25 September 2012

Anda Pengguna Otak Kanan atau Kiri?

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ini sememangnya banyak kerja nak buat tapi sebabkan otak pun dah "jem" macam jem atas roti yang ekou orang makan sarapan pagi tadi tu, maka saya rehatkanlah minda. Saya rehatkan minda dengan membaca..haha..pelik tak, orang rehat temenung ke, terbaring ke..kan kan kan..tapi saya membaca, saya baca bacaan yang ringan-ringan contoh macam apa yang kita nak buat ini iaitu...

Pengguna otak manakah anda? Macam pelik je bunyi nya kan. Maksud dekat sini. Otak kiri atau kanan yang selalu anda guna atau mungkin juga anda menggunakan kedua-duanya secara seimbang. Waktu Semester 2, kita orang ada buat kajian tentang otak ini. Sangat unik ciptaan Allah S.W.T..

Otak Kanan mengawal  bahagian kiri badan manakala Otak Kiri pula mengawal bahgian kanan badan.


Nak tahu anda guna otak belah mana? Jom tengok gambar ini.


Anda perhatiankan arah mana ballerina ini berpusing? Berpusing mengikut arah jam atau lawan jam?

Jika anda melihat wanita ini berpusing mengikut arah jam, maka anda pengguna otak kanan.

Manakala, kalau nampak wanita ini berpusing berlawanan arus sungai..eh, jam..maka anda adalah pengguna otak kiri.

Tapi...tapi, kita nak kedua-dua belah otak kita berfungsikan. Sekarang cuba gunakan otak anda sepenuhnya dengan menukar pusing ballerina ini ke arah yang berlawanan. 

Kalau berjaya ini bermakna anda mengunakan kedua-duanya dalam satu masa..bagus-bagus. Kalau tak berjaya, janganlah anda ketuk kepala dekat dinding pula ye..T___T

Cuba tengok ini pula.


Dan ini merupakan kelebihan pengguna otak kiri dan otak kanan.



Banyak lagi sebenarnya, tapi dekat sini saya letakkan antara beberapa cara yang mudah untuk anda tahu anda guna otak yang sebelah mana. Kiri atau kanan yang lebih dominan. 


Kongsilah dengan saya, anda ini pengguna otak apa? Saya seimbang yeah..Baiklah, itu sahaja selamat mencuba..bye-bye.


p/s: Tengok ballerina tu lama-lama membuatkan kita pening je kan..Sakit otak aku..

6 comments

September 25, 2012 at 1:27 PM

fiza pengguna otak kiri.. tapi tapi matematik tuu rasanya tak kot.. fiza taksuka matematik.. hehehe..

September 25, 2012 at 2:00 PM

Lia rase otak Lia seimbang k0t. Sebab mula2 tgk mcm arah jam, lame sikit, arah berlawanan pulak. Heheh nice entry ^^v

September 25, 2012 at 4:27 PM

Alhamdulillah, otak kanan dan kiri saya seimbang.
Thanks, cik.. sudah sharing ini.
Tambah lagi gambarnya ye..

September 25, 2012 at 11:38 PM

ptotla sy heran knpa nmpk ikt&lwn arh jam rupanya sy m'gunakn otak kedua2 belah :)

Pa pn,tq.p'kngsian yg b'mnfaat

September 26, 2012 at 3:12 AM

saye otak kanan !
dah try ler nak ubah nari2 tu ke kiri tp xjd. rase nk pengsan @@ >.<

April 15, 2013 at 11:39 AM

Saya otak kanan. Dah cuba nak ubah lawan jam, tak boleh =(
Apa2 pun Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya tau otak sebelah mana yg lebih dominan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome