27 September 2013

Sahabat Syurga

Assalamualaikum...

SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN BACALAH SEJENAK..

Doodle Sahabat


Diriwayatkan, bahawa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: 

"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: 
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami...Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

Sahabatku..

Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat bersamamu kelak di Syurga bersama Redha-Nya..

آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ   

Ya Allah, Aku Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat Kepada Syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak.

Oleh itu...Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga dan jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU, JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI.


16 September 2013

Selamat Hari Malaysia 2013 + Hari tua

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jadi Malaysia. Happy Birthday Malaysia. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia. Alhamdulillah, sudah 50 tahun kita berdiri sebagai sebuah negara yang memupuk kesatuan dan perpaduan di antara semua kaum dan pelbagai etnik di Malaysia.

16 September 1963

16 September ini pun sudah dijadikan cuti umum buat negara Malaysia. Yeah...cuti... Malaysia sudah pun genap 50 tahun, dan saya juga sudah cukup 21 tahun pada hari ini. Yeah..dah tua..kihkoh..sobsobs.

Happy Birthday untuk diri sendiri. Selamat Menyambut Hari Tua buat Nurul Aini binti Mohammad Zakaria ini. hehehe. Syukur pada Allah. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan udara-Nya untuk aku bernafas. Terima kasih, Ya Allah. Moga hidupku pada hari-hari mendatang lebih bermakna untukku terus mencari redhaMu.

Selamat Hari Jadi


Doa Hari Lahir

Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapatku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu.
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome