21 January 2014

Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Assalamualaikum...

Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Sekarang ini produk ini famous kan? Saya pun pelik orang sibuk sebut stemcell-stemcell tapi apa benda itu pun saya tak tahu. Ramai kawan-kawan saya sibuk berniaga produk ini tapi saya memang tak berminat. Berniaga craft ke, design ke..itu minat. Melalut.. T____T Dan hari itu pun, sahabat baik saya pun ada tanya saya tentang produk ini. Saya..google-google waktu tu, produk ini tak banyak lagi orang review. 

Okay..kembali kepada produk double stemcell ini.

Berikutan dari kepopularan (rosak bahasa) produk ini, jadi mesti ramai orang nak tahu status halal produk ini kan. BUKAN CAKAP, PRODUK INI TAK HALAL, TAPI CAKAP PASAL SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA-JAKIM. Jadi boleh baca apa yang Mazidul Akmal Sidik tulis disini mengenai status sijil pengesahan halal produk double stemcell ini ye. 

Hari ini saya diajukan soalan, adakah produk Phytoscience Double Stemcell memiliki Sijil Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia, JAKIM?

Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah. Beliau kemudian meminta saya merujuk kepada Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir.


Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan


Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia!


(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya


Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia BUKAN mengatakan produk itu haram.

Jangan terkeliru.

Klik juga di sini.

Setelah membaca penjelasan itu, molek sekiranya syarikat pengeluar produk terbabit tidak terus mencetak logo halal JAKIM di kotak produk kerana tindakan itu mengelirukan masyarakat pengguna di Malaysia.

Saya hanya berkongsi maklumat disalurkan oleh pihak berkuasa. Blog Sahabat Halal juga memaparkan informasi sama, klik di sini.

Berikut respon awal pembaca, Zai Phytoscience.


Produk Double Stemcell Tidak Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Sekadar perkongsian. Sumber berikut, kredit kepada blog Mazidul Akmal Sidik. Belum mendapat sijil pengesahan HALAL ye bukan TIDAK HALAL. Nanti salah faham. Nak maki-maki orang kan. Jadi fahamkan terlebih dahulu sebelum mengutarakan sebarang pendapat.


3 comments

January 21, 2014 at 6:54 AM

Kt fb nina ramai sgt kawan yg buat bisness ni. Siap show lg income diaorg. Memg masyuk. Hurm.

January 23, 2014 at 9:16 PM

perkongsian yang baik, aini... :)

May 9, 2014 at 4:06 AM

Macamana produk produk stemcell lain di pasaran? Sarimah stemcell, bless stemcell, NuStemcell dll. Semua raw material di ambil dari Mibelle Biochemistry atas nama patented Phythocelltec Mallus Domestica?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome