19 April 2013

Taksub Sangat

Assalamualaikum...

Janganlah terlalu taksub dengan kecantikan sampai sanggup nak mengubah ciptaan Allah. Suka sangat SNSD aka Girl's Generation sanggup nak pergi Korea buat pembedahan plastik. Cucuk botok, suntik vitamin itu dan ini. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi dan cipta untuk diri kita. Sesungguhnya Allah telah mencipta manusia ini sebaik-baik kejadian.


Ada juga lelaki yang taksub dengan kecantikan, jangan ingat perempuan je. Disebabkan terlalu suka, bertukar personaliti, perangai dan jantina. Pakai baju perempuan, makan vitamin untuk kuatkan hormon kewanitaan lah dan macam-macam. Seriously memang ada, depan mata. Cantik untuk kesihatan diri tak apa. Cantik untuk suami tak apa.



Lagi, terkejut bila dengar nak tukar jantina? Tak perlulah buat operation dan penukaran jantina. Awak dan kamu sudah cukup-cukup sempurna, hensem, cantik, menarik, tertarik dan kedebom. Cantikkan dan hensemkan lagi akhlak dan agama awak pasti semua bertambah-tambah cantik dan hensem kebabommm. 

Pergi buat pembedahan pun, tak semestinya keluar-keluar jadi cantik kan. Makin buruk adalah. Tak percaya, pergi tengok muka orang buat plastic surgery. Cantik ke? Nampak hidung dia pun kemek, kalau cantik sekalipun tetap haram dan berdosa besar kerana mengubah ciptaan Allah. Lainlah kalau awak accident. Muka, dan badan rosak.

Adik-adik manis, tak perlu tukar nak jadi cantik semata-mata kerana nak pikat hati lelaki. Lelaki yang baik, bukan hanya jatuh hati pada kecantikan luarannya sahaja tapi dalamannya juga. Cantik itu mulanya dari hati kan..wink wink. ^___^

 p/s: Ustazah saya kata " Jangan cari yang hensem, nanti susah kamu nak jaga, ramai peminat. Nasib baik suami ustazah gelap dan tak hensem, tak orang yang nak." hehe.. Lagi, ustazah saya kata " Cari yang senyuman dia menawan, yang boleh buat kamu tak tidur malam" errrrrr...pengsan.. Terlebih romantik ustazah saya ni. T____T


9 comments

April 19, 2013 at 12:55 PM

betul2 tu..huhu tp akak selalu je kena kutuk ngan hubby hahah

di tag
http://dyshasahhir.blogspot.com/2013/04/mini-ga-2-by-syiela.html

April 19, 2013 at 12:56 PM

great entry aini.kdg2 tanpa sedar kita mengeluh kata kita gemuk,xlawa mcm si polan si polan...astaghfirullah....perlu lebih berhati2 lepas ni.peringatan buat diri sendiri yg selalu alpa.

ustazah aini sempoi..hikhik

April 19, 2013 at 1:04 PM

Best entri ni! Setuju seratus persen. Bersyukurlah dengan apa yg Allah dah bagi. Takyah nak cucuk sana sini, bedah itu ini. Tak perlu. Macam nak bagi penumbuk je kat org yg tak tau bersyukur tu hehe.

April 19, 2013 at 5:41 PM

ehem. betul. senyuman boleh bikin hati penasaran.. haha. okeh. tabiat akak yg satu ni jgn ikot. sampai penasaran dong. betul2.. baru baca paper tadi pasal taksub nak cantik.. nanti anak kuar ikot enetik asal.. kesiann.. biarlah tak cantik, janji bukan palsu kan..

April 19, 2013 at 11:44 PM

tu kata2 ustazah ke kata2 aini yg senyuman menawan tu? hihi :P

April 20, 2013 at 12:24 AM

betul tu... bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakanNya... Alhamdulillah...

April 20, 2013 at 4:36 PM

Memang dah jadi perkara biasa bg mereka tukar jantina, pembedahan plastik, botox,..semata-mata utk glemer dimata dunia.

April 23, 2013 at 3:55 PM

Setuju sgt dengan entry Aini... ;) byk sgt manusia2 yang tak pandai bersyukur skrg ni kan... Haih!

April 26, 2013 at 12:16 PM

haha.. tersenyum2 akak baca ayt ustzh aini tu.. hihihihi.. pilih yg senyum menawan ye.. XD

emm betul2 bersyukur lah, yg luaran akan berubah jua tua nnt, lg nk tmbh syukur, igt yg luaran ni akan dimamah bumi jgk suatu hr nnt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome