Ini blog, pemiliknya Miz Ruha bukan Miz Nina tau..hehe. Gurau-gurau. Blog miz ruha atau lebih saya kenali sebagai kak ruha ini merupakan blog peribadi beliau. Maknanya blog ini lebih kepada kehidupan seharian beliau.
Selain itu ada juga review drama-drama korea, dan (terutamanya) review novel yang boleh membuatkan saya jadi gila (gila membeli belah novel). Kak ruha pun ada juga menulis cerpen pendek diblognya. Kalau tak silap saya, kak ruha mula berblog sejak tahun 2009. Wow, lama dah kan. Sunbaenim (senior) ni. Kak ruha merupakan anak kelahiran negeri Tok Gajah..hehe..Macam saya!! Yeah, hogoh Pahang hogoh..hee. ^____^
Bahasa dan kandungan blog kak ruha juga, mudah di "telan" di "kunyah" masuk ke dalam otak mahupun perut. Hehehe..Maksudnya, penggunaan bahasanya yang santai dan penceritaan yang menarik membuatkan kita rasa selesa dan mudah nak faham. Seronok je bila baca. Relax je. Tak sakit otak.
Susun atur blog kak ruha, memang kemas, dan selesa nak menerjah dari satu post ke satu post. Blog tak berat, memang 100% memuaskan hati saya sebagai seorang pembaca. Ada blog archive, jadi ianya memudahkan saya nak cari post-post yang lalu. Blog yang simple tapi menarik. Full mark bagi saya. (Ehh..macam kak ruha jawab soalan exam, saya jadi penanda kertas pulak dah.)
Jadi rakan-rakan sekalian, marilah kita menerjah masuk ke dimensi kehidupan Miz Ruha. hehe.. jom singgah blog Kak Ruha. Ownernya tak sombong.
p/s: Rumah Kak Ruha pun dilanda banjir. Berhati-hati ketika banjir ye kak. Semoga selamat semua hendaknya.
1 comment
kak ruha baru bleh on9 lepas seminggu banjir...
tak sangka terpilih untuk direview...
thanks aini... ^_^
macam terlebih pula cara aini review blog kak ruha... padahal blog merepek je pun... -_-"