Assalamualaikum...
Di entri yang lepas, saya kongsikan pengalaman saya dalam menghadiri
Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara Gred KX17 kan, jadi pada entri kali ini, saya nak kongsikan pula pengalaman saya dalam menghadiri temuduga untuk jawatan tersebut pada hari yang berikutnya. Dah nak dekat sebulan pergi baru nak post entry ini kan. hehe. Dah ada dalam draft cuma tak publish je. Sedikit busy dengan kerja sendiri. hehe. Kununlah kan.
Disini saya sertakan sekali, sedikit tips untuk persediaan sebelum temuduga dan semasa temuduga.
Persediaan awal sebelum menghadiri Temuduga
- Semak dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dokumen yang asal dan yang perlu di fotostat perlu diteliti supaya waktu pemeriksaan dokumen tak adalah yang tertinggal mahupun terlupa di fotostat. Rujuk surat panggilan apa yang perlu dibawa dan di fotostat. Dalam surat panggilan itu semua dah ada. Cuma perlu ikut urutannya sahaja. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran kalau boleh, fotostat lah lebih. Untuk langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan gambar pasport. Bawa gambar lebih dan pastikan gambar itu sama dengan gambar pada resume anda.
- Dokumen-dokumen yang sudah di fotostat susunlah ikut urutan seperti yang diminta pada surat panggilan tersebut. Kemudian, asingkan. Jangan campur dokumen@sijil asal dengan yang salinan. Sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang asal masuk dalam file clear folder. Manakala resume dan juga salinan pula, masukkan dalam satu sampul surat. Bila diminta, tak perlu susah-susah nak cari. Keluarkan terus. Mudah kerja kita, mudah juga kerja pegawai yang bertugas. (Cara susunan sijil atau dokumen berserta cara menulis resume akan saya kongsikan pada entri berikutnya)
- Cara pemakaian bagi sesi temuduga mestilah berpakaian sopan dan formal. Bagi lelaki, pakailah baju kemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut atau tambahan pakai blazer. Manakala bagi wanita pula, berbaju kurung, bertudung bawal. Bukan selendang, shawl, mahupun tudung masuk terus itu tau, sebab selendang (shawl) dan lain-lain, bukan dalam kategori pakaian formal. Maklumat ini saya rujuk dalam satu blog, maaf saya tak ingat url dia. Dia cakap, dia kena tegur kerana pakai shawl dan markah dia di tolak atas sebab itu. Kasut yang dipakai pastikan kasut yang bertutup. Bagi wanita bukan Islam, bolehlah pakai baju kemeja berlengan panjang, berseluar slack dan rambut diikat kemas.
- Lagi bagus kalau anda, pakai tanda nama atau nametag.
Semasa menghadiri Temuduga
- Datang 15 minit awal sebelum masa temuduga diadakan.
- Jangan buat bising atau bercakap semasa menunggu giliran anda, sebab ianya menganggu rakan-rakan yang lain. Penemu duga dalam bilik temuduga akan membunyikan loceng, menandakan giliran anda untuk masuk untuk ditemuduga. Kalau anda buat bising, nanti tak dengar pula bila loceng tersebut di bunyikan.
- Sebelum masuk, ketuk pintu terlebih dahulu. Jangan main terjah je tau. Sebab disitu pun ada markah. Beri salam atau ucapkan selamat pagi/petang pada penemuduga.
- Jangan terus duduk tapi minta kebenaran untuk duduk terlebih dahulu. Penemuduga akan minta anda beri fail dan resume anda sebelum di izin duduk.
- Jika bawa beg jangan letak atas riba, letakkan ditepi/sisi kerusi. Kalau ada dua kerusi sekali pun, jangan letak beg atas kerusi tersebut, tapi di tepi/sisi kerusi tersebut. Penemuduga tersebut matanya sentiasa memerhatikan gerak geri anda. Seriously..dub dab dub dab je rasanya. Macam penjenayah bersiri pun ada. hahaha.
- Ketika duduk, duduk dengan sopan, jangan silang-silang kaki. Kalau tak, dengan anda-anda sekali disilangkan oleh penemuduga tersebut. Jangan bersandar pada kerusi, duduk tegak. Kaki pun kena jaga, jangan main hentak-hentak kaki ya..hehehe. Saya kadang tergabra lebih, kaki ini suka sangat bergerak-gerak. Nasib baik waktu temuduga hari itu, kaki ini boleh dididik agar tak terlalu aktif bergerak ke sana-sini. Tangan pun satu hal, jangan terlalu banyak buat pergerakan yang agresif. Sikit-sikit tak apa. Ini juga sebab terbiasa, bila bercakap selalu gerak-gerak tangan kan. Jadi macam Karam Singh Walia. Masuk pidato dan syarahan dulu kan, mesti ada gaya tangan. Itu yang terbiasa..susah nak ubah. Alahai..tangan oh tangan. Nasib baik kau baik hari itu.
- Suara kena kuat dan jelas. Bukan menjerit, terpekik dan terlolong tau. Tapi biar berbutir sikit bicara atau perkataan yang kita cakap itu jelas dengar dan tidak membuatkan penemuduga bosan dan mengantuk.
Bermula kisah dalam bilik temuduga.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, perkenalkan diri awak.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Ada di antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara, atau orang yang awak kenal berkerja di Jabatan Penjara Malaysia?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Sebelum ini awak belajar atau berkerja di mana?
-----------------------------------------------------------------
Dekat sini, dia tanya lebih detail tentang kerja kita. Jika kita dah berkerja, dia akan tanya mengapa awak pilih kerja ini lagi sedangkan awak dah ada kerja yang lebih baik, awak ada Ijazah..sekian..sekian. Tapi kenapa awak masih nak memohon Jawatan gred 17 ini? Anda pandai-pandailah goreng, kelebihan berkerja di sektor awam ke, apa ke kan.
-----------------------------------------------------------------
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Apa persediaan awak sebelum menghadiri temuduga ini?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Baiklah, cerita kan apa tugas Pegawai Penjara Gred KX17 ini.
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Awak ada sebut pasal Sistem Parol kan tadi, jadi apa yang awak faham tentang Sistem Parol ini. Maksud sistem Parol?
PEGAWAI DARI JABATAN PENJARA : Tangga gaji pegawai penjara bermula daripada berapa?
-----------------------------------------------------------------
Dipendekkan cerita, temuduga ini memang agak lama. Macam-macam soalan yang ditanya. Nak disenaraikan pertanyaan dan jawapan memang panjang berjela tak cukup 1 entri. Jadi saya pendekkan dengan soalan-soalan yang ditanya atau mungkin ditanya sahaja bersama jawapan ringkasnya sahaja. Oh, lain panel/penemuduga, lain soalannya. Ada yang sekejap je, ada yang lama bertapa dalam bilik itu. Ikut budi bicara panel tersebut.
- Apa kelebihan awak? - Ini adalah sesi memuji diri sendiri. Pujilah diri anda, sehabis mungkin. Ini lah masa anda untuk puji diri sendiri. Masa lain, orang cakap bangga diri pula kan. Ceritakan sahaja kelebihan anda. Misalnya, anda seorang yang positif, positif macam mana? Terangkan lah. Kemudian, awak juga seorang yang berani..terangkanlah. Selain itu, anda seorang yang boleh berkerja tanpa pengawasan. Tak suka curi tulang. Sentiasa memberi kerjasama dengan rakan-rakan setugas dan lain-lain.
- Pandai memasak? Menjahit dan sebagainya? Siap tanya masakan yang famous di Pahang, kemudian siap tanya resepi lagi. Yang ini memang rasa nak ketawa. Nasib baik tak terlepas cakap " Rasa macam dalam rancangan memasak pun ada" - Sebab ditanya soalan ini? Kata pegawai tersebut, nak jadi Pegawai Penjara bukan sahaja perlu menjaga tahanan ataupun berikan pemulihan tetapi kita mungkin jadi tenaga pengajar para banduan. Dalam Jabatan Penjara Malaysia, macam-macam bahagian ada.
- Harapan awak? - Harapan moga dapat kerja ini, dan saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk....harapan ibu bapa, diri sendiri, agama bangsa dan negara. Sebut je semua itu.
- Soalan yang memang wajib dan sering ditanya adalah nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengarah Penjara (Bahagian Keselamatan dan Pengurusan), Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri berserta Timbalannya sebab Jabatan Penjara Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri. Soalan ini boleh dikatakan soalan wajib, tapi tak ditanya pula pada saya, tapi ditanya pada rakan-rakan yang lain. Memang hafal, beria je kan. Eh..bukan beria tapi sebagai langkah-langkah persediaan awal. Tak ditanya, tak apalah kan.
- Kemudian, ditanya juga soalan-soalan isu semasa. Isu Gaza ke, Isu ISIS ke. Ditanya juga rukun negara. Panel saya ini, tanya rukun Islam, rukun negara, bacaan tahyat akhir, doa qunut. Haa..bersedia je lah ya. Soalan-soalan macam ini dia saja nak uji kita. Doa qunut dan bacaan tahyat akhir itu dia saja tanya sebab dia kata, kalau banduan tanya, awak mesti kena jawab, jadi awak kena tahu. Sebab itu juga, Jabatan Penjara Malaysia nak ambil orang yang lulus Pendidikan Islam, Moral dll. Ya lah, kita kan nak jaga individu yang pernah runtuh akhlaknya, jadi kita kenalah bimbing mereka kan. Lain panel, lain soalannya tau.
- Lain-lain soalan yang mungkin ditanya, visi, misi, logo, tugas, tangga gaji, motto, maksud Penjara Sejahtera, Akta Penjara, kejayaan yang dicapai oleh Jabatan Penjara.
Lain panel lain soalan ini. Tapi ini lah antara soalan-soalan yang mungkin atau bakal ditanya oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara tersebut. Kebetulan waktu publish entry ini, keputusan untuk Temuduga Pegawai Penjara Gred KX17 ini akan keluar pada hari esok. Huhu..dup dap dia..time malam-malam baru tiba. Redha je lah kan, kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Kalau tak, cuba yang lain pula. Sekurang-kurangnya bila kita pergi temuduga ini, kita dapat pengalaman yang berharga. Akhir kata, semoga berjaya semua. ^___^