Suka sangat mengungkit-ungkit.. Menyampah betul..hehe..Ini bukan marah dekat sesiapa ye. Sesaja tulis gitu. Kasi hot sikit.
ehh..ehh..tapi sekarang saya pun buat lagi..kihkih..dengan kakak saya. T____T.
Tapi..sangatlah tidak elok dan tidak baik jika kita mengungkit-ungkit pemberian yang telah kita berikan terhadap seseorang. Biasanya ungkit dan mengungkit ini berlaku bila kita rasa geram dan marah dengan seseorang yang pernah kita tolong. Nak sakitkan hati dia, kita ungkit balik pertolongan mahupun bantuan yang kita pernah hulurkan pada dia sebelum ini.
Sedar tak sedar...sikap suka mengungkit ini akan menghapuskan pahala kita dan menjadikan kita orang yang tidak reti bersyukur dan bongkak. Dah rugi kita kan.
"Haa..bak balik hak aku"
"Tadi kau makan aku punya, pulang balik"Ingat tak? atau biasa tak, buat macam tu kecil-kecil dulu. Mula-mula berbaik, lepas tu bila gaduh..minta balik apa yang kita bagi. Kalau makanan? Tak kan nak ludah balik kan. hehe..Budak-budak tak matang.
ehh..ehh..tapi sekarang saya pun buat lagi..kihkih..dengan kakak saya. T____T.
Tapi..sangatlah tidak elok dan tidak baik jika kita mengungkit-ungkit pemberian yang telah kita berikan terhadap seseorang. Biasanya ungkit dan mengungkit ini berlaku bila kita rasa geram dan marah dengan seseorang yang pernah kita tolong. Nak sakitkan hati dia, kita ungkit balik pertolongan mahupun bantuan yang kita pernah hulurkan pada dia sebelum ini.
Sedar tak sedar...sikap suka mengungkit ini akan menghapuskan pahala kita dan menjadikan kita orang yang tidak reti bersyukur dan bongkak. Dah rugi kita kan.
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a, ia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Tiga macam orang yang tidak masuk syurga, Anak yang durhaka terhadap kedua orang tuanya, orang yang candu minuman keras dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya."
Kemaafan yang pernah diberikan juga, tidak sewajarnya diungkit meskipun orang yang pernah kita maafkan itu, masih lagi mengulangi perbuatannya. Ikhlaskan hati dengan setiap pemberian, pertolongan, bantuan, mahupun kemaafan yang pernah kita berikan. Ikhlaslah kerana Allah S.W.T, pasti akan ada ganjarannya.
16 comments
XNAK MINTAK BALIK..NANTI BURUK SIKU
HEHE
apa jua yg kita lakukan,kena ikhlas :)
penah kena camni tp bkn ms bdk2 tau, time tu dh keje pun.time raya kitorang dtg umh kwn pastu mkn la sbb mak die msk, kira open house la.
tp yg bengangnya bila gaduh bole die ckp kitorang ni lapa nk mkn kt umah die, siap ckp xtau malu lg.
tu la last p umah die wlaupun skang dh berbaik,even time kenduri @ raya akak xpenah p lg.terasa pedih lg kot bila diperli cmtu
Dah kena dgn orang mcm ni.. kesian akak..uwuwuwwuwwuwuw
kihkihkih...biasa org perempuan yg suka ungkit2 ni....(bukan semua lah...lelaki pon ada juga)
@Irfa hehe..ayat tu selalu guna waktu kecik2 dulu..Tak baik, nanti buruk siku. Ingatkan buruk siku betul..jadi taklah minta balik.
@cik didiey Ehh..nama didiey dah lain? hehe..ada cik didepan. Betul2..semua buat kerana Allah kan. Moga kita jadi org yg sedemikian.
@huny madu Ye ke kak? Macam budak2 je..tak sangka. Kalau saya jadi akak pun mungkin dah tak nak pergi..bukan apa..rasa dah tak selesa kan kak.
@Mieza Jhaa K Alahai..kesiannya akak.Itulah, kalau boleh saya nak elak daripada orang macam ni..hehe..moga2 saya tak jadi macam tu.
@Hatimi Tahirruddin hehe..tapi betul lah tu..Ada juga lelaki yang saya jumpa suka mengungkit, tapi jarang. Kalau perempuan ni..faham-faham je lah.
lissa x suka ngn org spisis macam nii.. huhu
Aini aini aini... rindulah.. nak jugak sebot di sini... yela.. akak pon pantang org ngungkit. yela... tapi akak takot jugak kalau akak terungkit. kadg2 tak sedar... mintak jauh..
mengukit ni mmng tak elok..tapi selalunya time tgh bengang orang akan ckap.. *bg orng yang baik*.. kadang tu x berniat pun mcm tu.. cuma kerana rasa geram.. kalau bagi orang yang sebaliknya pula, jnis tak hrgai pertolongan..camtu la jdnya.. kalau masa kecik2 tu biasa la..dah besar ni mmng x kut..hihi
dulu masa muda remaja mmg ada la buat gitu... skang dah dewasa/tua ni tak buat dah lah... huhu
Hehehe...masa kecik dulu ble gaduh dgn abang mesti ungkit2.heheheh
paling bahaya kalau kt mengungkit dlm hati kan.. astaghfirullah moga kt dijauhkan perasaan berkira tu. moga ikhlas stiasa mwarnai hati kita :D