03 August 2014

Israel angkuh cabar negara Islam boikot produk mereka

Assalamualaikum...

Betapa angkuh, sombong dan bongkaknya si penjajah dan si pembunuh ini. Kononnya terlalu hebat dan tidak terkesan dengan boikot yang dilakukan oleh masyarakat dunia khasnya masyarakat di negara-negara Islam. Dengan angkuh sekali sehingga mencabar kita untuk terus memboikot mereka.

Punyalah penakut si zionis ini kan, dia block orang-orang yang sokong Gaza di page dia. Dia ketaq dah itu. Dengan saya, saya sekali makhluk tak guna ini block. Dia takut penyokong dia baca tentang kebenaran. Takut kerana bersalah ler tu. PEMBUNUH. PEROSAK BUMI. ALLAH LAKNATLAH ZIONIS ISRAEL INI.

Israel angkuh cabar negara Islam boikot produk mereka

Kami cabar kamu untuk boikot kami (Israel), berapa lama kamu boleh bertahan? Walaupun jika orang-orang kamu memboikot kami, kami masih lagi tetap kuat. 4 ribu juta itu bukanlah apa-apa bagi kami, kami cabar kamu wahai negara Islam untuk memboikot kesemua produk kami. Ianya tak kan pernah memberikan kesan kepada kami walaupun sedikit kerana kamu pasti akan menggunakannya (produk-produk Israel).

Nauzubillahminzalik, angkuhnya mereka kan sememangnya jelas pembunuh, penipu, pembelit, penfitnah, penjajah dan ibarat syaitan yang angkuh macam Israel ini tak kan bertahan lama. Percayalah. Janji Allah itu pasti, mereka akan lebur hancur, jadi debu pun belum tentu udara nak terima. Malah mereka pasti akan hilang dan lenyap dari dunia untuk selama-lamanya.

Ayuhlah saudaraku sekalian, kita mesti bersatu, gunakan kuasa kita, hak kita sebagai pengguna. Kita boikot produk-produk mereka semampu dan selama yang boleh. Kita boikot semua produk yang ada di Malaysia ini yang secara jelasnya memberi bantuan kepada zionis Israel.

Ayuhlah semua, kita hapuskan dan ragut keangkuhan si rejim zionis ini supaya mereka jatuh, tertunduk, rebah, tak mampu berdiri malah hancur berkecai tanpa ada serpihan. Jangan biarkan maruah kita sebagai umat Islam dari terus dipijak oleh pembunuh bersiri dunia ini. Kita hancurkan mereka. Biar nampak kecil, sebab Allah menilai usaha kita bukan hasil kita.

Kisah seekor burung. Berlaku tika Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Nabi Ibrahim duduk tenang dan di dudukkan di tengah-tengah longgokan kayu api yang besar. Seketika kemudian api besar pun menjulang, seekor burung kelihatan terbang menuju ke arah Nabi Ibrahim dengan membawa beberapa titik air di paruhnya. Lalu dijirusnya titik air itu pada api yang sedang menyala. Perbuatannya diketawakan burung-burung lain. Lantas burung itu menjawab : “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” dan burung-burung yang ketawa itu terdiam dengan sendirinya.

Jadi ayuh sekarang kita bangkit, bak kata Ustazah Fatimah Syarha :

Kenali potensi diri.
Berfikir sebagai pengeluar.
Bukan sekadar pengguna.
Agar maruah 'ekonomi' umat tidak disekeh Zionis lagi.

Jom-jom kita cari idea memperkasakan ekonomi produk-produk keluaran tempatan. Cari idea baru atau buat inovasi produk-produk yang sedia ada terutama produk-produk yang digemari ramai tapi sayangnya milik zionis pembunuh. Kita makan pun seolah-olah kita makan darah daging saudara kita yang mati dibunuh oleh zionis. Mereka sangka rakyat Gaza mati tapi sebenarnya mereka syahid di jalan Allah. Mempertahankan hak dan tanah tumpah darah mereka. InsyaAllah, syurgalah tempat mereka.

#PrayForGaza #PrayForPalestine #GazaUnderAttack #FreePalestine #GazaUnderFire #BoycottIsrael #StandWithGaza.

4 comments

August 4, 2014 at 1:01 AM

Berani cakap berani tanggung. Kita mampu untuk boikoit produk mereka. tunggu dan lihat sahaja.

August 4, 2014 at 1:55 AM

@Bahrain Ramlan Betul. Mereka tak tahu lagi kuasa kita. Tunggu dan lihat saja lah kan.

August 4, 2014 at 1:58 AM

mereka berani cakap sahaja...

August 7, 2014 at 7:24 AM

jahat giler zionis..lagi berkobar nak boikot semua produk mereka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome