15 August 2013

Doakan saudara kita di Mesir

Assalamualaikum...

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

  1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4 petang tadi.
  2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.
  3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID dan lebih 10 ribu orang yang tercedera, termasuk dari kalangan kanak-kanak, ibu-ibu, dan wanita. 
  4. Semua yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersenjata.
  5. Ambulans dan bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kawasan himpunan dan TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kepada mangsa.
  6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
  7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yang dirahsiakan.
  8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan dan pusat perubatan para penyokong Morsi.
  9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akan terus BUNUH mana-mana rakyat yang menyokong Dr Morsi.
  10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah dan kampung masing menuju medan perang untuk menyokong Morsi dan mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Marilah kita sama-sama mendoakan kehancuran musuh Islam dan diakhirnya kemenangan buat Islam. Sesungguh kemenangan Islam itu sangat hampir.


Doa Qunut Nazilah
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.


Mereka kata Islam Terrorist, media massa memanglah suka membelit-belitkan cerita. Saudara kita ditembak, dibunuh tanpa senjata. Adakah itu terrorist namanya? Jom sama-sama kita doakan mereka ye. Terbayang sekarang, pukul 1:38 AM waktu Malaysia kita lena dibuai angan dan mimpi, bunyi mercun tanda gembira sambut hari raya. Tapi saudara kita di sana menderita. Ayuh kita berdoa. Hanya itu yang kita mampu buat ketika ini. Doa itu senjata orang-orang mukmin.


p/s: Berita-berita terkini mengenai Mesir boleh diikuti di Laman Facebook Mesir Kini.

12 comments

August 15, 2013 at 8:24 AM

amin...semoga bumi mesir selamat.

August 15, 2013 at 1:06 PM

kejam betul :/

August 15, 2013 at 5:04 PM

macam mana la kita kat sini nak bantu mereka ya..hanya mampu mendoakan mereka dari jauh..Allahuakhbar..

August 16, 2013 at 12:41 AM

yeahh doaaa laa senjataa kita :)

August 16, 2013 at 2:23 AM

Amin..x3

August 17, 2013 at 11:38 PM

salam aini.. sedih sgtt lihat apa yg terjadi. benci dgn kekejaman firaun sisi. sedih umt Islam dibunuh mcm xd nilai. Allah turunkanlah laknat Mu ke ats firaun kejam itu..

August 19, 2013 at 11:53 AM

sedihnya akak tengok anak2 dan kaum wanita di tembak. Tak berperikemanusiaan.

August 20, 2013 at 1:03 PM

DOA UTK SESAMA ISLAM WPUN DIMANA MEREKA BERADA

August 28, 2013 at 12:37 AM

amiin. :(

August 28, 2013 at 11:41 AM

semoga semuanya baik2 belaka di sana. hurmmmm rindu cik aini laaaa huhuhu terasa macam nak berblogging macam biasa tapii tak tau nak mula dari mana?? huhuhu

September 3, 2013 at 7:09 AM

@Sue PeLik amin ya robbal 'alamin.


blogwalking
Android

September 13, 2013 at 12:15 PM

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as phone case, ear cap,
bags, pouch and many more! 쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome