Showing posts with label Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang. Show all posts
Showing posts with label Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang. Show all posts

24 April 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum...

Jom kita sama-sama menyertai Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!. Kontes Panduan Blogger ini amat bermanfaat untuk semua blogger, kerana sambil menyelam kita minum air. Jika kita ingin menjadi blogger yang berjaya, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang padat dan seterusnya membudayakan ilmu blog tersebut di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger. Tidak merugikan kita sedikit pun, malah beruntung-untung lagi. ^____^

Ini merupakan entri jawapan saya untuk Kontes Panduan Blogger ini.


Maksud Google Pagerank


Google Pagerank (PR) ini merupakan satu sistem di Google untuk menentukan kedudukan atau penarafan bagi sesebuah blog menerusi entri-entri yang diterbitkan. Melalui Google Pagerank ini, keberkesanan bagi satu-satu penulisan juga dapat dinilai. Google Pagerank bermula dari PR0 sehinggalah ke PR10. 

Google Pagerank ini penting bagi sesebuah blog kerana semakin tinggi PR sesebuah blog, maka semakin tinggi jugalah, peluangnya untuk disenaraikan di top search enjin carian dan diberi layanan yang lebih istimewa oleh Google berbanding dengan blog mahupun laman web yang mempunyai PR yang rendah. Selain itu, Pagerank ini juga menujukkan populariti sesebuah blog dan sekaligus turut membantu blog, untuk menjana trafik daripada enjin carian.


Tips asas SEO


Tip asas SEO yang sering saya gunakan semasa menulis sesebuah entri adalah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan alamat url entri tersebut serta meletakkan garisan, bold, mahupun italic pada kata kunci entri.

Misalnya, tajuk entri saya adalah Tips Temuduga IPTA maka isi kandungan di dalam entri saya juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kata kunci tips temuduga IPTA , iaitu di bahagian atas, tengah dan di akhir entri tersebut.

Saya juga meletakan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan entri dan alt tags pada gambar kerana melalui gambar juga ianya mampu menyumbang trafik ke blog saya.


Blog yang cantik penting

Selain daripada isi kandungan blog yang berkualiti, penampilan blog juga memainkan peranan yang penting terutama bagi menarik dan memikat pengunjung untuk terus melekat dan membaca entri-entri yang di terbitkan di dalam sesebuah blog. Hal ini kerana, penampilan blog merupakan first impression bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sesebuah blog.

Pikat para pengunjung dengan header blog kerana header terletak di bahagian paling atas dan perkara pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung. Oleh itu, header blog mestilah cantik, menarik dan boleh memikat pengunjung yang datang untuk menjadi pembaca. Selain itu, warna dan saiz tulisan, susunan widget, loading blog yang tidak terlalu lama serta kekemasan blog turut membantu menarik minat seseorang, untuk terus menyelongkar dan membaca blog anda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome