06 January 2014

Novel Aku Ada Wali

Assalamualaikum...

Novel Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi ini akan diadaptasikan ke drama "Aku Ada Wali" dan bakal bersiaran di TV Al-Hijrah mulai 14 Januari 2014, jam 10 malam.

Saya sendiri tak sabar nak tengok drama ini, ternanti-nanti 14hb ni, bila lah nak tiba. Drama Aku Ada Wali ini dibintangi oleh Siti Saleha, Zahiril Adzim, Puteri Chi chiZoey Rahman dan ramai lagi. Pengambaran drama ini pun dah hebat, dekat negara yang disukai para Kpopers. Yeah..Korea Selatan tu.

Trailer Drama AKu Ada Wali



Tapi macam biasalah, novel tetap kena baca dulu, sebab membaca lagi seronok kan. Sesiapa yang gila novel mesti suka baca novel dulu kan daripada tengok drama kan. Hehe..tapi disebabkan novel ini best, jadi mestilah dramanya pun kena tengok sekali kan kan kan.

Novel Aku Ada Wali

Novel Aku Ada Wali


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Manfaat Buku Ini:

  1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
  2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
  3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
  4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
  5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
  6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
  7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
  8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.

JOM BELI NOVEL AKU ADA WALI SECARA ONLINE

Harga Asal RM 29.90 + Postage RM 6.00 = RM 35.90

HARGA ISTIMEWA MULAI 2 JANUARI 2014
Harga Seluruh Malaysia: (termasuk Sabah & Sarawak) 
RM 33.00 SAHAJA


BERMINAT SILA PM/INBOX SAYA DI FACEBOOK ATAU EMAIL SAYA ainizakaria92@gmail.com

p/s: Suka baca novel-novel islamik ini..terutama karya Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya, Dr. Farhan Hadi. ^___^

2 comments

January 7, 2014 at 5:05 PM

dah jadi trend dari novel diadaptasi jadi drama ^^

February 7, 2014 at 12:13 PM

best citer dia kat tvhijrah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome