20 November 2014

Tempahan Edit Blog - Min's Health & Beauty

Assalamualaikum...

tempahan edit blog murah


Blog design dah lama siap, baru ada masa dan mood nak update..hehe. Tempahan ini adalah untuk Min's Health & Beauty blog. Nak tema, bunga sakura dan hijau rumput dan ala-ala warna hijau blog saya ini. Maka terhasillah blog ini dengan design berikut. 

Min's Health & Beauty merupakan SID produk Shaklee. Jadi kalau anda berminat nak dapatkan produk-produk Shaklee dengan harga yang berpatutan boleh lah terus singgah ke blog ini ya : Min's Health & Beauty. Sambil-sambil itu bolehlah blogwalking dan follow terus ya. Terima kasih pada akak Min, kerana sudi menempah dengan saya. ^___^


------------------------------------------------


Jika berminat untuk membuat tempahan edit blog, boleh rujuk harganya disini atau boleh contact saya di :

Facebook : https://www.facebook.com/AiniZakariaPage
Email : ainizakaria92@gmail.com "Subjet - Tempahan Edit Blog"

Terima kasih. ^___^

Kempen #SaveAlQuds | Masjid Al-Aqsa dalam bahaya!

Assalamualaikum...

Masihkah kita tidur dengan lena? Adakah kita tahu, Masjid Al-Aqsa kini dalam bahaya? Adakah kita sedar, Zionis Israel makin giat aktif dengan menyerang satu demi satu hak dan nyawa-nyawa orang Islam seterusnya menyerang dan ingin menakluki Masjid milik umat Islam, milik kita bersama...iaitu Masjid Al-Aqsa. Zionis masih tidak berhenti..perang masih diteruskan.


Info Masjid Al-Aqsa yang perlu anda ketahui.

Sejarah Masjid Al-Aqsa
[ Garisan Merah didalam petak tersebut menunjukkan KESELURUHAN MASJIDIL AL-AQSA yang berkeluasan 144,000 meter persegi bersamaan 35 Ekar ( 1/6 Keseluruhan Kawasan tersebut ).]

Kini Masjid Al-Aqsa didalam keadaan BAHAYA...
Bangunlah Wahai Umat Islam, Seruan Al-Aqsa memanggil Mu untuk bersama-sama membelanya...

Mari sama-sama kita sertai kempen ini. Anda boleh menunjukkan solidariti anda dengan menukar gambar profile di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya kepada gambar dibawah.

Sejarah Masjid Al-Aqsa


Selain itu, mari kita sama-sama kongsikan maklumat ini dengan menekan butang share di Facebook mahupun di Twitter anda. Semoga info ini memberi manfaat, mana-mana yang keliru selama ini mengenai Masjid Al-Aqsa, ini jawapannya. Dengan adanya ilmu juga kita BERJIHAD menentang musuh-musuh Allah ini. Iringkan doa untuk mereka saudara kita, iringkan doa untuk kebebasan Masjid, kiblat pertama kita. Iringkan doa untuk kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Doakan untuk AGAMA KITA. Ayuh bersama-sama membebaskan hak kita dari dibelenggu oleh zionis laknatullah ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini anda boleh melayari laman rasmi Facebook Aman Palestin. Like dan follow page Aman Palestin di link berikut : Facebook Aman Palestin Official


#Fight4AlAqsa
#SolidarityWithAlQuds
 #SaveAlQuds


06 November 2014

Mampukah kita tidur dengan tenang?

Assalamualaikum...

Zionis Israel Bangsat



Aman Palestin

Para ahli Parlimen, rabi dan rakyat negara haram Israel telah mengumumkan akan memasuki Masjid Al Aqsa secara beramai-ramai.

Mereka akan memakai topeng 'Yehuda Glick' sebagai tanda solidariti kepadanya sebagai seorang aktivis berbangsa Yahudi yang konsisten memperjuangkan hak Yahudi untuk memiliki Masjid Al Aqsa.

Anda mampu tidur dengan tenang pada malam ini?



02 November 2014

Amalan sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum...

Lip lap lampu berkelip..sedar tak sedar dah masuk bulan 11 dah pun dan sudah hampir menjengah masuk pintu 10 Muharram 1436. Fuhhh..pantas sungguh masa ini kan. InsyaAllah, kalau panjang umur jumpalah kita esok, Hari Asyura.

Kalau dulu-dulu yang seronok waktu hari asyura ini dapat makan bubur Asyura..hehe..seronok. Gotong royong buat bubur ini. Ada macam-macam perisa. Ada yang letak daging..tapi tak suka. Suka yang letak jagung banyak-banyak. Yummy! Dah lama tak makan. Rindulah.

Amalan sunat pada Hari Asyura


Selain daripada, gotong royong membuat bubur Asyura, ada beberapa amalan yang kita boleh lakukan pada hari tersebut. Bukan semata-mata nak makan bubur je ya. hehe..dulu-dulu waktu kecil tak tahu pun Hari Asyura ini apa,sebab tahu Hari Asyura dapat makan bubur Asyura je. Dah "cerdik sikit", barulah tahu banyak sejarah penting bagi Islam pada 10 Muharram ini.

Kelebihan Hari Asyura
  • Sebenarnya tak ada amalan yang lebih utama pada hari Asyura, kecuali berpuasa. Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
  • Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)
  • Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)
(Sumber)

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura :
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  6. Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  7. Mandi Sunat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
  8. Bercelak - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  9. Membaca Surat Al-Ikhlas (Qulhuwallah) hingga akhir seribu kali - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  10. Sembahyang sunat empat rakaat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  11. Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  12. Puasa - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Lafaz niat Puasa Sunat Asyura 
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


Selamat berpuasa.Tak terlambat lagi nak puasa, hari ini niat esok puasa lah pada 10 Muharram dan diikut dengan 11 Muharram. Untuk lebih lanjut mengenai Cara atau Kaedah Puasa pada Hari Asyura boleh rujuk blog Ustaz Love. ^___^


Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur pada Allah. Terima kasih Allah. First time, tengok bola sampai menangis-menangis. Allah..hehe..Seronok. Hampir-hampir putus harapan, tapi rezeki dari Allah untuk Pahang, kami MENANG!. Yeahhhhhh, seronoknya. Emotional sikit time acara gaduh-gaduh itu. Alahai.

Pahang Juara Piala Malaysia 2014


Berdebar je setiap masa waktu tengok perlawanan, rasa macam nak je turun padang itu..konon macam pandai sangat je kan main bola kan. Tak tergambar dengan kata-kata seronok betul malam ini..hehehe. Dekat rumah ini pun kedengaran bunyi bunga api bertebaran di langit sebagai tanda meraikan kemenangan Pahang.

Pahang meraih kemenangan menerusi sepakan penaliti dengan jaringan 5-3 selepas seri 2-2 menentang JDT. Tahniah Pahang ku sayang. #HogohPahangHogoh kerana permainan yang hebat dan mantap meskipun disaat-saat akhir. ^___^

Harap kita penyokong Pahang, jadi seperti peribahasa "Ibarat resmi padi, semakin tinggi semakin tunduk." Menang tak bermegah, kalah takkan rebah. Tahniah sekali lagi buat Pahang dan juga JDT kerana berjaya mara ke peringkat akhir.

#HogohPahangHogoh #PahangJuaraPialaMalaysia2014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome