rabbalamin. Ada sesiapa yang lahir 16 September juga? ^___^
5 comments
wah! slamt hri mlysia + sanah helwah aini!
HB aini :)
barakallahufiq aini... 22?! muda lagi ni... kita beza 12 tahun... hahahha moga sentiasa dibawah lindungan Allah... moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin...
@Fhatin Amelia Terima kasih ^__^
@timm bill Selamat Hari Malaysia. ^__^ Terima kasih ya. ^___-