Minggu ini segalanya sudah selesai, final exam dah muncul. Minggu ini dalam minggu study week, semua orang tarik beg balik rumah mengalah orang yang tak balik rumah setahun. Eleh cakap dekat orang, padahal dia pun sama..hahaha. Haaa, tarik jangan tak tarik beg tu, tiket bas licin, sebab semua budak u balik. Untunglah Plusliner. Lah, pulakkkk dah. Oklah, dah dah lah merapu tu.
Topik hari ini dashboard blog dah bertukar baru, tak suka tak suka tak suka, sambil tendang dinding pintu bilik rumah sebelah. Nasib baik dekat rumah sebelah, aku ingat nak tendang pintu bilik kolej aku je.haha..
" Terkejut beruk aku tengok tiba-tiba dia bertukar padahal aku baru je bukak beberapa minit yang lepas, aku pun berfikir ini mesti kerja dia, lepas tu aku sengih je lah"
Itu adalah reaksi saya bila tengok blog interface ini bertukar secara automatik daripada yang lama kepada yang baru. Sebab apa saya sengih, sebabnya setiap masa, setiap hari, setiap bulan saya dok tengok ada "notis" dekat dashboard itu mengatakan bahawa
"interface yang lama ini akan dihapuskan di masa hadapan, pergilah cuba interface yang baru"..haha..ini translation daripada saya. Lebih kurang dia kata macam tu ler.. dan apa yang terlintas dekat fikiran saya ialah "bila entah nak tukar automatic, cakap je lebih."
Last-last, akhirnya masa yang aku tunggu telah tiba, blog interface telah bertukar dengan sendirinya. Yeah aku suka sangat-sangat (sambil ketap gigi besi).
Satu dunia mengamuk sebab Google dah tukar blog kepada interface baru. Copppp!!! Saya tipu..bye.
p/s: baca blog semua tulis pasal benda ini..T___T
1 comment
patutlah..akak punyelah risau..igt masalah template ke..alahai..sabo jela kan..hihi