Pantang lambat, kena hon sokmo. Peliklah dengan orang Malaysia ini. Semua nak bawa kereta laju-laju, bawa macam kilat. Ehh..salah di situ, pembetulan..bukan semua orang Malaysia, tapi sesetengah daripadanya begitu.
Ye lah..Bayangkan lah, kita ni baru dapat lesen. Mestilah bawalah slow-slow kan, sebab takut dan tak biasa lagi. Tak kan baru dapat lesen, nak bawa kereta 120 kilometer sejam. Pengsan penumpang dekat belakang ni.
Dah itu, dah jelas-jelas terpampang pelekat berwarna merah, HURUF P. Buta ke apa? Dia pergi tekan hon kuat-kuat. Nak potong-potong je lah, tak payah nak hon-hon segala bagai. Sakit hati, dah lagi takut-takut nak bawa. Dah tu, potong kita...tengok macam tak pernah tengok orang. Muka kita ni macam muka badut ke?
-----------------------------------------------------------------------------
Begitulah luahan hati pemandu kereta berlesen dan berpelekat P. Bukan saya sebab saya tak ada sebarang lesen memandu..sobsobs. Erm..dekat Malaysia ni macam-macam lesen ada, termasuklah lesen terbang. Semua nak terbang, kereta slow macam semut, tak dan nak masuk, kedegang...habis buntut kereta kemek.
Biasalah mula-mula dapat lesen. Kalau saya, rasanya merempit laju lah. Kereta tak tahu bawa..Ada orang kata, orang yang hon-hon kereta berpelekat P ni sebab saja nak gurau-gurau. Ohh..ye ke? Ada yang lagi teruk, sedang belajar memandu pun kena hon. huhu..kesian. Tapi tak patut rasanya, pergi hon orang sedang belajar, sedangkan dekat kereta tu jelas terpampang, sedang belajar memandu.
Pelik-pelik.
p/s: Dah daftar, nak ambil lesen motor 1Malaysia ni...hohoho. Boleh merempit sokmo. T____T
17 comments
woot woot untng la die, yg 1mlysia tu bkn murah ke ?? hehe emm akak bc pn pns dik.. mmg cmtu lah prangai diorng.. eksen ooo ~ jgn nnt kn mkn eksen sudaa
@Mar Haini Abdul Rahim Yeah..memang murah pun kak..sebab tu ambil. Tak ada lesen lagi..sobsobs. Itulah kan kak..lesen terbang, nyawa pun terbang. Memang bawa laju macam pelesit. Bahayakan semua orang juga.
feed blog aini ade mslh ke? ade entri tak kuar, skrg ni terus bnyak entri kuar kat reading list paly..
# diorang pikir hal diorang jer pnting, huhuhu
hon..hon manja je tu..
itulah perangai segelintir orng malaysia... tak geti sabar dan tak phm bahase
@Paly A'ah memang tak okay..dari hari tu lagi. dah macam2 buat. Tak okay juga. T____T
@ANIM hehe..manja2 kucing ye kak.
@Aku Penghibur Itulah, moga kita tak jadi sebahagian daripada mereka. Bahayakan nyawa orang lain juga kan.
Sebab tulah saya takut nak bawa kereta sekarang, takut kena hon. haha.. Lesen dah ada, nak dekat setahun ;) tapi masih tak bawa sebab belum belajar sepenuhnya atas didikan ayah ;D hehe
selalu akak bawak tgok org pasang P akak ok je.. paling pntang bila main2 brek, tak pakai signal n ikut rapat.. aduh pntag betul
dah selalu kena la aini huhuhu..serik dah..dah gagap bawa keta ni..
hihihi biasalah tu nak gurau2 kot...haha
Itu lah sikap pemandu di negara kita ni, bila belajar bawa dengan rasa hormat, tapi lepas dapat lesen dan mempunyai kenderaan sendiri?? Hurm fikir-fikirkanlah..
pernah kena dulu T.T
smpi skrng msih guna lagi plekat P sbb dh tua2 bru p amik lesen.hewhew
Adik Aina yg tengah belajar kereta siap pelekat L pun orang hon! Waktu tu lampu isyarat tak berfungsi, tak bertimbang rasa betul kan --'
hehehe, pernah kena dulu-dulu... dah lali daa.. :)
betul tu..mungkin dorang rasa hon dorang sedap untuk didengar kut, sebab tu suka main2 hon.. rasanya akk dulu, walaupun tampal P, tp drive macam nak race.. mklum la, orang kata giler streng..hehehe