Assalamualaikum...
Buat mereka yang nak tanya apa-apa mengenai blog, nuffnang dan sebagainya boleh terus direct PM saya dekat fb atau email sebab senang saya nak balas. InsyaAllah, kalau benda atau perkara tu saya tahu dan boleh jawab, saya jawab. Kalau dekat komen box, saya susah nak balas, lagi-lagi tutorial dan soalan-soalan yang panjang, jadi adalah lebih baik terus PM atau email saya ye.
Menjawab pertanyaan tira, macam mana nak edit blog bagi cantik? Sis jawab dekat sini ye sebab tira tak tinggalkan link blog, jadi tak dapat beri direct answer.
Macam mana nak edit blog bagi cantik?
Kalau nak edit blog cantik-cantik kena tahu dan faham basic coding terlebih dahulu, kemudian dah faham baru kita boleh mulakan blog editing ni.
Contoh : Apa itu margin blog, padding, color code, main wrapper, sidebar, dan sebagainya.
Tak tahu nak belajar dekat mana?
Sis dulu-dulu pun bukan reti edit blog, kalau masuk blog orang yang cantik-cantik, cemburu dan iri hati sebab tak dapat blog macam tu..hehe. Dari situ, sis cari tutorial-tutorial untuk edit blog ni dari internet. Belajar slow-slow, tak terus pandai. Bergantung kepada diri sendiri. Kalau rajin dan cepat tangkap, cepatlah pandai. Kalau tak cuba lagi.
Lepas dah pandai sikit pun tak apa, dah boleh start mencuba. Kemudian bolehlah download software untuk design blog. Sis dulu header, macam-macam rupa, gambar baby lah, gambar kim hyun joong (pelakon korea) lah. Haish..dah tu buruk. Tapi puas hati sebab kita buat sendiri. Walaupun bagi orang tak cantik, tapi bagi kita dah cantik sangat dah. Ada kepuasan kat situ.
Software apa yang boleh guna untuk design header dan sebagainya?
Mula-mula dulu guna
Photoscape je. Tapi bila search punya search, para-para senior blogger ni cakap guna
Photoshop pun boleh. Gigih mendownload photoshop yang saiznya mencecah 2gb. Memang tak lepas nak download sebab sis cuma guna broadband. Puluh kali download, baru dapat.
Tak pandai guna Photoshop?
Boleh cari tutorial dekat internet, tak pun kalau tak rajin, explore dan godek-godek je sendiri. Sebab sis pun buat macam tu juga. Memang 100 peratus dari diri sendiri dan internet. Kalau nak tanya pasal Photoshop boleh juga tanya sis, kalau ada yang sis tahu sis jawab.
Itulah cara sis edit blog ini. Mula dari zero. Sebab kalau nak lagi mudah, tempah je dekat orang. Tapi disebabkan nak kepuasan bila tengok hasil kita, sis belajar dan buat sendiri.
Cara lain?
Download ready made template dekat internet. Dulu-dulu sis pun selalu download template cantik-cantik dari internet. Google je "cute free blogspot template" macam-macam ada. Cara ini paling mudah untuk dapatkan blog yang cantik tanpa perlu upah orang edit blog kita mahupun edit sendiri.
Sememangnya itu sahaja cara untuk anda edit blog bagi cantik-cantik. Tak cantik di mata orang, cantik dimata kita. Cantik tu kan subjektif kan. ^____^ Entry ini adalah mengikut cara dan pandangan sis sahaja, kalau ada salah dan silap, harap maaf ye. Kalau nak tanya apa-apa boleh terus contact di Facebook atau email ye.