14 October 2014

Cara Menghilangkan Kurap Kucing

Assalamualaikum...

Paling tension bila bela kucing ini, bila munculnya kurap. Stress! hehe. Siapa yang suka bela kucing ini, mesti selalu menghadapi masalah ini kan. Ya lah, kucing ini, mudah sangat dijangkit kurap walaupun dah selalu mandi, jarang keluar rumah pun, tapi bila ada kucing luar masuk rumah, alahai berjangkit lah pula.

Cara Menghilangkan Kurap Kucing


Selain daripada guna ubat kurap manusia atau ubat klink haiwan ada satu ubat yang berkesan untuk hilangkan kurap kucing. Kalau nak bawa klinik haiwan, kos lain pula kan. Lagi-lagi bila kucing yang dipelihara kita bukan 1 atau 2 ekor tapi berpuluh-puluh ekor, agak pening kan. Dekat kawasan saya ini pula pun susah nak cari klink haiwan. Ish serabutnya..hehe. Saya suka peluk-peluk kucing, bila kucing ada kurap, masalah besar ini. hehe.

Google punya google, banyak caranya. Agak ragu-ragu, sesetengah cara itu macam boleh membahayakan kesihatan kucing je. Itu yang tak nak cuba. Ada yang cakap boleh guna minyak hitam terpakailah. hehe. Tak nak ambil risiko, tak nak lah cuba.

Ubat apa berkesan untuk hilangkan kurap kucing?


Cara Menghilangkan Kurap Kucing


  • Guna lebihan minyak masak goreng ikan. Lepas dah goreng ikan itu, kita asingkan minyak kemudian biarkan minyak itu sejuk kemudian bolehlah kita sapukan pada bahagian badan kucing yang berkurap itu tadi. Cara ini berkesan. Walaupun agak leceh, sebab kena buat banyak kali tapi berkesan, dalam masa 1-2 minggu dah nampak perubahan, kurap kucing dah hilang. Nak lebih berkesan, sapu 1 hari 1 kali pun okay. Bukan suruh lumur satu badan dengan minyak tau, sapukan bahagian kurap sahaja. hehe.

Haa..kenapa guna minyak? Minyak ini berfungsi untuk lembutkan kerak kurap dan melemaskan hama (mites)yang menyebabkan kurap pada haiwan peliharaan kita itu. Mudahkan? Jimat kos dan kalau kucing kita jilat pun tak ada masalah. Tak risau. Kalau guna ubat sapuan lain, alamak! kena letakkan plastik/piring kertas pada leher kucing itu lah apa lah..macam-macam lah supaya dia tak jilat badan dia yang kita sapu ubat itu tadi.

Jadi pemilik-pemilik kucing, gunakan cara ini sekiranya haiwan kesayangan anda mempunyai masalah kurap. InsyaAllah berkesan. Bulu kucing pun makin gebu dan lembut..hehe. Ini berdasarkan pengalaman sayalah.

Selamat mencuba. ^__^


p/s: Nanti nak pergi latihan macam manalah nak tinggal si gebu dan gebas dekat rumah, mesti rindu dekat mereka ini.

32 comments

October 15, 2014 at 7:25 AM

Thanks for the tips :-)

October 15, 2014 at 10:55 PM

tak sampai hati pula nak letak minyak kat badan kucing. nasib baik kucing aku takde kurap.
http://adarain.com

October 17, 2014 at 10:21 PM

tips utk mereka yg ada kucing. hehe

December 29, 2014 at 12:09 AM

Kalau lak mnyk bulu dia x gugur ke atau bulu dia lusuh

December 29, 2014 at 12:09 AM

Kalau lak mnyk bulu dia x gugur ke atau bulu dia lusuh

July 19, 2015 at 11:29 AM

thanks for the info tapi nak tanya, lepas kita lumurkan minyak masak tu, nak mandikan dia bila? setiap hari atau after seminggu ? sebab kucing kita pon kecik lagi. please help me.

July 30, 2015 at 4:27 PM

Sama2..jgn mandikan kucing tu dulu..biar dalam 2 ke 3 hari..amalkan selalu smpai kurap tu hilang..biasanya dalam 3-4 kita lumur insyaAllah dah hilang.

July 30, 2015 at 7:23 PM

Kalau guna minyak goreng ayam pun boleh kn?? Hehehe

August 5, 2015 at 8:11 PM

Biasa guna minyak goreng ikan..ayam xpernah guna.

August 8, 2015 at 2:50 PM

Klau pakai minyak yg blom guna?

August 8, 2015 at 2:50 PM

Pls

August 8, 2015 at 2:51 PM

Klau pakai minyak yg blom guna?

August 8, 2015 at 2:51 PM

Klau pakai minyak yg blom guna?

September 11, 2015 at 11:28 AM

Mandi kan dulu lepas tu baru dapu dengan minyak ikan ? Macam tu ?

September 11, 2015 at 11:29 AM

Mandi kan dulu lepas tu baru dapu dengan minyak ikan ? Macam tu ?

October 7, 2015 at 12:42 AM

@aliff haiqal kalau minyak yg belum guna boleh cmpur sikit minyak tu dgn kunyit. (tak pernah try tpi ada terbaca dalam blog lain) hope that helps :)

October 17, 2015 at 7:48 AM

Nk tnya,ikan yg digoreng tu leh perap dgn kunyit ka xnak?

October 30, 2015 at 11:24 PM

Saya dapat in4 klu minyak belum guna ble ltak kunyit jak. Mohon pencerahan dri admin ya. Tq

October 30, 2015 at 11:24 PM

Ble guna just tambh kunyit.. Mohon pencerahan ya pihak admin. Tq

December 20, 2015 at 2:27 AM

Pakai minyak kelapa. Boleh buat sendiri drp santan. Masak santan atas api sederhana. Masak santan sampai bertukar jd minyak. Naj senang bli je kat kedai.

March 30, 2016 at 4:14 AM

Actually kunyit yg ada funct. as anti-inflammatory.so xkisah myk goreng ikan/ayam asalkan kita goreng berkunyit.lg ok jika hanya goreng kunyit dlm minyak sbb garam dlm ikan/ayam yg kita gaulkan dlm minyak tu boleh buat kulit kucing pedih nak2 kulit yg berdarah sbb kurap.

April 4, 2016 at 7:11 AM

salam minta bantuaan.
Ubat kucing kurap kat kedai tu berapa harga..kucing saya dia selalu gatal2 kat telinga itu kurap ke.tq
pecah kaca pecah gelas
dah baca minta tolong sangat2 balas.tq.

April 11, 2016 at 12:53 AM

terima kasih atas perkongsian...kucing saya hampir 7ekor ada kurap...anak kucing yg sekor ni penuh sngt2 kurap kat telinga..dh mcm2 ubt bg still naik,in shaa Allah nak cuba tips ni moga2 berkesan..aamiin.

May 8, 2016 at 5:57 AM


udara/angin x bleh masuk lapisan minyak kot🕵

May 8, 2016 at 5:58 AM


udara/angin x bleh masuk lapisan minyak kot🕵

November 21, 2016 at 4:08 PM

Kalau nk guna minyak masak yg belum digunakan boleh x...?

November 21, 2016 at 4:10 PM

Kalau nk guna minyak masak yg belum digunakan boleh x...?

December 6, 2016 at 10:57 PM

tp lps sapu dgn mnyk goreng ikn tu dkt kucing sy semut pula dtg hurung dia..mcmna ye nk elak..mohon pencerahan..tq

December 12, 2016 at 10:56 PM

Kucing saya tak tahu lah, kurap ke entah apa.. tapi kulit dekat badan dua habis mengelupas habis bulu tanggal

January 4, 2017 at 12:12 AM

Tips ni mmng berkesan kucing saya pun. Saya lumurkan minyak bekas goreng ikan

January 30, 2017 at 12:00 AM

ikan tu kene lumur dgn kunyit and garam ke ? takde effect sampingan ke nanti

January 30, 2017 at 12:00 AM

ikan tu kene lumur dgn kunyit and garam ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome