30 September 2012

Cover Malu!!!


Asslamualaikum dan selamat pagi semua...

Tajuk hari ini adalah cover malu

Anda semua mesti pernah mengalami, satu keadaan yang amat memalu kan kan kan..tipulah kalau tak ada. Saya pun adalah...ingat lagi tak tahu kenapa hari itu jadi macam tak betul sikit. Macam mamai pun ada. Macam orang tak betul pun....ada. Banyak no tak betulnya.

Al Kisahnya begini...

Kisah ini terjadi bila aku dari rumah nak balik ke kampus. Tak tahu kenapa rasa penat plus mengantuk gila. Badan rasa lesu je, mungkin tak sampai hati nak balik kot..hehehe..kemudian lepas beli tiket LRT, aku jalan lah melepasi lorong-lorong kecil dengan meletakkan token di tempat sepatutnya. 

Lepas tu, aku berjalan macam patung tak bernyawa..patung memang tak bernyawa pun kan? Ok, whatever..


Aku jalan menuju ke tangga bergerak-gerak atau escalator..lalu terus menjejakkan kaki ku ke atas tangga tersebut..dan membiarkan ianya berjalan membawa aku ke tingkat atas..........tapi yang peliknya kenapa tangga ini tak naik-naik..aku pelik, aku hairan....

Aku rasa macam jantung aku  nak aku meletup. Sakit dada aku, rasa macam nak menangis, kenapa tangga ini tak nak naik.....naiklah..ehhh, kenapa tangga ini macam pelik..kenapa dengan tangga ini??Kenapa? Kenapa??Kenapa?

Sedih gila kot..serius nak mengalir air mata darah aku  bila tengok tangga ini menurun..hahaha..bayangkan, kalau anda naik escalator yang tangganya menurun?? Macam juga kalau kita mendayung perahu berlawan arus..Tak ke seksa...

Sengsara aku, nak lepaskan diri daripada tangga itu.. Aku rasa macam duduk atas alat senaman Kawasaki je..Alah, alat senaman yang lari-lari anak tu..

Ohh.....TIDAK............ malunyaaaaaaaaaaaaa aku, rasa panas gila muka, dah terbakar dah rasanya.

Aku pandangan kiri kanan, aku tengok tak ada orang.Huh...lega nasib baik hari ini tak ramai orang....Ku pandang belakang pula,

Cakkk......

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan, couple..turun dari escalator belakang.. 

Wahh..bravo broooo...Terbaiklah.....Aku nak menyorok tapi tak boleh, lalu aku buatlah muka selamba buat-buat cari arah kononnya..Nak cover malu.


Ahhh, tipu..itu semua tipu belaka..aku buat muka sememeh..muka merah padam, dahi berkerut..uhh..serius rasa nak sumbat kepala aku dalam beg. Ya Allah, malunya.

Aku nampak lelaki itu tutup-tutup mulut..eleh tahan ketawa lah tu..huwaaaa..malunya..yang perempuan tu buat dono je..aku tak tahulah sebelum aku berpaling ke arah diorang,diorang berdua telah ketawa berdekah-dekah.

Aku tak tahan..Malu..malu...malu....malu....malu..

Macam mana perkara ini boleh berlaku, sedangkan setiap hari aku naik LRT dekat situ. Aku pelik?? Sejak bila escalator tu berubah arah..aku jadi blank..Jadi Mong.. Ke aku yang tak betul.

 Ah, dalam otak aku, sepanjang perjalanan duduk dalam bas, aku dok fikir benda ini je. Malu....malu...malu..sambil hentak-hentak kaki. Rasa macam nak tendang dinding, hantuk kepada dekat dinding sebab malu yang teramat sangat.



Nak jerit AKU MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU..

Dan disebabkan perkara itu kalau aku naik LRT mesti aku takut-takut..takut salah naik lagi..jadi sebelum naik, aku akan pastikan escalator tu bergerak ke arah mana..ke atas ke bawah..Turun ke naik..hahaha..tak mahu dah perkara itu berulang kembali. Rasa itu lah perkara yang paling malu pernah jadi dekat aku.

Nampak macam orang bodoh je, time tu.
Apa-apa pun pengajaran, jangan nak lemah longlai sangatlah ye ketika berjalan..lagi-lagi bila kau sorang-sorang..

Jom kongsi cara macam mana nak cover malu.

p/s : Kalau kamu jadi saya, kamu malu tak? T___T. Nak buat apa ye bila malu??

Kerja Budak Grafik - Magazine Production.

Assalamualaikum..

Ada orang tanya, ehhh...budak grafik buat kerja benda eh??
Kalau den nak jawab sampai tahun depan tak habis. Nanti den cerita, ekau baca sampai lebam ye.

Ini kerja den waktu semester 2 dulu dan antara subject wajib graphic , kerja semester 1 dah bercerai, putus, dah tak dapat di temui. Yang tinggal atas kertas je. On screen tak ada..Rugi je sebab terbuang...kalau tidak boleh buat kenangan. Walaupun buruk tapi itu hasil usaha den yang tak pandai nak melukis lukis bagai.

Semester 2 untuk subject Graphic and Media Digital ini kita orang di kehendaki membuat majalah sendiri..Jenama sendiri, reka bentuk sendiri.

Apa yang kita orang kena buat ialah cover magazine, iklan, dan juga double spread.

Magazine yang saya pilih ialah bertemakan gadjet, teknologi dan semua pasal IT.
Ini adalah contoh cover magazine yang saya buat yang dah siap sebanyak 89%.


Back and Front

Majalah ini di beri nama G4 sebab apa??entah dah tak ada idea lain nak buat. Kenapa pilih tema ini? Sebab saya gila gadjet atau semua pasal IT.  Guna software apa untuk buat magazine? Adobe InDesign. Tapi saya tak guna pun InDesign, sebabnya baru je belajar, tangan keras nak guna sebab banyak function yang tak tahu nak guna...berapa banyak guna dahhh..Untuk cover ini saya guna PS je.


Seterusnya, kita orang diminta mencari majalah dan mencari iklan product dan sebagainya. Pensyarah kita orang akan pilih mana-mana iklan untuk kami trace. Trace ini macam tekap semula lah, dan ini adalah jenis iklan yang dipilih untuk saya.


kerja ini rumit sikit sebab memang sangat leceh..satu-satu kena ikut. lenguh tangan, sakit mata menghadap laptop 24 jam. Mata jadi mata panda. Lagi-lagi nak trace latar belakang dia itu..Nak menangis, macam nak je hentak-hentak kaki, nyanyi lagu kochi-kochi ho taheeee....Trace ini guna Ai atau Adobe Illustrator.

Klik gambor untuk tumbesaran yang sihat

*Kerja separuh jalan..

-------
-------
-------

Gambar ini tak ok sebab saya kecilkan saiznya.


Ini adalah tracing yang dah siap..saya tahu buruk dan tak sama dengan yang asal..dan dengan sesuka hati ayam dan lembu, saya telah menukar warnanya dan bentuknya. Lecture saya kata tak perlu trace latar belakang cuma trace gambar dan fontnya sahaja. Kalau tak mati tertekan aku.. dan di dapati bahawa final ini ada kesilapan, perasan tak? dekat font A...dekat dalam aku tak warna..muka dia tak sama dengan warna jari. TIDAKKKK...Apakah nasib ku? sudah hantar dan dapat result dah pun. Ini adalah akibat kerana buat kerja last minute..

Sudah lupakan semua itu..

....sudah cukup sudah..sudah sampai di sini saja....

Kemudian kita orang pula kena buat double spread. Double spread ini adalah helaian yang biasanya terdapat di bahagian tengah majalah yang mempunyai dua halaman muka surat.

Nah ini dia double spread yang buruk nak hidup..Maklumlah tak ada sense of art lah kata kan..Sedih..tapi saya dah berusaha..inilah dia hasilnya..


Dah siap semuanya kemudian kami akan buku kan menjadi magazine. Cara-caranya adalah dengan menggunakan double tape, plastik cover magazine(apa entah nama dia, tak ingat), Dunlop Gam, kertas A4. Gunting, Pisau, Cutting Board, batang aiskrim. Semua bahan-bahan ini digunakan untuk buat magazine secara manual.

Tak ada gambar nak tunjuk untuk final magazine yang dah siap di compile kan sekali menjadi satu magazine yang sangat mahal di pasaran.huhuhu..

Sebenarnya boleh saja, hantar kedai suruh dia compile kan jadi majalah tapi puan kami tak bagi. Dia suruh buat sendiri. kelas lain boleh, kami tak boleh..huwaaa..tapi tak apa, i get new knowledge and experience right?

Itu sajalah nak tunjuk untuk subjek ini..kod subjek ini GDT 152 atau Design and Media Digital. eleh, macam ada orang nak tengok..Baiklah selamat tinggal bungaku.

29 September 2012

11 Bus Stop Unik di dunia.

Assalamualaikum, dan selamat malam semua.

Hari ini hari sabtu, esok hari ahad, hari selepas itu isnin kan?
Habis tu kenapa?
Tak ada apa-apa, saja.

Teringat zaman sekolah-sekolah dulu. Selalunya pergi sekolah naik bas. Naik bas mesti kena bangun awal-awal, bangun pagi-pagi. Haaaa, itu adalah benda paling malas orang nak buat kan..ehhhh..nak salahkan orang pula kan..Ok fine, perkara paling malas aku nak buat.

Lalu lagu keroncong. ghazal untuk bangun pagi bermain di cakera minda ku.

"Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi..........sekolah"
Dah, den tak ingat part yang seterusnya, siapa ingat tolong sambung.

Lepas dah siap-siap kita kena tunggu bas, tunggu bas dah lama..sakit tumit, retak tulang, patah pinggang tunggu bas. Jadi saya nak bagi suggestion dekat Malaysia ini buat tempat tunggu bas yang tertarik menarik kau memang debommmm ini.



Comel tak saya??uhuk uhuk..comelnya granny tu..


Sebelum sempat naik bas, den raso dah tercampak dah dekat atas jalan itu.


Sambil tunggu bas, sambil main skate.



Kenyang dah aku tengok bus stop ini.


Khas untuk budak sekolah je, orang tak sekolah tak boleh duduk sini..


Mewahnya bus stop. Kerusi tilam empuk. Tak bangun dah kalau duduk.

Sebelum bus stop ini dipecahkan, kita kasi design pecah dulu..

Aku rasa macam tak selamat je nak duduk dekat dalam ini, buat-buatlah datang pemain bola sepak kebangsaan..tedang bola...GOL...maka GO lah kita bersama-sama bola itu. Ehh..cakap pasal bola, malam ini felda united vs kelantan.


Sekali tengok macam zoo pun ada, apa kau ingat aku ini binatang?? +_+

Bus Stop ini memang smart lah..

Macam kedai serbaneka je.





Unik tak??? unik kan... Tapi sayangnya dekat Mesia ini tak ada..apa kata para-para ukur bagunan, ukur tanah, ukur bahan, dan semua jens ukur ini, buat bus stop macam itu..boleh juga, pelajar-pelajar melepak dalam itu supaya ponteng sekolah kan. Duduk je dalam itu, tunggu situ, dah balik, terus boleh naik bas..T___T..Jangan tiru aksi ini disekolah..Harap Maklum


p/s : Bus stop tempat kamu cantik tak??



Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop





Selamat Hari Lahir buat encik Sop yang ke-18..hehe..encik Sop dilahirkan pada awal bulan 9...ohh, encik Sop kita lahir sama bulan lah..kuikuikui..Istimewa untuk anda para blogger sekali. Sempena ulangtahun kelahiran encik Sop ini, encik Sop nak bagi hadiah dekat anda semua. Baiknya encik Sop kita ini kan. Bak kata encik Sop sepatutnya birthday boy yang dapat hadiah tapi ini terbalik sudah. Kata encik Sop, dah tua-tua tak kan nak hadiah?..Ehh, encik Sop dah tua..cer awok-awok semua tengok banner dekat atas..tua ke? idok nampok tua pun..kan kan..ini bukan entry membodek ye tapi kebenaran.

Disebabkan encik Sop menyambut hari lahirnya maka marilah kita sama-sama menyanyikan lagu happy birthday dan mengucapkan 

Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi Sop...

Lagi satu:

Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Sop..Allah selamatkan kamu. 

Saya doakan semoga encik Sop di panjangkan umurnya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat, sentiasa di lindungi, diberkati dan di rahmati oleh Allah S.W.T di sepanjang kehidupan encik Sop. Amin Ya Rabbalalamin. 

Akhir kata

Meskipun usia ku telah bertambah,
Namun jiwaku takkan berubah,
Moga diriku mendapat barakah,
Dalam rahmatmu  oh, Ya Allah..

Bawa motor pelan-pelan,
Encik Sop lahir bulan sembilan.
Berapa hari bulan?


Nak bagi ucapan juga klik banner dekat atas atau pergi link ini ye.


p/s : saya anak malaysia..16 sept.. T___T

Greennnpanda Craft's 1st Giveaway




Terms & conditions:

1. Follow GPC's blogshop and/or "Like" GPC's Facebook page. (for those who do not have a Facebook account, you just need to follow the blogshop)
2. Write an entry entitled "Greennnpanda Craft's 1st Giveaway", insert the GA banner in your entry and make sure to back link it to the entry.
3. Leave your blogger ID, Facebook ID (if necessary) and entry link in the comment section of the entry only.
4. Giveaway period: 5th September - 30th September 2012
5. Winners will be picked randomly & the results will be announced a week after the deadline.

The Awesome Prizes Here
1st place
* Name keychain (customised)
* Sweet Cupcake bookmark
* Love paper clip

2nd place
* Name keychain (customised)
* Bunny bookmark
* Love paper clip

3rd place
* Name keychain (customised)
* Cute Star bookmark
* Love paper clip

4th-6th place
* Cute Star HP strap
* Love paper clip




Come and join the awesome GA from Greennnpanda Craft. Let's support craft for Malaysia..kuikui. Don't forget to visit their blogspot and see how cute the Greennnpanda Craft.

28 September 2012

StitchNknot September Pillow Giveaway



Hadiahnya dapat Pillow Cupcake yang comel..

Syaratnya..tempekkan banner di atas kemudian linkkan ke blog penganjur.
Melalui dua penyertaan facebook atau blog.

Tarikh tutup : 30 September 2012/ 11:59 PM
Keputusan di umumkan : 4 Oktober 2012

Nak join tekan banner yang comel itu atau sini.

Belog Gua Masuk Remaja..


Assalamualaikum, semua..

Baca tak tajuk dekat atas tu?????? Bacakan.. 
Terkejut gua bila ada orang pm gua, yang belog gua ini masuk remaja..

psstt #

 Member Gua : Wey..aini kau dah beli belum majalah remaja untuk bulan nie.
Gua : Tak pun, tak ada masa nak beli..busy..busy you know..I totally busy this month.  Kepala hotak kamu..
Member Gua : Laaa, kau tak beli lagi ke? Patutlah pun..kalau tak, kau mesti kerek punyalah. Maklumlah retis.
Gua : Haaaa..retis? ulat apa tu? yang aku tahu petis je, ala yang orang kedah makan sekali dengan laksa tu.
Member Gua : Aku nak kata kau bengap, kau marah..Retis pun tak tahu ka? Retis tu panggilan untuk blogger yang masuk majalah dan jadi artis..haiyaaa..
Gua : Majalah?? majalah mende kau ini?
Member Gua : Nie yang rasa nak bagi penumbuk nie..majalah remaja lah ngek.
Gua : Ohh..Kenapa?
Member Gua: Cepatlah kau pergi beli remaja untuk bulan nie punya. Kalau kau beli kau mesti tak kan menyesal.
Gua : Laahhh, kenapa?
Member Gua : Ahh, susah sangat..ada kau dalam remaja tu..
Gua : What???Cincaaaa..alamak keluar korea aku..betul ke wey??
Member Gua : Angkat kening, angkat bahu..Tangan di dada mata ke atas. 
Gua : Kau. biar betik, duku, langsat, cempedak..takkan nangka dah tukar jadi betik...

Aku pun dengan pantas, tergedik-gedik mengayuh basikal tua untuk ke kedai yang berdekatan bagi mendapatkan majalah..Waahhh..akhirnya dapat juga majalah ini..nasib baik tak sold out lagi. 
Aku pun dengan pantas menyelak halaman blogspot dengan rakusnya  dan tidak mempedulikan muka Marsha Londoh yang tersengih-sengih memandang ke arah aku...ehh, sorry ehh Marsah Londoh..gua beli majalah ini sebab nak tengok gua masuk magecin bukan lu.

dan

dan

Gua bukalah muka surat 113, dan gua tengok


dan


ini adalah majalah remaja keluaran 1 oktober.

dan

dan

ternyata ternyata ternyata ternyata semua itu adalah dusta belaka...member gua kencing sama gua. Biadap kau peah..Kau telah menjatuhkan air muka gua yang suci ini.  huhh..berengus aku.. Huwaaa..aku tak masuk pun dalam remaja ini..huh, sedih gua, baru nak berangan nak jadi retis...Aku menangis sepuas-puasnya..Menangis dan menangis dan hampir menangis macam orang gila. Tiba-tiba aku terkejut...tersentak..Rupa-rupanya menangis sorang-sorang, aku bermimpi di setengah tengah petang hari.

Haaa..the moral of value is jangan tidur waktu asar kerana anda dengan mudahnya mendapat penyakit gila. Ini adalah kebenaran. Tapi cerita yang diatas adalah kepalsuan semata-mata. Hal ini berlaku kerana tak ada idea nak tulis apa, jadi saya merepek makan kerepek. hahaha...

 berangan nak jadi retis ke mak cik..aihhh..tak lah..tak mau ehh..bikin panas saja..Tak layak nak masuk dan tak pernah rasa nak masuk pun sebab dah tau tak layak..kuang-kuang-kuang-kuang..

Terima kasih kerana sudi membaca karangan pendek ini.. Siapa ada beli remaja bulan ini, mari kongsi  link blogspot mana yang masuk majalah? Yang penting bukan belog gua.


entry ini tiada kaitan dengan mana-mana ayam atau itik..harap maklum.

p/s I: rasa-rasa lu orang, gua ini boleh jadi penulis skrip tak? T___T
p/s II : Testing guna...gua...lu..best juga.
p/s III : Nak tahu macam mana nak masuk dalam Majalah remaja tak?

27 September 2012

Giveaway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com.






Assalamualaikum, semua. Hari ini saya nak join satu giveaway yang sangat awesome iaitu Giveaway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com. Giveaway ini diadakan sempena 1 tahun domain Jiwarosak.com beroperasi..waaa, tahniah kepada Abang Feroz yang merupakan pemilik blog Jiwarosak.. Jadi empunya blog Jiwarosak dengan baik hatinya menganjurkan giveaway ini bersama-sama blogger-blogger yang terkenal. Antara sponsor-sponsor dan blogger-blogger yang awesome itu ialah :

Hadiah untuk giveaway ini juga tersangatlah lumayan.


Pergi membeli bersama Ayah,
Inilah hadiah.

Antara hadiahnya adalah :
1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x

Ini merupakan hadiah utama.


Lumayan kan...

Hang jebat kawan hang tuah,
Cheq harap cheq lah yang bertuah.


Saya nak domain .com percuma kerana ianya hadiah giveaway blogger yang bertuah by JiwarOsak Dot Com, dan saya adalah blogger yang bertuah itu.


Rasa macam nak minta penampar saja kan, perasaan nya ish ish sh..tapi tak apa, saya yakin, yakin saya bertuah..kuang-kuang-kuang-kuang..

Apalagi marilah kita join Giveaway yang awesome ini wahai cik adik, abang, kakak yang cik mek molek. Nak join klik banner atau klik link ini. JiwarOsak Dot Com.


Mari membeli si bunga kobis,
Kobis di beli di Pasar Labis,
Marilah bersama join adik-adik manis,
Sebelum tarikhnya habis.

Pagi-pagi mandi perigi,
Perigi di buat daripada besi,
Kalau nak poket berisi,
Cepatlah join Giveaway ini.

Hari-hari makan burger,
Marilah kita join para blogger.

Tag, blogger-blogger bertuah :

1. Afiqah
2.Eyna
4. Sya



Cepat serbu blog JiwarOsak Dot Com.

26 September 2012

Wordless Wednesday #1 : Usopbook bakal pengganti Facebook




Jom kita sign up reramai..

Bye-bye facebook..awok nak sign up usopbook pula.




p/s : hahaha..macam-macam dunia.

Tilam..tilam..tilam lama tukar baru.

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Rindu nak dengar lori jual tilam, dulu-dulu waktu kecil-kecil selalu ada lori cina jual tilam. Tertiba rindu..apahal kau..banyak kot kenangan pasal tilam...dan tertiba tiba ada angin datang dengan kuatnya, kilat pancar memancar dan tertiba hujan turun dengan lebat menghujani tanah air ku..okay saya tipu..



Ah, lupakan semua itu. Tiba-tiba dengar ada orang buat announcement "tilam..tilam... tilam lama tukar baru"..hahaha. Terkejut aku..panjangnya umur tilam tu dan awal pula lori jual tilam tu datang 9:50 pagi dah ada..biasanya petang, pukul 5.00..sebelum aku balik sekolah agama atau fardhu ain barulah dia datang..dulu-dulu lah. Den apa lagi terjerit-jerit, melompat-lompat macam kera kena belacan..seronok dengar belacan...ehh, dengar lori jual tilam..Sungguh panjang umur kau, tilam.

Serious, dah lama tak dengar perkataan tu...sebabnya lori tilam tu dah lama tak datang dekat sini. Ingat lagi di waktu dahulu kala, kalau ada je orang jual tilam ini, den, kakak den, abang den, berlari sakan meluru pergi dekat beranda rumah semata-mata nak tengok cina jual tilam ini. Nasib baik tak roboh rumah kayu bapa ekau ni. Kalau tidak, mano eh, ekau nok duduk.. Padahal tak ada apa pun. Lagi best bila, kita orang ajuk balik orang cina ini jual tilam.

 "Tilam...tilam..yau sau kau...#%*%#@#...tilam..tilam..tilam lama tukar baru". Den jerit dekat depan muka dia.

Kau nak mampus, tak adalah aku pergi jerit depan-depan dia tilam...tilam..mahu tak kena hempuk dengan tilam king koil dia tu..penipu..dia mana ada jual king koil pun. Mana aku tahu dia jual tilam jenama apa..

Aku menyoroklah  dekat balik tingkap rumah aku dan jerit kuat-kuat. Tilam..tilam..tilam lama tukar baru. Kalau orang jual roti petang-petang, aku akan jerit OPPPPPPP..padahal aku bukan nak beli pun..kesian pak cik tu..ish ish ish..


Berbalik balik pada tilam tadi, aku selalu minta dekat arwah ayah "Ayah nak tilam tu". Tapi selalu ayah kata " Tilam orang ini jual mahal, kalau beli dekat kedai, murah"

"Ye ke"..kena tunggu ayah pergi kedai dulu lah baru dapat tilam...

lalu ku pandang hanyalah lori yang berlalu pergi bersama nyanyian tilamnya. Mana taknya tilam dalam lori tu cantiklah..ada gambar kartun..hello kitty, pooh, mickey mouse, bunga-bunga, honey star..cantik tau..manalah aku yang dungu ini tak rambang mata.

Ada ke orang jual tilam guna basikal.


Bukan sekali ayah cakap tapi setiap kali je tilam tu lalu, aku cakap aku nak beli, ayat tu lah ayah guna, sampai dah hafal dah ayat tu.

Aku nak tilam tu sebab aku nak tidur atas tilam, aku tak pernah ada tilam, katil? Dah tilam pun tak ada, katil mana nak adanya..tak akan lah aku nak tidur atas kayu katil tu pula. Orang dulu-dulu kan katilnya guna kayu. Aku tidur atas tikar je. Kadang-kadang aku tidur atas tikar getah..paling teruk tidur atas lantai kayu sebab bila tidur aku suka golek-golek..buas sangat tidurnya.

Tapi..tapi..kini barulah aku mengerti ayah, rupanya ayah tak mampu nak beli tilam tu. Tilam mahallah dulu..dulu lain sekarang lain.. Walaupun tak ada rumah batu yang besar, katil besi mahupun tilam empuk, aku bersyukur sebab dari situ ia menjadikan aku jenis yang tak cerewet atau terlalu memilih. Asal ada hentam sajalah..ehh, betullah..tidur atas padang pun aku sanggup kalau ayah tak mampu nak beli tilam. Sampai sekarang jadi habit, kalau boleh nak tidur atas tikar berbanding katil.
 ....aku ini anak orang miskin, kuli-kuli sahaja...lalala..

Bila ingat lori tilam..tilam..tilam lama tukar baru teringat dekat ayah. Rindu sangat-sangat dekat ayah. Dah 7 bulan lebih ayah pergi..tapi rasa macam ayah ada dekat sini..cuma tak dapat dengar suara dan peluk ayah lagi. Ayah, aini rindu dekat ayah.

Okaylah, nak beremosi dulu..siapa yang ada pengalaman dengan lori tilam, marilah kongsi ye..bye-bye..selamat membeli tilam.

p/s : Ini adalah..entry meluah perasaan mengenai lori jual tilam.

25 September 2012

Paint Sai Tool Portable Version

Assalamualaikum..


Kali ini nak bagi Paint Sai Tool Portable Version. Apa itu Portable Version? Portable ini bermaksud application yang tak perlu di install, boleh guna terus, fungsinya sama dengan master tapi ada kekurangannya yang tertentu. Kalau dah rasa malas sangat nak install boleh guna version portable ini. Untuk Full Version pergi sini ye. 

Malas nak membebellah, silalah download ye dan kalau dah download jangan lupa tinggalkan komen ye. 


Saiz : 3.87MB



Anda Pengguna Otak Kanan atau Kiri?

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ini sememangnya banyak kerja nak buat tapi sebabkan otak pun dah "jem" macam jem atas roti yang ekou orang makan sarapan pagi tadi tu, maka saya rehatkanlah minda. Saya rehatkan minda dengan membaca..haha..pelik tak, orang rehat temenung ke, terbaring ke..kan kan kan..tapi saya membaca, saya baca bacaan yang ringan-ringan contoh macam apa yang kita nak buat ini iaitu...

Pengguna otak manakah anda? Macam pelik je bunyi nya kan. Maksud dekat sini. Otak kiri atau kanan yang selalu anda guna atau mungkin juga anda menggunakan kedua-duanya secara seimbang. Waktu Semester 2, kita orang ada buat kajian tentang otak ini. Sangat unik ciptaan Allah S.W.T..

Otak Kanan mengawal  bahagian kiri badan manakala Otak Kiri pula mengawal bahgian kanan badan.


Nak tahu anda guna otak belah mana? Jom tengok gambar ini.


Anda perhatiankan arah mana ballerina ini berpusing? Berpusing mengikut arah jam atau lawan jam?

Jika anda melihat wanita ini berpusing mengikut arah jam, maka anda pengguna otak kanan.

Manakala, kalau nampak wanita ini berpusing berlawanan arus sungai..eh, jam..maka anda adalah pengguna otak kiri.

Tapi...tapi, kita nak kedua-dua belah otak kita berfungsikan. Sekarang cuba gunakan otak anda sepenuhnya dengan menukar pusing ballerina ini ke arah yang berlawanan. 

Kalau berjaya ini bermakna anda mengunakan kedua-duanya dalam satu masa..bagus-bagus. Kalau tak berjaya, janganlah anda ketuk kepala dekat dinding pula ye..T___T

Cuba tengok ini pula.


Dan ini merupakan kelebihan pengguna otak kiri dan otak kanan.



Banyak lagi sebenarnya, tapi dekat sini saya letakkan antara beberapa cara yang mudah untuk anda tahu anda guna otak yang sebelah mana. Kiri atau kanan yang lebih dominan. 


Kongsilah dengan saya, anda ini pengguna otak apa? Saya seimbang yeah..Baiklah, itu sahaja selamat mencuba..bye-bye.


p/s: Tengok ballerina tu lama-lama membuatkan kita pening je kan..Sakit otak aku..

24 September 2012

Software : Cara buang (Remove Windows Not Genuine)


Assalamualaikum..

Sumber Gambar.


Post kali ini pasal windows not genuine. Selalunya benda ini akan berlaku selepas kita format laptop. Kalau anda nak tahu windows anda genuine atau tak pergi dekat Computer  click pada tab System Properties. Nanti dekat situ dia ada tulis Product ID di bawah Windows activation itu ye.

Lagi satu, tiba-tiba background anda jadi hitam legam kan, hahaha dan bila kita letak background lepas shoutdown hilang balik background itu kan kan..dan lagi satu asyik ada box yang suruh active product je kan. Serabut lah kan, dah tu buruk ada tulis dekat bawah tulis this windows not genuine.

Sumber Gambar

Benda ini lah jadi dekat saya untuk pertama kalinya bila format laptop dekat kedai Bandar U, Seri Iskandar, Perak. Dulu kalau format dekat Pahang tak jadi apa pun. Orang ini tak reti format ke, tension den.

Selepas itu saya cubalah cari dekat internet, macam mana nak buang benda ini, dan jumpalah RemoveWAT ini. Dan cubalah, tapi malangnya tak menjadi pada laptop saya. Ada tak sesiapa yang guna RemoveWAT ini menjadi? Ke den je yang tak reti nak buat. Nak guna, try lah download sini : RemoveWAT.

Lepas itu tengoklah ada cara nak buang benda ini secara manual,guna command prompt, tapi  malas nak cuba takut makin ranap laptop aku ini dahlah laptop itu adalah laptop kesayangan den. Laptop first kot, arwah ayah beli. Kau nak cakap sekarang kau guna laptop baru kan..hahaha, motif dia yang sebenarnya. Tapi Laptop itu masih saya guna, ada dekat rumah..Sayang sangatlah, 5 tahun dah guna, kini baru dia tak betul sikit namun dia tetap yang terbaik.

Perasan tak? Saya banyak membebel berbanding beritahu kamu-kamu semua macam mana nak hilangkan benda tu dengan cara paling mudah...kan kan..Mari sini kita download  Activation Windows 7. Windows 7 sahaja ye, windows lain den tak pernah cuba, kalau nak tahu boleh ke tak guna untuk windows lain silalah download dan cuba. Kalau tak cuba mana tahu kan.

Ini linknya :
Saiz: 3.37MB

Deleted because of copyright. Sorry but i will try to upload it again.

Cara guna dia senang je. Tengoklah dekat situ ye. Main tekan-tekan je pun. Tak rosak aihhh..kalau rosak? di bawah tanggungjawab sendiri ye. T___T. Takkanlah. Kalau ada apa-apa masalah, tak tahu ke nak guna sila beritahu saya ye.

Selamat Mencuba.

Perhatian: Post ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja. Sebarang risiko mengenai hak cipta dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab anda. 

Doodle : Burger King Kong




Pepagi buta ini rasa macam nak makan burger lah pula. 
Mata dah macam panda, kepala otak dah kong. Ohhh, Final.. abaikan je doodle den yang buruk tu, yang penting rasa dah lama tak makan burger.




23 September 2012

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam

Assalamualaikum, di pagi yang hening ini???pagi hening ke???
Okay, sila abaikan..setelah lama berbulan-bulan lama lamanya meng 'privatekan' blog saya, dan semestinya tiada orang yang mahu follow saya kan..hahaha, dan dengan ini saya istiharkan bahawasanya saya join Segmen : Jom Tingkatkan Follower Sampai Lebam.

Bersama-samalah kita melebamkan widget follower kita ye.



Follower: 353 orang ramainya. Tak ada orang nak follow sebab blog tak menarik dan sangat daif gamaknya ------> talian terputus.


Segmen ini di bawa khas dari Blog Merepek Gila.

Hadiahnya : Rumah banglo dua tingkat. Siapa nak bagikan, Datuk K pun bagi dekat Siti je, okay fitnah. Hadiahnya Top Up untuk blogger yang berjaya menambahkan bilangan followers secara mendadak dadak seperti todak yang melanda Singapura.



22 September 2012

Satu dunia mengamuk kerana Google.

Assalamualaikum, dan selamat malam semua.

Minggu ini segalanya sudah selesai, final exam dah muncul. Minggu ini dalam minggu study week, semua orang tarik beg balik rumah mengalah orang yang tak balik rumah setahun. Eleh cakap dekat orang, padahal dia pun sama..hahaha. Haaa, tarik jangan tak tarik beg tu, tiket bas licin, sebab semua budak u balik. Untunglah Plusliner. Lah, pulakkkk dah. Oklah, dah dah lah merapu tu.

Topik hari ini dashboard blog dah bertukar baru, tak suka tak suka tak suka, sambil tendang dinding pintu bilik rumah sebelah. Nasib baik dekat rumah sebelah, aku ingat nak tendang pintu bilik kolej aku je.haha..

" Terkejut beruk aku tengok tiba-tiba dia bertukar padahal aku baru je bukak beberapa minit yang lepas, aku pun berfikir ini mesti kerja dia, lepas tu aku sengih je lah"

Itu adalah reaksi saya bila tengok blog interface ini bertukar secara automatik daripada yang lama kepada yang baru. Sebab apa saya sengih, sebabnya setiap masa, setiap hari, setiap bulan saya dok tengok ada "notis" dekat dashboard itu mengatakan bahawa
"interface yang lama ini akan dihapuskan di masa hadapan, pergilah cuba interface yang baru"..
haha..ini translation daripada saya. Lebih kurang dia kata macam tu ler.. dan apa yang terlintas dekat fikiran saya ialah "bila entah nak tukar automatic, cakap je lebih."

Last-last, akhirnya masa yang aku tunggu telah tiba, blog interface telah bertukar dengan sendirinya. Yeah aku suka sangat-sangat (sambil ketap gigi besi).

Satu dunia mengamuk sebab Google dah tukar blog kepada interface baru. Copppp!!! Saya tipu..bye.


p/s: baca blog semua tulis pasal benda ini..T___T

21 September 2012

Software : Paint Sai Tool Full Version + Pre Crack


Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak bagi anda Paint SAI..tahukan apa dia, siapa yang melukis kartun, doodle atau chibi yang comel-comel itu kebanyakkannya menggunakan SAI Tool ini. SAI ini seakan-akan photoshop sebab ada pakai layer, mask, dan magic tool, tetapi SAI Tool ini lebih ringan, bila buat design tak senang “heng” atau not responding laptop anda, kalau PS itu, laptop yang RAM nya ciput macam siput sedut dah memang sah nak buat kerja pun tension, memanjang “heng” je kerjanya. Lagi-lagi budak grafik yang kena guna Autodesk MAYA,beratnya tak tahu nak cakap apalah. Disebabkan saya pun dah membebel panjang, mesti kamu-kamu semua ini tension kan..bila entah nak mula..haha, relax lah, jangan tension-tension nanti kena jual.    

Tak sabar sangat nah ambillah.


Download Here or Here. [INFORM ME FOR BROKEN LINK]
Size : 2.44MB

[Dilarang post link ini di tempat lain tanpa izin saya ye demi untuk mengelakkan daripada file ini kena remove atas sebab copyright.]

Dah siap download? Haa, bolehlah guna. Dekat dalam tu ada .RAR  sila lah extract dan ada instruction nya sekali. Silalah baca ye. 

Kalau tak faham mari sini saya tunjuk caranya yang senang macam kacang goreng tu..eleh berlagak..

Ini caranya.




1. Extract File
2. Dah siap extract , double click pada folder dan cari  application yang namanya “sai-eng-pack-1.1.0”



3. Dan double click dekat “sai-eng-pack-1.1.0” maka akan keluar  macam ini



4. Tekan I Agree itu dan Next dan Install dan tunggu sekejap, dah siap kan.
5. Cuba buka SAI itu, TRIAL kan. Jadilah jom kita buat dia jadi Full Version.
6. Copy application yang namanya “SAI”





7. Kemudian pergi Local Disk (C:)  > Program Files > PaintTool SAI English Pack  




8. Kemudian pastekan file tadi dalam Folder PaintTool SAI English Pack . Nanti akan ada keluar kotak cakap file itu dah ada kan, maka tekan saja Copy and Replace. Faham tak..
9. Nanti jadilah SAI anda Full Version tanpa Trial. Yeahhhh, selamat men“design”. Kalau ada masalah habaq mai no..



Download Here or Here. [INFORM ME FOR BROKEN LINK]
Size : 2.44MB
[Dilarang post link ini di tempat lain tanpa izin saya ye demi untuk mengelakkan daripada file ini kena remove atas sebab copyright.]







Foto Journal #2 : Seindah sang suria.

Seindah hiasan duniawi adalah wanita yang solehah

Download this wallpaper


Kecantikan wanita itu bukanlah terletak pada ayu dan cantiknya wajah, bukan juga pada lemah lentuk gayanya, mahupun juga harta kekayaannya tetapi cantiknya wanita itu kerana tingginya nilai-nilai islam dalam diri, indah akhlaknya kerana islam, tinggi budi bahasanya juga kerana islamnya.

Duhai wanita, jangan jadi seperti sang bulan yang indahnya mudah terlihat oleh pandangan mata, tetapi jadilah seperti sang matahari yang silauannya menundukkan pandangan dunia. 

Duhai wanita, jadilah seperti samudera di lautan, berlayar mencari arah tujuan, biarpun lautan di landa gelora, meskipun pantai di lambung ombak, teguhkanlah samuderamu, jangan sampai ia tenggelam hanya kerana air, kuatkan dan kukuhkanlah layarmu bersama nakhodamu.

Duhai wanita, janganlah engkau lemah hanya kerana nama. Bangkitlah, kerana Allah telah meletakkan kita sebagai tujang utama bagi si adam. Jadilah seperti si mawar yang indah di pandang tapi sakit di pegang.

Foto Journal #1: Allah sentiasa bersama.


Walaupun dilangit biru engkau keseorangan namun percayalah Allah itu sentiasa bersama.

Download this wallpaper

Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Allah berfirman yang bermaksud :

"Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(Surah Muhammad ayat 5-7)

Dan firmanNya lagi;

"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan mereka"(Surah Muhammad ayat 17)

19 September 2012

Wordless Wednesday #1 : Tasik Dalam yang Menakutkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog sebab tersangatlah busy. Disebabkan tak nak tulis panjang-panjang saya nak buat wordless wednesday untuk pertama kalinya. (Walapun tak berapa nak less, aku letak juga wordless)

Wordless Wednesday #1 kali ini : SERABUT+TERPEGUN

Apa yang Serabut : Banyak benda nak kena fikir dan nak buat sampai nak pecah otak. Hahaha, macam orang lain tak kena fikir je kan. Lain orang, lain ragamnya dan lain masalahnya.

Apa yang Terpegun : Melihat kebesaran Allah S.W.T iaitu terpegun melihat tasik ini. Tasik ini terletak di Gunung yang paling tinggi di Afrika dan merupakan salah satu tasik yang terdalam di dunia.

                                    CRATER LAKES IN THE ALBERTINE RIFT OF AFRICA



Sumber : nationalgeographic

Subhanaallah, cantikkan ciptaan Allah. Sekali tengok cantik, dua kali menakutkan pun ada. Apa yang menakutkan? Takut,kalau jatuh dalam tu? Tak dapat diselamatkan.. T___?. Nampak tak apa yang menakutkan, tak nampak juga, ambil kanta pembesar atau teropong tengok dekat-dekat yang tasik ini memang menakutkan.

p/s: aku bayangkan aku duduk dekat tepi tasik tu tiba-tiba ada ombak besar daripada tasik ini dan nak makan aku.huwaaaaaaaaaaa. 

                                                                                             (148 words)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome