14 October 2014

Cara Menghilangkan Kurap Kucing

Assalamualaikum...

Paling tension bila bela kucing ini, bila munculnya kurap. Stress! hehe. Siapa yang suka bela kucing ini, mesti selalu menghadapi masalah ini kan. Ya lah, kucing ini, mudah sangat dijangkit kurap walaupun dah selalu mandi, jarang keluar rumah pun, tapi bila ada kucing luar masuk rumah, alahai berjangkit lah pula.

Cara Menghilangkan Kurap Kucing


Selain daripada guna ubat kurap manusia atau ubat klink haiwan ada satu ubat yang berkesan untuk hilangkan kurap kucing. Kalau nak bawa klinik haiwan, kos lain pula kan. Lagi-lagi bila kucing yang dipelihara kita bukan 1 atau 2 ekor tapi berpuluh-puluh ekor, agak pening kan. Dekat kawasan saya ini pula pun susah nak cari klink haiwan. Ish serabutnya..hehe. Saya suka peluk-peluk kucing, bila kucing ada kurap, masalah besar ini. hehe.

Google punya google, banyak caranya. Agak ragu-ragu, sesetengah cara itu macam boleh membahayakan kesihatan kucing je. Itu yang tak nak cuba. Ada yang cakap boleh guna minyak hitam terpakailah. hehe. Tak nak ambil risiko, tak nak lah cuba.

Ubat apa berkesan untuk hilangkan kurap kucing?


Cara Menghilangkan Kurap Kucing


  • Guna lebihan minyak masak goreng ikan. Lepas dah goreng ikan itu, kita asingkan minyak kemudian biarkan minyak itu sejuk kemudian bolehlah kita sapukan pada bahagian badan kucing yang berkurap itu tadi. Cara ini berkesan. Walaupun agak leceh, sebab kena buat banyak kali tapi berkesan, dalam masa 1-2 minggu dah nampak perubahan, kurap kucing dah hilang. Nak lebih berkesan, sapu 1 hari 1 kali pun okay. Bukan suruh lumur satu badan dengan minyak tau, sapukan bahagian kurap sahaja. hehe.

Haa..kenapa guna minyak? Minyak ini berfungsi untuk lembutkan kerak kurap dan melemaskan hama (mites)yang menyebabkan kurap pada haiwan peliharaan kita itu. Mudahkan? Jimat kos dan kalau kucing kita jilat pun tak ada masalah. Tak risau. Kalau guna ubat sapuan lain, alamak! kena letakkan plastik/piring kertas pada leher kucing itu lah apa lah..macam-macam lah supaya dia tak jilat badan dia yang kita sapu ubat itu tadi.

Jadi pemilik-pemilik kucing, gunakan cara ini sekiranya haiwan kesayangan anda mempunyai masalah kurap. InsyaAllah berkesan. Bulu kucing pun makin gebu dan lembut..hehe. Ini berdasarkan pengalaman sayalah.

Selamat mencuba. ^__^


p/s: Nanti nak pergi latihan macam manalah nak tinggal si gebu dan gebas dekat rumah, mesti rindu dekat mereka ini.

32 comments:

  1. tak sampai hati pula nak letak minyak kat badan kucing. nasib baik kucing aku takde kurap.
    http://adarain.com

    ReplyDelete
  2. tips utk mereka yg ada kucing. hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau lak mnyk bulu dia x gugur ke atau bulu dia lusuh

    ReplyDelete
  4. Kalau lak mnyk bulu dia x gugur ke atau bulu dia lusuh

    ReplyDelete
  5. thanks for the info tapi nak tanya, lepas kita lumurkan minyak masak tu, nak mandikan dia bila? setiap hari atau after seminggu ? sebab kucing kita pon kecik lagi. please help me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..jgn mandikan kucing tu dulu..biar dalam 2 ke 3 hari..amalkan selalu smpai kurap tu hilang..biasanya dalam 3-4 kita lumur insyaAllah dah hilang.

      Delete
  6. Kalau guna minyak goreng ayam pun boleh kn?? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa guna minyak goreng ikan..ayam xpernah guna.

      Delete
  7. Klau pakai minyak yg blom guna?

    ReplyDelete
  8. Klau pakai minyak yg blom guna?

    ReplyDelete
  9. Klau pakai minyak yg blom guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat in4 klu minyak belum guna ble ltak kunyit jak. Mohon pencerahan dri admin ya. Tq

      Delete
    2. Ble guna just tambh kunyit.. Mohon pencerahan ya pihak admin. Tq

      Delete
  10. Mandi kan dulu lepas tu baru dapu dengan minyak ikan ? Macam tu ?

    ReplyDelete
  11. Mandi kan dulu lepas tu baru dapu dengan minyak ikan ? Macam tu ?

    ReplyDelete
  12. @aliff haiqal kalau minyak yg belum guna boleh cmpur sikit minyak tu dgn kunyit. (tak pernah try tpi ada terbaca dalam blog lain) hope that helps :)

    ReplyDelete
  13. Nk tnya,ikan yg digoreng tu leh perap dgn kunyit ka xnak?

    ReplyDelete
  14. Pakai minyak kelapa. Boleh buat sendiri drp santan. Masak santan atas api sederhana. Masak santan sampai bertukar jd minyak. Naj senang bli je kat kedai.

    ReplyDelete
  15. Actually kunyit yg ada funct. as anti-inflammatory.so xkisah myk goreng ikan/ayam asalkan kita goreng berkunyit.lg ok jika hanya goreng kunyit dlm minyak sbb garam dlm ikan/ayam yg kita gaulkan dlm minyak tu boleh buat kulit kucing pedih nak2 kulit yg berdarah sbb kurap.

    ReplyDelete
  16. salam minta bantuaan.
    Ubat kucing kurap kat kedai tu berapa harga..kucing saya dia selalu gatal2 kat telinga itu kurap ke.tq
    pecah kaca pecah gelas
    dah baca minta tolong sangat2 balas.tq.

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian...kucing saya hampir 7ekor ada kurap...anak kucing yg sekor ni penuh sngt2 kurap kat telinga..dh mcm2 ubt bg still naik,in shaa Allah nak cuba tips ni moga2 berkesan..aamiin.

    ReplyDelete

  18. udara/angin x bleh masuk lapisan minyak kot🕵

    ReplyDelete

  19. udara/angin x bleh masuk lapisan minyak kot🕵

    ReplyDelete
  20. Kalau nk guna minyak masak yg belum digunakan boleh x...?

    ReplyDelete
  21. Kalau nk guna minyak masak yg belum digunakan boleh x...?

    ReplyDelete
  22. tp lps sapu dgn mnyk goreng ikn tu dkt kucing sy semut pula dtg hurung dia..mcmna ye nk elak..mohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
  23. Kucing saya tak tahu lah, kurap ke entah apa.. tapi kulit dekat badan dua habis mengelupas habis bulu tanggal

    ReplyDelete
  24. Tips ni mmng berkesan kucing saya pun. Saya lumurkan minyak bekas goreng ikan

    ReplyDelete
  25. ikan tu kene lumur dgn kunyit and garam ke ? takde effect sampingan ke nanti

    ReplyDelete
  26. ikan tu kene lumur dgn kunyit and garam ke ?

    ReplyDelete


CAUTION!
1. Sila jaga tutur kata anda sebelum komen.Komen anda adalah tanggungjawab anda. Saya sebagai penulis blog ini TIDAK akan bertanggungjawab ke atas komen yang anda lontarkan. Harap maklum ya.
2. Jangan tinggalkan sebarang "link hidup" diruang komen bagi mengelakkan SPAM. Jika tidak, tanpa belas kasihan komen anda akan di delete. Maaf ler!
3. Terima kasih sudi singgah sini, anda komen anda cute. Datang lagi ya. ^___^.