Lip lap lampu berkelip..sedar tak sedar dah masuk bulan 11 dah pun dan sudah hampir menjengah masuk pintu 10 Muharram 1436. Fuhhh..pantas sungguh masa ini kan. InsyaAllah, kalau panjang umur jumpalah kita esok, Hari Asyura.
Kalau dulu-dulu yang seronok waktu hari asyura ini dapat makan bubur Asyura..hehe..seronok. Gotong royong buat bubur ini. Ada macam-macam perisa. Ada yang letak daging..tapi tak suka. Suka yang letak jagung banyak-banyak. Yummy! Dah lama tak makan. Rindulah.
Kelebihan Hari Asyura
- Sebenarnya tak ada amalan yang lebih utama pada hari Asyura, kecuali berpuasa. Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
- Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)
- Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)(Sumber)
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari Asyura :
- Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
- Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
- Bercelak - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Surat Al-Ikhlas (Qulhuwallah) hingga akhir seribu kali - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Lafaz niat Puasa Sunat Asyura
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Selamat berpuasa.Tak terlambat lagi nak puasa, hari ini niat esok puasa lah pada 10 Muharram dan diikut dengan 11 Muharram. Untuk lebih lanjut mengenai Cara atau Kaedah Puasa pada Hari Asyura boleh rujuk blog Ustaz Love. ^___^