24 April 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum...

Jom kita sama-sama menyertai Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!. Kontes Panduan Blogger ini amat bermanfaat untuk semua blogger, kerana sambil menyelam kita minum air. Jika kita ingin menjadi blogger yang berjaya, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang padat dan seterusnya membudayakan ilmu blog tersebut di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger. Tidak merugikan kita sedikit pun, malah beruntung-untung lagi. ^____^

Ini merupakan entri jawapan saya untuk Kontes Panduan Blogger ini.


Maksud Google Pagerank


Google Pagerank (PR) ini merupakan satu sistem di Google untuk menentukan kedudukan atau penarafan bagi sesebuah blog menerusi entri-entri yang diterbitkan. Melalui Google Pagerank ini, keberkesanan bagi satu-satu penulisan juga dapat dinilai. Google Pagerank bermula dari PR0 sehinggalah ke PR10. 

Google Pagerank ini penting bagi sesebuah blog kerana semakin tinggi PR sesebuah blog, maka semakin tinggi jugalah, peluangnya untuk disenaraikan di top search enjin carian dan diberi layanan yang lebih istimewa oleh Google berbanding dengan blog mahupun laman web yang mempunyai PR yang rendah. Selain itu, Pagerank ini juga menujukkan populariti sesebuah blog dan sekaligus turut membantu blog, untuk menjana trafik daripada enjin carian.


Tips asas SEO


Tip asas SEO yang sering saya gunakan semasa menulis sesebuah entri adalah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan alamat url entri tersebut serta meletakkan garisan, bold, mahupun italic pada kata kunci entri.

Misalnya, tajuk entri saya adalah Tips Temuduga IPTA maka isi kandungan di dalam entri saya juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kata kunci tips temuduga IPTA , iaitu di bahagian atas, tengah dan di akhir entri tersebut.

Saya juga meletakan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan entri dan alt tags pada gambar kerana melalui gambar juga ianya mampu menyumbang trafik ke blog saya.


Blog yang cantik penting

Selain daripada isi kandungan blog yang berkualiti, penampilan blog juga memainkan peranan yang penting terutama bagi menarik dan memikat pengunjung untuk terus melekat dan membaca entri-entri yang di terbitkan di dalam sesebuah blog. Hal ini kerana, penampilan blog merupakan first impression bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sesebuah blog.

Pikat para pengunjung dengan header blog kerana header terletak di bahagian paling atas dan perkara pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung. Oleh itu, header blog mestilah cantik, menarik dan boleh memikat pengunjung yang datang untuk menjadi pembaca. Selain itu, warna dan saiz tulisan, susunan widget, loading blog yang tidak terlalu lama serta kekemasan blog turut membantu menarik minat seseorang, untuk terus menyelongkar dan membaca blog anda.





22 comments

April 23, 2013 at 3:02 PM

wahh best jawapan.. good luck

April 23, 2013 at 3:24 PM

Wah.... Aini join eh..good luck Aini...

April 23, 2013 at 6:51 PM

wahh good luck sis :*

April 23, 2013 at 7:27 PM

bernas ! :)

April 23, 2013 at 8:55 PM

hehe terbaik jawapan tu...semoga ada rezeki nanti... :)

April 23, 2013 at 9:30 PM

woahh, nice tips. :)

April 24, 2013 at 8:54 AM

Salam...datang dengan kontest yg sama. Semoga berjaya. Jawapan yang tepat dan padat. Tahniah...Pasti dapat menang jika terpilih nanti.

April 24, 2013 at 9:19 AM

Salam...
Datang dari kontest yang sama. Jawapan yang diberikan padat dan betul. Semoga berjaya buat Aini Zakaria. Insya Allah..

April 24, 2013 at 11:25 AM

semuga berjaya..

April 25, 2013 at 7:57 PM

semoga berjaya dik.. =)

April 27, 2013 at 2:38 PM

semoga boleh dpt salah satu hadiah utama. banyak juga dapat belajar dari kontest macam ni, betul tak?

May 2, 2013 at 4:45 PM

@Aku Penghibur Terima kasih Acik, semoga berjaya juga. ^__^

May 2, 2013 at 4:45 PM

@Syida Rasyidah Yeah..terima kasih syida. ^___^

May 2, 2013 at 4:45 PM

@rodiyatul akmar Terima kasih adik. ^__^

May 2, 2013 at 4:46 PM

@Paly Terima kasih Paly, semoga berjaya juga buat Paly. ^__^

May 2, 2013 at 4:46 PM

@Hatimi Tahirruddin Terima kasih Timi..InsyaAllah, amin Ya Rabbal Alamin. ^__^

May 2, 2013 at 4:46 PM

@marniey zul Terima kasih marniey. ^___^

May 2, 2013 at 4:47 PM

@kamil salleh Terima kasih dan semoga berjaya juga buat saudara. ^__^

May 2, 2013 at 4:48 PM

@BUNDA a.k.a KN Terima kasih ya bunda. ^__^

May 2, 2013 at 4:49 PM

@Mimie NajibTerima kasih kak mimie. ^__^

May 2, 2013 at 4:50 PM

@aynora nur InsyaAllah..amin ya rabbal alamin. Betul, bertambah ilmu saya yang sedia ada. Yang tak tahu jadi tahu. Boleh dipratikkan di dalam blog sendiri. ^__^

May 13, 2013 at 9:53 AM

wah. kalau tanda karangan, akak kasi aini 98/100.. xley bagi 100 sebab xda org sempurna dalam pekse. hehehe...

boleh jadi cikgu blog ni. thanks aini.. tau lah akak sikit2.. padahal dah selalu dengar tapi nonFAHAM. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome