19 December 2013

Daftar Online BR1M 3.0 (2014) - Download Borang Permohonan

Assalamualaikum...

Syarat – syarat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 (2014)

Keluarga (RM650)
  1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
  2. Rakyat Malaysia

Keluarga (RM450)
  1. Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
  2. Rakyat Malaysia
  3. Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Individu (RM300)
  1. Pendapat sebulan RM2,000 ke bawah.
  2. Rakyat Malaysia
  3. Berumur 21 tahun ke atas.
  4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. 

Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

Cara memohon

Borang permohon mula dibuka mulai 23hb Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

1. Muat turun borang melalui laman sesawang http://www.hasil.gov.my/, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my/

2. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  • Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan

3. Pemohon baru yang memenuhi kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan salinan kad pengenalan (MyKad), Kad Polis atau Kad Tentera ( jika perlu disertakan semasa memohon secara manual ).

4. Sebarang semakan permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online, melalui pos atau secara dalam talian.

Sebarang soalan / pertanyaan

1. Emel : br1m2@treasury.gov.my atau telefon talian hotline 1-800-222-500


2 comments

December 19, 2013 at 1:12 PM

macam takbole nak mohon je sebab FD lahir July 1993 T__T

December 19, 2013 at 1:18 PM

@Fatin Diana FD memang tak boleh mohon sebab tak cukup bulan masuk 21 tahun kan..hehe. macam akak tahun lepas, lahir bulan sept, jadi tak cukup umur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome