27 August 2014

Pengalaman Ujian/Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara KX17

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah selesai ujian dan temuduga. Selama 2 hari berkampung di Kajang, akhirnya selesai sudah segalanya. Alhamdulillah, Allah lah yang permudahkan segala urusan ini. Jadi seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan pengalaman saya ketika menghadiri Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara KX17 dan temuduga. Tapi untuk entri kali ini, saya akan ceritakan tentang pengalaman Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara KX17 sahaja. Untuk temuduga, di entri yang lain ya.

First time, temuduga untuk kerja kerajaan ini, memang serba serbi tak tahu. Gelisah je, macam mana kod pemakaian, cara temuduga dan sebagainya kan. Jadi, hasrat di hati nak berkongsi pengalaman, supaya orang lain dapatlah bersedia lebih awal kan. Mudah dan tak lah resah dan gelisah. Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat untuk anda.

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penjara KX17
  • Untuk hari pemeriksaan, datang terus dengan berpakaian sukan, untuk wanita Islam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tak kisah baju warna apa pun, tak semestinya baju putih, warna bebas asalkan ianya menutup aurat. 
  • Datanglah awal sekurang-kurangnya 15 minit daripada masa pemeriksaan ini. Pukul 8 am start, datanglah 7.45 ke. Tak lah kelam kabut kan. 
  • Jangan lupa, bawa bersama surat panggilan temuduga, kad pengenalan dan pen untuk mengisi borang yang akan diberi pada hari pemeriksaan. 
  • Kalau anda dapat temuduga di Penjara Kajang, semua pemeriksaan akan dibuat di dalam dewan kecuali untuk larian 2.4 KM, dibuat di padang. Lelaki dan perempuan di asingkan. Perempuan akan buat pemeriksaan dulu kemudian baru Lelaki. Kita akan dibahagikan mengikut kumpulan A, B atau C, berdasarkan surat temuduga, di bahagian tempat, dalam kurungan, macam saya SELANGOR dalam kurungan (A). Jadi saya duduk di dalam kumpulan A.
  • First, pemeriksaan, bahagian berat dan tinggi. Pegawai bertugas, akan check anda punya BMI. Terkejut bila buat pemeriksaan BMI sahaja, 7 orang dalam kumpulan A hanya 4 yang lepas, yang lain terus dia suruh beredar pulang. Group lain lagi ramai daripada group saya, tapi ramai yang balik sebelum ujian mata. BMI dah sangkut, memang tak dapat ke peringkat seterusnya. 
  • Jadi saranan saya, kalau anda rasa BMI anda kurang normal, cuba naikkan sikit berat badan anda atau kurangkan berat badan anda sebelum temuduga. Macam saya temuduga 25hb, ada masa dalam 5 hari sebelumnya, cubalah bersenam ke buat larian ke. 
  • Kemudian, selepas pengiraan BMI, ujian penglihatan mata dan juga warna. Yang ini insyaAllah, kalau anda tak rabun jauh dan rabun warna. Mudah lepas. Tips :  Jangan pejam mata anda dan tekan mata anda dengan penutup biru (yang mereka akan berikan) sebab nanti mata anda akan jadi kabur, jadi bila test mata yang sebelahnya lagi, dah jadi rabun ayam. Macam saya ler tu. Letakkan sahaja penutup mata itu tanpa memejamkan mata dan menekan mata anda.
  • Pemeriksaan Pendengaran pun tak perlu risau, jika anda tak ada masalah pendengaran, insyaAllah lepas.
  • Bagi yang lelaki, ukuran dada akan dilakukan, yang bahagian ini saya tak tahu sebab kami perempuan, akan diminta ke satu sudut, buka tudung dia akan periksa telinga, kaki, dan jari. Bagi perempuan, pakai tudung masuk terus itu lagi mudah sebab nanti untuk pemeriksaan (kawad dan cara berjalan) mereka akan suruh anda masukkan tudung dalam baju. 
  • Bahagian seterusnya adalah, kawad kaki dan cara berjalan. Pegawai bertugas akan tengok, cara anda berjalan dan cara berjalan semasa berkawad. Dia akan minta kita rapatkan tumit kaki dan luruskan tangan ke hadapan. Mungkin nak tengok tangan lurus ke bengkok kot. Kemudian, dia tengok bahu jatuh atau tidak. Haaa??? Saya pun tak tahu macam mana nak tengok bahu jatuh atau tidak. huhuhu. Dia juga akan tengok, lutut berlaga atau tidak semasa berkawad dan berjalan. Bahagiannya yang ini, seorang antara kami gagal sebab katanya lutut berlaga. Walaupun, baru kenal, tapi bila dah seorang gagal, rasa sedih. Jadi cuma tinggal kami bertiga untuk ke peringkat seterusnya.
  • Selepas selesai bahagian di atas, pegawai bertugas akan berikan satu kertas, dia akan minta anda isi detail-detail anda. Sebelum itu, dia akan tanya, kalau jadi apa-apa untuk ujian seterusnya dia tak kan bertanggunjawab. Awak sanggup ke? Biasalah kan, ujian untuk larian dan lompat kan sedikit berisiko. Itu yang dia cakap macam itu, jangan takut, cakap je, tak apa, tak ada masalah.
  • Pegawai bertugas akan beri kita masa untuk berehat untuk beberapa minit dalam 10 minit gitu kot, minum air ke, boleh lah masa itu.
  • Sebelum ujian seterusnya, akan ada pemeriksaan tekanan darah oleh pihak Kementerian Kesihatan. Waktu buat pemeriksaan ini dia akan tanya beberapa soalan. Dah kahwin belum? Belum. Mengandung? Tak. Ada sakit apa-apa tak? Tak ada. Sakit Asma ke? Tak ada. Sakit Asma itu tahu ke tak? Tahu. Katanya, Okay..bukan apa saya saja tanya. 
  • Sambung buat ujian Lari Ulang Alik (4x10 meter), Bangun Tubi dalam masa 2 minit, Lompat Jauh Berdiri dan akhir sekali Larian 2.4 KM.
  • Lari ulang alik bagi perempuan adalah 13 saat. InsyaAllah, anda boleh je ini. Tak kuat lari dan tak pernah jadi atlet sekolah dulu pun boleh lepas. Janji yakin dengan diri sendiri dan bersemangat. Sentiasa positif. Begitu juga dengan bangun tubi. InsyaAllah, jangan takut, terus saja buat sampai Pegawai Bertugas, cakap okay. Dah cukup 28 kali boleh lah berhenti. Jangan lempar badan anda, walaupun nak laju..ini pegawai itu kata dekat saya. T___T.Relax. 
  • Lompat jauh berdiri, lompat dalam garisan(kotak) yang telah disediakan. Lompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki anda. Bukan sebelah tau. InsyaAllah, ini pun anda boleh buat juga. Yakin dengan diri sendiri. Tips : Bongkokkan sedikit badan anda, kemudian hayun kedua-dua belah tangan anda sebelum melakukkan lompatan. 
  • Akhir sekali ujian untuk larian 2.4 KM, bersamaan dengan 6 pusingan padang. Jangan risau, yang ini pun anda buat larian ala-ala joging. Bak kata Pegawai di sini, kalau belum kahwin, berlarilah macam kamu berjogging dengan suami kamu. Kalau tak, berlarilah macam kamu berjogging dengan boyfriend kamu. Berlari slow-slow tapi berlari bukan berjalan. Slow tak apa, tapi jangan berjalan lengang kangkung. Pegawai dekat situ pun ada cakap, orang yang badan besar pun lepas, tak kan lah awak semua tak boleh lepas. Maknanya, di step terakhir ini, anda jangan risau, insyaAllah anda boleh.
  • Tamat segala ujian, itu bermakna anda berjaya ke peringkat seterusnya iaitu TEMUDUGA. Alhamdulillah, selesai ujian untuk hari ini. Anda akan diberi surat Tahniah berwarna biru, untuk anda menghadiri Temuduga keesokkan harinya.
Untuk anda yang bakal menghadiri Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera serta Temuduga ini, saya ucapkan semoga berjaya dan selamat bertemuduga. Semoga Allah permudahkan segala urusan anda. Ini hanyalah sebahagian daripada pengalaman saya, kalau ada sebarang pertanyaan boleh saja tinggalkan komen anda atau PM saya di Facebook, insyaAllah, kalau saya boleh jawab dan share pengalaman yang lain, saya cuba kongsikan dengan anda.

Nanti saya akan kongsikan pula pengalaman saya bertemuduga. Semoga berjaya ya.  ^___^


20 comments

August 27, 2014 at 2:15 PM

nice info..semoga berjaya.. ^^,

August 28, 2014 at 3:53 PM

didiey ada experience ujian fizikal & temuduga pegawai imigresen. lebih kurang macam aini tapi xdalah berlari kat padang tu. hehe. dan lagi 1, kena buka baju. uhuiiii!!!!!!!!!! dia check badan.

anyway, good luck aini!

August 28, 2014 at 4:03 PM

@siti zawiah Terima kasih. ^___^

August 28, 2014 at 4:05 PM

@cik didiey Uihh...perempuan pun kena buka baju ya? Huhu..terkejut dengar. Kalau pegawai penjara ini, lelaki je kena buka baju. Perempuan buka tudung je, check kaki, check telinga..

Terima kasih didiey. ^___^

August 14, 2015 at 4:56 PM

assalamualaikum.. sy nurul.. 22/8 ni tldm ad buat temuduga terbuka dkt setapak .. sy minat sgt ngn unit uniform ni masalah nye sy rabun tp xd la kuat sgt dlm 70-100 je power spec .. cm mane ea..

March 18, 2016 at 2:17 PM

salam,kalau gred spm tak mengikut kriteria yg ditetap kan masih boleh jion interview ke??contoh gred mate sy just d sahaja..mohon pencerahan

May 1, 2016 at 12:35 PM

Salam, sya dpt sms panggilan iv tuk imigresen. Tp sya x dpt emel surat panggilan temudga. Jadi, sya x tak tahu bila trikh sya kna pegi iv tu. Sya cek d portal spa pn x jmpa. Bole share link utk sya buat semakan trikh iv sya? tq :D

May 19, 2016 at 6:58 PM

bagaimana pengalaman temuduga selepas ujian fizikal? tiada pun

May 29, 2016 at 10:40 PM

Terima kasih ek bagi info.. semoga semua yg dapat lulus inshaAllah

June 13, 2016 at 11:14 AM

saya baru jer nak mohon jawatan ni. harap2 lulus la yeee. :)

August 24, 2016 at 12:26 PM

Kalau dh lulus pemeriksaan fizikal Dan pancaindera... Temuduga lisan pulak keesokan hri nya plak ka?

October 1, 2016 at 4:47 AM

16hb ni saya akan iv sama macam akak . tapi saya rabun sikit . agak agak boleh lepas ke ?

October 1, 2016 at 8:17 AM

Good info. Saya dapat utk pergi ke ujian pemeriksaan fizikal ni rabu depan. Semoga semua dipermudahkan.Aamiin

October 2, 2016 at 11:34 AM

awak dapat pemeriksaan fizikal apa? awak lelaki ke perempuan?

October 2, 2016 at 11:34 AM

awak lelaki ke perempuan? dapat pemeriksaan fizikal apa ye?

October 4, 2016 at 11:31 AM

Sya dpt pggilan 15.10 ni..tp dpt lulus ke ujian fizikal sya jika tggi 152 je bmi ok 22..

October 4, 2016 at 11:32 AM

Sya dpt pggilan 15.10 ni..tp dpt lulus ke ujian fizikal sya jika tggi 152 je bmi ok 22..

October 6, 2016 at 1:33 PM

Tq bgi info nim.. Sya dpt interview utk pmbntu pnguatkuasa kp19 11.10 nim

October 6, 2016 at 2:54 PM

SCARY SANGAT....UTUK PEMERIKSAAN MATA...SAYA RABUN ....HARAP2 SEMUANYA DIPERMUDAHKAN

October 8, 2016 at 11:37 AM

Lari 2.4 km x der masa kew..cth utk lelaki bwh 12mnt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome