Assalamualaikum...
Selamat Hari Jadi Malaysia. Happy Birthday Malaysia. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu bagi menubuhkan sebuah negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia. Alhamdulillah, sudah 50 tahun kita berdiri sebagai sebuah negara yang memupuk kesatuan dan perpaduan di antara semua kaum dan pelbagai etnik di Malaysia.
Happy Birthday untuk diri sendiri. Selamat Menyambut Hari Tua buat Nurul Aini binti Mohammad Zakaria ini. hehehe. Syukur pada Allah. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan udara-Nya untuk aku bernafas. Terima kasih, Ya Allah. Moga hidupku pada hari-hari mendatang lebih bermakna untukku terus mencari redhaMu.
Doa Hari Lahir
Ya Allah, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapatku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku,
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu.
Ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
Amin...
9 comments
selamat hari lahir akak , May Allah bless you . :)
amin..hepy holiday jugak aini =)
waa, happy birthday Aini!! may Allah bless u, may all ur dreams come true!! Best nye sambut birthday ngn Malaysia..lme x dtg sni ^__^
selamat hari Malaysia.. :)
selamat hari jadi moga2 berbahagia selalu.
happy birthday utk semalam kak aini! semoga dirahmati Allah. lamanya tak dtg blog ni. rinduu~ :p
wah bestnya birthday dapat public holiday sekali tu....sori aini terlambat baru dapat singgah ke sini...apa2 pun selamat hari lahir yg ke "12" ye...hehehhee
semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan aini... :)
Happy birthday adik....semoga panjang umur, murah rezeki, di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di beri kebahagiaan di dunia dan akhirat.
lamanya tak lawat kawan kat sini..HB dear,moga Allah menjaga dan melindungi mu selalu..Amin.. :)