12 August 2013

Orang Malaysia Terlebih Kaya?

Assalamualaikum...

Tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya. Hoho..baru raya ke-5 kan. Jadi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog Aini Zakaria. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada hati-hati yang terguris ketika membaca tulisan saya mahupun komen dari saya. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri.

Selamat Hari Raya

Sudah minta maaf, tapi tajuk macam nak cari gaduh je kan. hehe. Semua pun dah sedia maklumkan raya ini hari kegembiraan, hari kemenangan bagi umat islam selepas kita berjaya menyempurnakan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan ramadan. Alhamdulillah. 

Tapi-tapi...yang tak tahannya bila raya je, dah jadi kemestian kanak-kanak "ribena" ini bermain mercun sampai tak ingat dunia. Nak bergembira itu tak salah, tapi haruslah kena pada caranya. Kalau  dah main mercun sampai menganggu ketenteraman awam, mencederakan orang, itu bukan lagi kegembiraan ye adik-adik sekalian. Malam-malam buta, bukan malam tapi pagi-pagi buta pun meraikan kegembiraan, itu dah melebih-lebih ye. Bergegar-gegar rumah orang. Orang nak tidur pun tak boleh dan orang yang tak ada sakit jantung ni pun boleh ada sakit jantung. 

Kaya-kaya ye, rakyat Malaysiaku yang tercinta ini. Orang-orang dekat Palestine, Syiria dan lain-lain dengar bunyi letupan itulah satu ketakutan tapi kita, bunyi mercun itu satu kegembiran, meraikan hari raya dengan "membakar duit-duit" yang kita ada. Orang dekat sana, kebuluran, tak ada duit nak beli makanan. Kita habiskan duit kita untuk beli mercun. Bukan tak boleh nak main, tapi kenalah ada hadnya ye.

Akhir kata...Selamat Hari Raya, Mohon Maaf ye. >_______<



8 comments

August 12, 2013 at 9:13 PM

selamat hari raya adik cayang! lama x nmpk adik, rindu...!

August 12, 2013 at 9:16 PM

budak2x kg suka sangat main meriaam, cubalah main kat palestin mesti tak mau..

August 13, 2013 at 8:16 AM

Selamat Hari Raya yer adik...Maaf Zahir Batin.

August 13, 2013 at 1:08 PM

selamat hari raya aini.. =)
tu la..dalam xde duit, rajin juga mereka bakar duit..
akk setakat ni xpernh la peruntukkan duit tuk mercun sume tu..

August 13, 2013 at 11:36 PM

selamat hari raya aini... :)

August 14, 2013 at 12:33 PM

selamat hari raya dear..lama xdatang singgah sini..rindu kat blog ni..hehe

August 18, 2013 at 5:58 PM

Selamat hari raya kak ainy.. :)

August 23, 2013 at 7:43 PM

Salam
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia tercinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome