26 September 2012

Tilam..tilam..tilam lama tukar baru.

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Rindu nak dengar lori jual tilam, dulu-dulu waktu kecil-kecil selalu ada lori cina jual tilam. Tertiba rindu..apahal kau..banyak kot kenangan pasal tilam...dan tertiba tiba ada angin datang dengan kuatnya, kilat pancar memancar dan tertiba hujan turun dengan lebat menghujani tanah air ku..okay saya tipu..



Ah, lupakan semua itu. Tiba-tiba dengar ada orang buat announcement "tilam..tilam... tilam lama tukar baru"..hahaha. Terkejut aku..panjangnya umur tilam tu dan awal pula lori jual tilam tu datang 9:50 pagi dah ada..biasanya petang, pukul 5.00..sebelum aku balik sekolah agama atau fardhu ain barulah dia datang..dulu-dulu lah. Den apa lagi terjerit-jerit, melompat-lompat macam kera kena belacan..seronok dengar belacan...ehh, dengar lori jual tilam..Sungguh panjang umur kau, tilam.

Serious, dah lama tak dengar perkataan tu...sebabnya lori tilam tu dah lama tak datang dekat sini. Ingat lagi di waktu dahulu kala, kalau ada je orang jual tilam ini, den, kakak den, abang den, berlari sakan meluru pergi dekat beranda rumah semata-mata nak tengok cina jual tilam ini. Nasib baik tak roboh rumah kayu bapa ekau ni. Kalau tidak, mano eh, ekau nok duduk.. Padahal tak ada apa pun. Lagi best bila, kita orang ajuk balik orang cina ini jual tilam.

 "Tilam...tilam..yau sau kau...#%*%#@#...tilam..tilam..tilam lama tukar baru". Den jerit dekat depan muka dia.

Kau nak mampus, tak adalah aku pergi jerit depan-depan dia tilam...tilam..mahu tak kena hempuk dengan tilam king koil dia tu..penipu..dia mana ada jual king koil pun. Mana aku tahu dia jual tilam jenama apa..

Aku menyoroklah  dekat balik tingkap rumah aku dan jerit kuat-kuat. Tilam..tilam..tilam lama tukar baru. Kalau orang jual roti petang-petang, aku akan jerit OPPPPPPP..padahal aku bukan nak beli pun..kesian pak cik tu..ish ish ish..


Berbalik balik pada tilam tadi, aku selalu minta dekat arwah ayah "Ayah nak tilam tu". Tapi selalu ayah kata " Tilam orang ini jual mahal, kalau beli dekat kedai, murah"

"Ye ke"..kena tunggu ayah pergi kedai dulu lah baru dapat tilam...

lalu ku pandang hanyalah lori yang berlalu pergi bersama nyanyian tilamnya. Mana taknya tilam dalam lori tu cantiklah..ada gambar kartun..hello kitty, pooh, mickey mouse, bunga-bunga, honey star..cantik tau..manalah aku yang dungu ini tak rambang mata.

Ada ke orang jual tilam guna basikal.


Bukan sekali ayah cakap tapi setiap kali je tilam tu lalu, aku cakap aku nak beli, ayat tu lah ayah guna, sampai dah hafal dah ayat tu.

Aku nak tilam tu sebab aku nak tidur atas tilam, aku tak pernah ada tilam, katil? Dah tilam pun tak ada, katil mana nak adanya..tak akan lah aku nak tidur atas kayu katil tu pula. Orang dulu-dulu kan katilnya guna kayu. Aku tidur atas tikar je. Kadang-kadang aku tidur atas tikar getah..paling teruk tidur atas lantai kayu sebab bila tidur aku suka golek-golek..buas sangat tidurnya.

Tapi..tapi..kini barulah aku mengerti ayah, rupanya ayah tak mampu nak beli tilam tu. Tilam mahallah dulu..dulu lain sekarang lain.. Walaupun tak ada rumah batu yang besar, katil besi mahupun tilam empuk, aku bersyukur sebab dari situ ia menjadikan aku jenis yang tak cerewet atau terlalu memilih. Asal ada hentam sajalah..ehh, betullah..tidur atas padang pun aku sanggup kalau ayah tak mampu nak beli tilam. Sampai sekarang jadi habit, kalau boleh nak tidur atas tikar berbanding katil.
 ....aku ini anak orang miskin, kuli-kuli sahaja...lalala..

Bila ingat lori tilam..tilam..tilam lama tukar baru teringat dekat ayah. Rindu sangat-sangat dekat ayah. Dah 7 bulan lebih ayah pergi..tapi rasa macam ayah ada dekat sini..cuma tak dapat dengar suara dan peluk ayah lagi. Ayah, aini rindu dekat ayah.

Okaylah, nak beremosi dulu..siapa yang ada pengalaman dengan lori tilam, marilah kongsi ye..bye-bye..selamat membeli tilam.

p/s : Ini adalah..entry meluah perasaan mengenai lori jual tilam.

3 comments

Anonymous
September 26, 2012 at 11:46 AM

kat tempat saya lori tilam tu slalu nyanyi haha

September 26, 2012 at 8:02 PM

hahaha bru2 neh cik sue dgr cik aini!! tilammmm tilammmmmmmmmmmm beli satu percuma satuuuuuuuuuuuuu!!! huhuhuhu. sampai ke rumah cik aini nampaknyaaaa

September 27, 2012 at 9:50 AM

Kt kg lin,selalu ada lalu lori tilam ni.huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome