28 August 2014

Orang memboikot, orang yang munafik

Assalamualaikum...

Orang yang memboikot, adalah orang yang munafik? Tergamam sekejap. Tidak dapat dinafikan bukan semua produk Yahudi kita dapat boikot misalnya Blog, Facebook, Intel dan lain-lain produk, kita tak ada alternatif lain. Tak ada secondary choice. Opss.. kalau Intel ada, kita ubah kepada AMD. Pada yang belum beli laptop, baru nak beli, beli laptop dengan processor AMD ya. Yang lain macam FB, blog tak ada pilihan lain. Kalau ada pilihan dan produk-produk tersebut merupakan keluaran tempatan atau keluaran Malaysia, sudah pasti sepasti pastinya, saya sendiri pun tak kan guna produk-produk keluaran Yahudi/US/Israel ini.


Orang memboikot, orang yang munafik


Tapi tak baiklah, sebab kita tak setuju orang lain memboikot atau orang tak nak boikot, kita labelkan mereka sebagai munafik. Maksud munafik itu pun cukup berbeza daripada isu memboikot. Munafik bermaksud seseorang yang mana apabila dia berjanji dia mungkiri, apabila bercakap dia berbohong, apabila bergaduh dia berlebih-lebihan. Di mana sebab orang nak memboikot ini jadi orang Munafik? Sebab apabila bercakap dia berbohong ke? atau sebab apabila dia berjanji dia mungkiri?

Berjanji sebab nak boikot tapi tak boikot semua, macam itu ya? Bohong, cakap nak boikot, tapi tak boikot semua, gitu ke?

"Kau nak boikot, apasal kau tak buang je laptop atau hp yang kau guna itu? Itu semua produk yahudi."

Kita kena faham sasaran boikot itu sendiri kemudian barulah kita boleh buat keputusan nak boikot apa. Sasaran boikot adalah kepada produk-produk atau perkhidmatan yang SECARA JELAS memberi bantuan kepada rejim zionis Israel bukan semua Yahudi menyokong Israel ya. Yang tidak jelas, tak dapatlah nak disangkal dan di boikot. Barang-barang lama, yang dah dibeli, janganlah dibuang, membazir pula. Gunakan seperti biasa, tapi hentikan atau berhenti dari sekarang daripada beli produk-produk mereka itu.

Kita bukan nak lingkupkan syarikat-syarikat di Malaysia ini, tapi kita nak pihak-pihak tersebut (yang terbabit) berhenti dari menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada zionis. Sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika syarikat-syarikat mereka berhenti dari menyalurkan bantuan pada rejim Israel maka kita pun akan berhenti dari memboikot.

Tujuan boikot adalah untuk menekan syarikat-syarikat berkenan untuk undur diri daripada terus menyara rejim zioinis seterusnya ianya akan melemahkan ekonomi mereka (zionis Israel), tak banyak, sikit pun jadilah sebab Allah melihat dari usaha kita bukan hasil kita. Lebih baik kita jadi burung, yang bawa air dalam paruhnya untuk membantu menjirus api yang marak walaupun sikit dan mungkin tak berkesan tapi itu adalah usaha kita daripada menjadi cicak  yang berniat jahat menghembus api dengan tujuan untuk memarakkan api yang membakar Nabi Ibrahim itu tadi. Sebenarnya hembusan si cicak itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan. Pilihan di tangan kita, mahu memboikot atau tidak. Jadi pengguna yang bijak yang mampu beri manfaat untuk kita dan saudara-saudara kita.

Meskipun, untuk peperangan kali ini Gaza telah menang, namun kita harus terus memboikot produk Israel, kerana kita tahu betapa liciknya golongan Israel ini memutar belitkan keadaan dan mungkin dalam persetujuan gencatan kali ini mereka mahu merancang strategi baru untuk cuba menjatuhkan tentera Al-Qasam dan pemimpin-pemimpin tertinggi Hamas pula. Mungkin juga pihak zionis Israel mahu memulihkan semula kemusnahan (mental terutamanya) yang dialami oleh pihak mereka akibat serangan balas oleh muhajidin. Teruskan memboikot dan teruskan berdoa.

7 comments

August 28, 2014 at 3:13 PM

tak baik melabelkan orang dengan apa sekalipun...takut2 satu hari nanti, kita turut tergolong dengan apa yang kita sendiri labelkan...

August 28, 2014 at 3:46 PM

nak boikot atau tak, itu hak individu. tapi melabelkan org lain dengan panggilan2 macam tu, sangatlah xelok. apa hak kita untuk labelkan orang macam tu?? bagus sangat ke diri kita? sekarang ramai sangat manusia yang terlalu lantang bersuara di media social tanpa fikirkan kesan & akibat. especially remaja.

August 28, 2014 at 5:17 PM

dia kurang faham tujuan memboikot tu.. sebab tu jadi komen macam tu..

Anonymous
August 28, 2014 at 6:06 PM

setiap orang ada hak masing2. nak boikot ke tak. tp jangan labelkan org dengan panggilan macam tu. erk? -_-

August 28, 2014 at 9:18 PM

hak masing2 nak boikot or tak..tak baik melabel orang mcm tu..

August 29, 2014 at 11:42 AM

komen sket2 sudah la kn..nk label org smpi cm tuu...bidaah plk rasanyee

Anonymous
August 29, 2014 at 11:34 PM

agak melampau sikit cara dia kata tu.. :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome