10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah
- Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4 petang tadi.
- Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.
- Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID dan lebih 10 ribu orang yang tercedera, termasuk dari kalangan kanak-kanak, ibu-ibu, dan wanita.
- Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.
- Ambulans dan bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan himpunan dan TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.
- Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
- Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.
- Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan dan pusat perubatan para penyokong Morsi.
- Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr Morsi.
- Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah dan kampung masing menuju medan perang untuk menyokong Morsi dan mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.
Marilah kita sama-sama mendoakan kehancuran musuh Islam dan diakhirnya kemenangan buat Islam. Sesungguh kemenangan Islam itu sangat hampir.
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. |
Mereka kata Islam Terrorist, media massa memanglah suka membelit-belitkan cerita. Saudara kita ditembak, dibunuh tanpa senjata. Adakah itu terrorist namanya? Jom sama-sama kita doakan mereka ye. Terbayang sekarang, pukul 1:38 AM waktu Malaysia kita lena dibuai angan dan mimpi, bunyi mercun tanda gembira sambut hari raya. Tapi saudara kita di sana menderita. Ayuh kita berdoa. Hanya itu yang kita mampu buat ketika ini. Doa itu senjata orang-orang mukmin.
p/s: Berita-berita terkini mengenai Mesir boleh diikuti di Laman Facebook Mesir Kini.