30 April 2013

Follow kemudian unfollow

Assalamualaikum...

Follow kemudian unfollow. Tak kisah pun sebabnya bukan saya paksa untuk sesiapa follow blog saya. Atau mungkin juga saya "terpaksa" dan memaksa blogger-blogger men"follow" blog saya sebab join GA mahupun segmen yang saya buat atau saya sponsor. Nak tak nak memang kena follow kan..hehe..Itu memang satu pemaksaan. hehe. Selain daripada itu, memang saya tak paksa. Terpulanglah sama ada nak follow atau tidak.

Kalau saya, saya follow memang atas kehendak sendiri. Kalau saya suka dan tergoda nak baca blog itu, memang saya terus follow dan bookmark untuk pembacaan dikemudian hari. Saya mengejar dan mencari pembaca setia bukan follower, kadang-kadang follower ramai tapi blog sunyi, bosan juga kan. Kalau nak follow, followlah seikhlas hati ye. sobsobs.

Pada yang follow saya dan minta saya follow balik, maaf ye...belum berkesempatan nak follow balik blog anda. Terutama yang tinggalkan link blog di Cbox, saya memang tak layan, bukan sebab sombong dan sebagainya tapi kebanyakannya banyak SPAM. Saya malas nak layan dan saya rasa, saya nak buang Cbox itu sebab macam tak berfungsi sangat. Kalau tinggalkan komen anda di kotak komen,  insyaAllah, saya balas jejak anda.

Adakah patut saya hapuskan Cbox itu? hehe..

Oh ye..buat masa sekarang, blogwalking ke blog-blog anda tergendala seketika sebab  broadband ini speednya terlalu laju, mengalahkan kelajuan cahaya ye. T___T


p/s: Haishh..Tak ada mood..hehe..

28 April 2013

Kicap tak ada

Assalamualaikum...

Semalam ada pasar malam dekat rumah jadi beli lah ,mempelam apple ni. Dah lama tak makan sebab bukan musim mempelam kan. Ohh..bukan saya beli tapi kakak saya. Saya kan pemalas nak keluar rumah ni. T___T Kenal kan mempelam aka mangga apple ni? Bentuk dia macam bentuk apple..hehe. Macamlah orang tak tahu kan.


Mempelam Apple

Tapi tak ada feel nak makan sebab kicap tak ada. Alah..kacau betul lah kicap ni. Kicap yang ada pun Kicap cap kipas udang je. Saya tak suka kicap tu, rasanya tak sesedap Kicap Cap Ayam. 

Hehe..meragam betulkan Aini ni..Kicap pun memilih. Tapi memang tak sedap pun, Kicap Kipas udang ni sedapnya untuk masakan, mee goreng ke, nasi goreng ke. Kalau untuk mencicah-cicah ni tak sedap. Last-last makan dengan serbuk jambu je. Tukang perabisnya, adik-adikku yang tercinta..Si Farah Nadia dengan Syafiqah kecik. Licin dia makan, tak padan dengan kecil Si Syafiqah ni.

p/s: Suka makan kicap tak? Kicap apa? hehe.


Menulis blog memerlukan idea dan mood

Assalamualaikum...

Macam mana dan dari mana anda dapat idea untuk menulis? Ada blogger yang hebat, satu hari update sampai 5-10 entry. Tergamam sekejap. Walaupun entrinya hanyalah berkisarkan kehidupan seharian beliau, tapi ianya tetap idea kan.


Kalau saya, kehidupan seharian kini hanya menggemukkan badan, makan? boleh lah. Keluar rumah, pemalas. Jadi tiada sumber untuk saya memproses sebarang bentuk idea. T___T

Bila tak ada idea, mood nak berblog dan menulis pun tak ada.  Haish..mood minggu ini tak ada mood. Buka blog, bosan, tutup. Buka, tutup. Nak buat new entry, tak ada idea, tak ada mood, tutup buka, tutup buka saja lah kerjanya. Idea dan mood memainkan peranan dalam menghasilkan sesebuah entry kan.

Bila mood marah, tulis entry pun mesti nak marah je kerjanya..ishish..bila sedih..sedih lah jadinya. Mengalir-galir air mata, macam nak karang novel sedih jadinya. Carilah mood berblog yang betul-betul bermood, mood ada perasan. hehe..Sudahlah mengarut entry ni, sungguh-sungguh tak ada mood. Kosong..kosong..kosong. Najwa Latif.


27 April 2013

Selamat Hari Jadi Umi

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jadi kepada umi saya Nor Aminah, yang sangat-sangat saya cintai di dunia dan di akhirat. Umi yang melahirkan saya, yang saya susahkan selalu..hehe..yang selalu masak masakan kegemaran saya..semuanya umi saya buatkan. Hoho..sungguh-sungguh umi tiada ganti. Satu dalam sejuta, umi yang pertama dan terakhir. Penatkan jadi ibu ni..kesian ibu kita.


Semoga umi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan umi di dunia mahupun di akhirat. Sayang umi, mohon maaf juga sebab banyak susahkan umi. Kesian umi, dapat anak nakal dan menyusahkan macam saya. Lepas ayah tak ada, umi lah tempat mengadu domba..ehh? memujuk hati, penawar jiwa dan ratu hatiku.

Umi tak baca blog saya, tapi umi..tahu kan saya tulis pasal umi. hehe. Harap saya sempat balas jasa umi. Walaupun tak banyak dan tak kan mampu saya balas, saya tetap berusaha untuk membahagiakan umi dunia dan akhirat. InsyaAllah.




"Kasih anak tidak bertepi, kasih ibu kekal abadi"...Hanya Dia sahaja yang mengetahui betapa ku mengasihimu wahai ibuku...ratapan kasih meruntum jiwa, tautan kasihmu mekar selamanya."



26 April 2013

Dah lama tak hantar surat

Assalamualaikum...

Dah lama betul rasanya saya tak hantar surat. Err...rajin ke saya hantar surat ye..hehe. Biasanya kalau hantar surat pun kad raya je kot. Kalau kawan-kawan rapat pakai tangan je, pas-pas surat.

Surat 

Surat-surat cinta untuk Pemenang Mini GA.
 
Rasa kekok pula nak menulis alamat rumah atas sampul surat, dengan tulisannya, mak aii..buruknya. Last-last, print je..hoho. Sekarang dah lain kan, semuanya pakai SMS, emel, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi termasuklah Blog. Surat dah kurang, kalau ada pun urusan rasmi je kan. Kalau betul-betul nak pos, barang pun guna Pos Laju.  

Orang zaman dulu, bercinta pun pakai surat. Baru ada feel dan romantik sikit kan. Hohoho. Ada lagi tak, yang suka kumpul setem? Haaa...setem pun dah tak main 20 sen, 30 sen kan, kalau dulu saya letak setem 30 sen je nak hantar surat pada kawan saya dekat Perak. Sekarang? Kalau letak 30 sen tak sampai lah agaknya surat tu..hehe.

Rindu dengan surat, rindu nak baca surat dan hantar surat. Bukan surat saman ye. Hehehe..kan Kak +Mar Haini Abdul Rahim 


Contest Simple by My Muslimah Collection

Assalamualaikum...

PROMOSI PROMOSI

Nak join..klik banner dibawah. Contest ini tak perlu buat entry pun. 

Nak baju muslimah percuma yang awesome, cantik dan kebababom.. Jom kita sama-sama menyertai contest simple by My Muslimah Collection.



1. Like FB Page My Muslimah Collection.
2. Letak banner contest di sidebar blog anda, link ke entry ini :)
3. Hantar link blog anda di kotak komen, okey ^^
3. Sehelai BAJU PERCUMA untuk pemenang !!






Pemenang Baru untuk Mini GA Brooch

Assalamualaikum...

Disebabkan ada beberapa pemenang tak tuntut hadiahnya, jadi saya akan buat cabutan baru. Saya akan guna cabutan secara manual. Guna kertas, gaul-gaul dan cabut. Kepada yang menang tapi belum tuntut dan masih nak tuntut sekarang masih sempat, sampai pagi esok.

Saya buat cabutan baru esok pagi dan malam esok juga saya buat pengumuman pemenang yang baru. Mohon ye, pemenang PM detail dekat Facebook dan bukan comment box sebab takut terpublish. Kadang-kadang tak perasan. Untuk para pemenang yang telah memberikan detail, harap bersabar ye, insyaAllah..minggu depan saya pos hadiah anda.

Nak check senarai pemenang, boleh klik sini ye.

UPDATE : Tiada cabutan baru sebab pemenang dah beri detail. 




25 April 2013

Kadang-kadang terlebih peramah pun susah

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kan jadi peramah ni pun susah sebenarnya. T_____T Sobsobssobs.. Mesti pelik kan..kenapa ye? Tak dinafikan kalau kita peramah ni, mudah dapat kawan, mudah minta pertolongan, dapat bantuan dan sebagainya kan. Tapi dalam satu masa, jadi peramah ini pun susah juga.

Lagi pun rasanya ramai yang mengalami situasi macam ini. Anda jumpa orang yang anda kenal, anda tegurlah dia. Ye lah kan, kalau tak tegur nanti di katanya sombong, berlagak dan tak kenal orang dah ke? (Tak pernah kena lagi sebab saya yang mula tegur orang dulu. T____T)

Kadang-kadang terlebih peramah pun susah


Tegur-tegur punya tegur, cakap hai..macam nak rak..ehhh..dia kata tak kenal kita..hohoho..malu nak golek-golek masuk tong. Dah merah padam dah muka ni. Rasa sedih pun ada, padahal satu sekolah. Kalau nak kata muka dah berubah, nipu benor, bukannya berbelas tahun tak jumpa. Muka I tak berubah pun, maintain je. Gemuk ke kurus ke, tang itu juga.

Lagi-lagi bila seseorang yang pernah kita rapat dulu, gelak ketawa sama-sama, buat kerja sama-sama..tapi bila jumpa..dia macam tak ada perasaan. Kita je yang terlompat-lompat sebab terlebih excited (ohh..Aini memang sokmo gitu.) Tanya khabar dia, dia kata sihat..tak tanya kita balik pun..bercakap pun nak tak nak je. Sedihnya. Padahal kita pernah kenal dan rapat. Kan susah jadi peramah ni. Buat malu muka je, tegur-tegur orang, dia kata tak kenal kita. Nak recall siapa kita sampai ambil berjam-jam. Malu punya pasal, cabut je lah.

Ada juga orang yang tak suka orang peramah ni. Katanya, tak suka orang yang mulut banyak. T___T Apa-apa pun jadilah orang yang peramah, tak rugi pun.


p/s: Tambah-tambah malu bila dia cakap " Cakap dengan saya ke?" Hohoho..Ya Allah, malunya. Maaf ye, sensitif pula.

Rezeki dah sampai...

Assalamualaikum...

Hari ini excited terlebih..hehe..sebab hari ini ada dua hadiah dah sampai. Alhamdulillah. Senyum lebar-lebar ni.

I Love Blogging 

Mula-mula pos laju sampai depan rumah, hantar baju ini. Baju ni dapat sebab menang Give Away (GA) Birthday Akiff ke-2 Tahun. Alhamdulillah, terkena no saya. heee. Terima kasih kepada blogger Coretan Diari Seorang Abah. Moga Abah sekeluarga, dimurahkan rezeki dan Akiff yang comel, jadi anak yang soleh dan anak yang bijaksana. ^____^

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah 
Hadiah buku ini pula sebab menang Mini Giveaway dari akak Nora Karim. Tak sabar nak habiskan buku ni, tadi dah belek-belek sikit, memang menarik.


Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

Siap dapat penanda buku lagi. Cantik, comel dan unik. Hehe..Macam mana akak buat ye? Terima kasih kepada Nora Karim. Moga dimurahkan juga rezeki akak sekeluarga dan moga adik Faris dan Alisya menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi anak-anak yang bijaksana . ^__^


Kardigan Dua Warna 
Ohh..ini punya hadiah sudah sampai 2 hari lepas dah..hehe. Tengok je lah kardigan  tu, dah habis dironyok-ronyok. Hadiah ni menang top referral Segmen saya nak menang hadiah dan di bloglist, dapat pilih 2 hadiah. Saya pilih satu kardigan dan satu lagi Tony Moly Lip Tint. Tapi Tony Moly Lip Tint tak sampai lagi kena tunggu 2 minggu lagi. Terima kasih kepada Nabila Biela dan pihak sponsor. Moga dimurahkan rezeki anda, nanti boleh beri saya hadiah lagi..hohoho. Minggu ni minggu hadiah. ^____^


p/s: Hujan oh hujan..dekat sini hujan.Alhamdulillah, hujan turun.

24 April 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Assalamualaikum...

Jom kita sama-sama menyertai Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!. Kontes Panduan Blogger ini amat bermanfaat untuk semua blogger, kerana sambil menyelam kita minum air. Jika kita ingin menjadi blogger yang berjaya, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang padat dan seterusnya membudayakan ilmu blog tersebut di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger. Tidak merugikan kita sedikit pun, malah beruntung-untung lagi. ^____^

Ini merupakan entri jawapan saya untuk Kontes Panduan Blogger ini.


Maksud Google Pagerank


Google Pagerank (PR) ini merupakan satu sistem di Google untuk menentukan kedudukan atau penarafan bagi sesebuah blog menerusi entri-entri yang diterbitkan. Melalui Google Pagerank ini, keberkesanan bagi satu-satu penulisan juga dapat dinilai. Google Pagerank bermula dari PR0 sehinggalah ke PR10. 

Google Pagerank ini penting bagi sesebuah blog kerana semakin tinggi PR sesebuah blog, maka semakin tinggi jugalah, peluangnya untuk disenaraikan di top search enjin carian dan diberi layanan yang lebih istimewa oleh Google berbanding dengan blog mahupun laman web yang mempunyai PR yang rendah. Selain itu, Pagerank ini juga menujukkan populariti sesebuah blog dan sekaligus turut membantu blog, untuk menjana trafik daripada enjin carian.


Tips asas SEO


Tip asas SEO yang sering saya gunakan semasa menulis sesebuah entri adalah dengan menggunakan kata kunci yang bersesuaian dengan alamat url entri tersebut serta meletakkan garisan, bold, mahupun italic pada kata kunci entri.

Misalnya, tajuk entri saya adalah Tips Temuduga IPTA maka isi kandungan di dalam entri saya juga hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kata kunci tips temuduga IPTA , iaitu di bahagian atas, tengah dan di akhir entri tersebut.

Saya juga meletakan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan entri dan alt tags pada gambar kerana melalui gambar juga ianya mampu menyumbang trafik ke blog saya.


Blog yang cantik penting

Selain daripada isi kandungan blog yang berkualiti, penampilan blog juga memainkan peranan yang penting terutama bagi menarik dan memikat pengunjung untuk terus melekat dan membaca entri-entri yang di terbitkan di dalam sesebuah blog. Hal ini kerana, penampilan blog merupakan first impression bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke sesebuah blog.

Pikat para pengunjung dengan header blog kerana header terletak di bahagian paling atas dan perkara pertama yang dapat dilihat oleh pengunjung. Oleh itu, header blog mestilah cantik, menarik dan boleh memikat pengunjung yang datang untuk menjadi pembaca. Selain itu, warna dan saiz tulisan, susunan widget, loading blog yang tidak terlalu lama serta kekemasan blog turut membantu menarik minat seseorang, untuk terus menyelongkar dan membaca blog anda.





23 April 2013

Buat Felt Craft

Assalamualaikum...

Ini kerja malam semalam. Tak ada kerja nak buat..hehe..jadi mengatal lah tangan-tangan ini (bunyi macam banyak je tangan dia kan..hehe) nak buat balik felt craft ni. Tahun lepas buat felt ni sebab bosan, laptop rosak. Kalau anda pembaca setia blog saya mesti pernah baca. heee. ^___^


Bread Felt Craft
Cermin mata tu, saya yang tambah..hehe.

Bread Felt Craft

Tengah-tengah malam semalam, buat benda ni. Padahal mata dah mengantuk, tapi nak juga buat. Hasil dia pun tak memuaskan sebab jahitan pun tak kemas lagi. Kena practice lagi. 

Oh ye..template felt untuk roti ini saya buat sendiri menggunakan Illustrator. Ada sesiapa yang berminat nak buat felt roti dan nak guna template dia, bagitahu lah ye. Boleh saya share template dia..heee.

Domokun Felt Craft

Domo ni pun sangkut sebab guna gam UHU, dia hakis kain felt. T___T

Ini semua kena bosan, tak ada kerja. Nak ambil lesen dulu ni, mungkin lepas ni baru cari kerja kot. Kalau tak sekarang ni kerjanya membesarkan badan, meringkuk dalam bilik. Menghadap laptop..Ish ish.

p/s: Siapa yang sertai Mini GA saya, pemenang telah diumumkan. Sila tuntut hadiah anda secepat mungkin ye. Kalau tak, saya buat cabutan baru. Kalau tak nak, tak apalah..sobsobs.. Mari kita sama-sama join Kontest Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog.


22 April 2013

Pemenang Mini Giveaway : Brooch By Aini Zakaria

Assalamualaikum...

Berikut adalah senarai pemenang untuk Mini Giveaway : Brooch By Aini Zakaria. Tahniah buat semua pemenang. Bagi yang tak menang jangan kecewa ye. Mungkin selepas ini akan menyusul pula GA yang kedua. InsyaAllah. Ada yang nak sponsor ke? hehe.

Senarai Peserta sudah di delete kerana pemenang sudah menuntut hadiah. Sebarang tuntut hadiah selepas 24/4 tidak lagi diterima.
HARAP MAKLUM




Kepada semua pemenang, PM saya bersama detail anda disini. Boleh tuntut hadiah anda secepat mungkin. Sebelum 24/04/2013.

Link penyertaan anda :
Nama Penuh :
Alamat Rumah :

RALAT : NO 24 ada 2 kali jadi saya random lagi sekali no 22. Jadi pemilik no 22, sila PM detail anda ye.


Pak cik Random ini memang tak betul, aishh..sebab itu tak suka dia. T___T Maaf ye, atas kesalahan. Terima kasih kepada Aleeza Zailan kerana inform. Lain kali saya random secara cabutan manual ye, guna tangan.

21 April 2013

Mini Giveaway : Brooch By Aini Zakaria Tamat

Assalamualaikum...

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

Mini GA sudah tamat pada hari ini ye. Saya tutup lebih awal sebab dah cukup 100 orang peserta. Terima kasih pada semua yang sudi menyertai Mini GA saya ni. Meskipun hadiahnya kecil tapi anda berhati besar dan memang sangat-sangat sporting. 

Anda boleh menyemak link penyertaan anda, di entri ini ye. Maklumkan pada saya jika link anda tiada dalam senarai. Selewat-lewatnya jam 12 Malam ini - 21/04/2013. Saya akan umumkan pemenangnya, dalam masa yang terdekat. Mungkin esok. InsyaAllah. Tunggu ye dan terima kasih semua. ^___^


KFC Spicy Korean Crunch

Assalamualaikum...

Semalam, abang saya bawa balik ayam berwajah baru ini. Dia beli, saya telan saja lah kan. Sebelum itu..Ish..ish..geleng-geleng kepala dulu ye..hehe.

Kenapa?

See..korea lagi. Sungguh-sungguh kuat betul ye pengaruh korea ni. Walaupun, saya suka kpop, korean drama, Running Man, Family Outing dan sebagainya tak adalah saya fanatik sangat sampai semua benda nak libatkan korea..hihi.

Sila-sila tonton gambar-gambar di bawah ini sebelum meneruskan pembacaan. Tujuan? Tiada tujuan. T___T

KFC Spicy Korean Crunch

KFC Spicy Korean Crunch

Caj 20 sen seketul ye! Nak kata pedas, tak pedas pun. 

Sedap? Sedap lagi ayam hot and spicy. Rasa ayam korea ni, sebiji macam keropok ikan bersira. Pernah makan tak? Keropok Cap Pinggan tapi jenis yang bersira. Macam itulah rasa ayam ni. Rasanya manis. Pedas? Tak langsung. 

Korea makan pedas ye, siap ada tahap kepedasan lagi.1 sehingga lah tahap 3. Tapi kenapa ayam ni tak pedas, kata Spicy? hehe..Banyak pula complain kan. Jadi kepada sesiapa yang nak jadi "Korean" bolehlah cuba ayam baru ni. Bagi saya tak sedap pun, dalam kategori bolehlah..hehe. Baik makan Keropok Cap Pinggan..hohoho. Saya perasan sejak kebelakangan ni, mulut saya sangat laser. Maafkan saya. T____T Citarasa setiap orang berbeza. Mungkin bagi anda sedap. Cubalah rasa.


p/s: Ayam ini rasanya manis, tak elok makan manis-manis ni..heee. Pedas tak apa..errrr.

Mini GA 2

Assalamualaikum...


Mini GA 2

SYARAT
1. Buat Entry,Tajuk dan letakkan banner (backlink)
2. Tinggalkan url entry (url blog tidak di terima)
3. Yang belum follow blog ni..sila follow dulu ye
4. Nak tag rakan digalakkan tapi tak wajib ye :)

Pemilihan pemenang berdasarkkan En.Random.Org atau cabutan dari Dable H
(bergantung pada mood Dable H)

HADIAH
Semestinya bedak arab 50g.Berapa pcs tak pasti lagi ye bergantung pada jumlah penyertaan.

GA ni akan tamat pada 27 April 2013.Pemenang akan diumumkan bila-bila masa selepas itu.

20 April 2013

GEMPAK GIVEAWAY BY AFIE

Assalamualaikum...





Hadiah-hadiah untuk peserta

Buttong Badge x5 | Felt hp case x2 | Keychain Felt Craft x7 | Bookmark x1 (mungkin akan ditambah kak shida) | Soft Toy x1 | Pakaian wanita x1 | Tony Moly x1 | J&J Losyen x1 | Elianto BB Cream x1 | Brooch Ribbon x5 | Dress x2 | Inner Neck x2 | Keronsang x2 | Blouse x1 | Blouse peplum tribal x1 | Topup rm10 x2 | Topup rm5 x12 | Miniture Pesawat x2 | Gelang x2



Due Date bakal ditentukan nanti *mengikut naluri Afie.. Kih3..

Pemenang dipilih dari :

1. Top referrel dapat 2 hadiah

2. Cabutan Tangan


Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!

Assalamualaikum...

Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang. Kontes yang mudah namun hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Bukan sahaja dapat hadiah malah anda juga dapat menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Menarik kan.
Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!
15 April 2013 - 30 April 2013


Hadiah untuk Kontes Panduan Blogger adalah seperti berikut:

1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif

Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang
  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.

Syarat-syarat Pilihan (optional)
  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!.

Cara Nak Jawab Soalan Kontes
  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Apa lagi. Jom kita ramai-ramai menyertai Kontes Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang! ini. 

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum...



Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen.

Kalau nak join..jemputlah klik banner di atas ye. ^____^

Duduk dekat rumah vs keluar jalan-jalan

Assalamualaikum...

Suka duduk rumah ke suka keluar jalan-jalan?

Hohoho..kalau kecil-kecil dulu memang akan jawab suka jalan-jalan tapi sejak dah tua besar ni, rasanya memang lebih suka duduk rumah.

Lagi-lagi time cuti-cuti sem, kalau 2 bulan cuti, rasanya 2 kali je keluar..itu pun terpaksa. Memang saya pemalas nak keluar rumah. Memang susah betul nak berjalan ni. Lagi dan lagi, tak suka tempat orang ramai, yang sesak-sesak, serabut-serabut-serabut. Ada hal penting baru keluar. Kalau tak jangan harap.

Sampai ada orang kata, saya ini macam katak bawah tempurung. A'ah memang katak pun. Lebih baik jadi katak, daripada jadi burung bebas terbang, kadang-kadang terlebih bebas, patah sayap jatuh..dah sengsara. hehe.. Faham tak? dan suka hati den lah nak keluar ke tidak. Bukannya susahkan hidup orang pun. kihkih..Ini bukan luahan perasaan ye.

Kadang-kadang bukan tak nak ikut orang berjalan-jalan ni, kadang-kadang buang masa. Lagi-lagi waktu banyak assignment. Dah lah nak jalan jauh-jauh..jangan harap den nak pergi, setakat nak buka puasa je pun tapi buatnya sampai dekat Lumut. Corrupt company den. Duit kereta, duit makan, campur  kereta..Ah..nehe.. Lebih baik pergi bazaar, beli nasi ayam dan air tebu. Lagi sedap. Jimat duit bapak den.

Apa yang aku melalut-lalut ni..Lain yang nak di cerita lain, lain yang keluar. hehe..Layan je lah. Kalau dah menganggur ni, nak ambil lesen lah. Baru best nak jalan-jalan dengan umi. I suka jalan-jalan makan, tapi bukan jalan-jalan cari pasal. T_______T


p/s: Kalau nak keluar, mesti dengan orang yang kita selesa dan sekepala. Barulah seronok. Kalau tak, confirm..saya diam seribu bahasa. Tak ada mood.


BEN ASHAARI dan WEECLICKS

Assalamualaikum...

Dikesempatan ini saya pun nak join segmen dari blogger terkenal, Ben Ashaari. Syaratnya mudah. Kalau nak join, cuma klik sahaja banner dibawah.


Dunia sekarang semuanya di hujung jari. Maklumat dan barangan pun boleh sampai dengan cepat kepada semua pengguna internet. Terus-terang saya katakan, saya juga berminat untuk menjana pendapatan melalui internet ini aka nak buka perniagaan secara online kerana ianya mudah dan cepat, dan yang paling penting saya juga mampu menjana pendapatan sampingan. Maklumlah sekarang sudah tanam anggur. 


Due Date: 5 Petang 20/04/2013

Apa lagi..jom join ramai-ramai, support Blogger Ben Ashaari. Boleh tambah kenalan juga. ^___^


19 April 2013

Saya Nak Didiey Review Blog Saya Sebab???

Assalamualaikum...

Saya Nak Didiey Review Blog Saya Sebab???

Kalau nak join juga klik banner di atas ye.

Saya nak didiey review blog saya sebab saya nak didiey review blog saya..hehe.  Salah satu sebab kenapa review ini penting adalah untuk menyebar-yebarkan lagi blog saya kepada blogger lain. Blogger didiey ni famous, jadi bila blogger famous review blog saya, maka terkenalah tempias untuk saya famous juga..hehehe. Blogger didiey kan baik, comel, cantik (ini ikhlas ye..opss..ikhlas tak boleh cakap).

Lagi-lagi..bila blog saya di review, sedikit sebanyak boleh membantu mengukuhkan lagi blog saya sekarang..blog saya ni goyang-goyang tak kukuh lagi..hehe. Tak percaya, cuba gegar-gegarkan laptop anda..goyang kan? T____T

Nak tag siapa ye. Saya tag kak +huny madu dan juga kak +miz ruha. Kihkih..Maap kak..tertag. Kalau ada masa jemputlah join ye. ^____^

TEMPOH SEGMEN: 15/4 - 22/4


Taksub Sangat

Assalamualaikum...

Janganlah terlalu taksub dengan kecantikan sampai sanggup nak mengubah ciptaan Allah. Suka sangat SNSD aka Girl's Generation sanggup nak pergi Korea buat pembedahan plastik. Cucuk botok, suntik vitamin itu dan ini. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi dan cipta untuk diri kita. Sesungguhnya Allah telah mencipta manusia ini sebaik-baik kejadian.


Ada juga lelaki yang taksub dengan kecantikan, jangan ingat perempuan je. Disebabkan terlalu suka, bertukar personaliti, perangai dan jantina. Pakai baju perempuan, makan vitamin untuk kuatkan hormon kewanitaan lah dan macam-macam. Seriously memang ada, depan mata. Cantik untuk kesihatan diri tak apa. Cantik untuk suami tak apa.



Lagi, terkejut bila dengar nak tukar jantina? Tak perlulah buat operation dan penukaran jantina. Awak dan kamu sudah cukup-cukup sempurna, hensem, cantik, menarik, tertarik dan kedebom. Cantikkan dan hensemkan lagi akhlak dan agama awak pasti semua bertambah-tambah cantik dan hensem kebabommm. 

Pergi buat pembedahan pun, tak semestinya keluar-keluar jadi cantik kan. Makin buruk adalah. Tak percaya, pergi tengok muka orang buat plastic surgery. Cantik ke? Nampak hidung dia pun kemek, kalau cantik sekalipun tetap haram dan berdosa besar kerana mengubah ciptaan Allah. Lainlah kalau awak accident. Muka, dan badan rosak.

Adik-adik manis, tak perlu tukar nak jadi cantik semata-mata kerana nak pikat hati lelaki. Lelaki yang baik, bukan hanya jatuh hati pada kecantikan luarannya sahaja tapi dalamannya juga. Cantik itu mulanya dari hati kan..wink wink. ^___^

 p/s: Ustazah saya kata " Jangan cari yang hensem, nanti susah kamu nak jaga, ramai peminat. Nasib baik suami ustazah gelap dan tak hensem, tak orang yang nak." hehe.. Lagi, ustazah saya kata " Cari yang senyuman dia menawan, yang boleh buat kamu tak tidur malam" errrrrr...pengsan.. Terlebih romantik ustazah saya ni. T____T


Kotak Komen Google+ di Blog

Assalamualaikum...

Tadi baca email..lepas itu ternampak satu email daripada pak cik blogger. Pemberitahuan bahawa blogger sekarang boleh menggunakan kotak komen Google+.

Kotak Komen Google+ di Blog


Inilah contoh kotak komen Google+ itu. Menarikkan...mungkin lain kali kot baru nak guna. Untuk keterangan lanjut, boleh lah rujuk di sini. Jika anda ingin menggunakan kotak komen ini anda hendaklah mempunyai akaun Google+ terlebih dahulu. Bagi mengaktifkan penggunaan kotak komen ini, anda hanya perlu click pada tab Google+ dan tick pada Use Google+ comment on this blog.

Kotak Komen Google+ di Blog


Kotak Komen Google+ di Blog


Selamat Mencuba. ^_____^


18 April 2013

Demam Kiyomi

Assalamualaikum...

Dulu dunia sibuk nak ber"Gangnam"..sekarang ni pula semua sibuk nak ber "Kiyomi". Kuat betul pengaruh korea ni. Kiyomi ni keluar masa bulan satu, awal tahun ini, kalau tak silap. Mula-mula biasa-biasa je, entah wabak apa entah melanda, tiba-tiba terkenal pula si Kiyomi ni. Hehe..Saya tahu pasal Kiyomi ini pun sebab dulu tengok variety show.

Kiyomi ini maksudnya comel dalam bahasa hangul aka Korea. Korea kan terkenal dengan gaya-gaya gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang comel. (Tangan di dada, mata ke atas) Penyanyi lagu Kiyomi ni, Hari. Tapi saya pun tak tahu dan tak kenal siapakah, Hari itu. Hari-hari dan haru biru, saya tahu..hikhik.

Memang heboh dekat youtube, facebook, dengan gaya-gaya comel ni..Errr..comel memang comel..tapi bagi pendapat saya kalau kita ni isteri orang, tak perlu kot buat dan upload masuk youtube. Bahaya..hehe..ye lah dah comel sangat dan boleh mendatangkan fitnah dan sebagainya. Simpan untuk suami seorang-seorang sudah. Ehh..macam laser lah pula mulut den ni.

Saya tak buat, sebab sedor diri tak comel. hekhek. ^____^ Peminat kpop jangan serang I pula.

Giyomi Dance Guide 
Kiyami Dance Guide


Ini dia cara nak buat Kiyomi. Kalau nak dengar lagu asal dia, sila search di google ye. 

Mr.Bie..Encik Parody pun dah buat video pasal Kiyomi ni. Dia tukar jadi "Gi Ngoji"..pergi mengaji. Baru senang nak nikoh katanya. Siap ada background music Lee Gwang Soo (Running Man Member) lagi itu. Kalau nak tengok versi Mr. Bie boleh pergi sini.

Selamat mencuba Kiyomi dance ni. Adik-adik, muslimah yang manis, buat dekat bilik seseorang tak apa. hehe.


p/s: PSY aka Oppa Gangnam Style pun dah keluar lagu baru, Gentlemen pula dah. Kenapa tak gatai man je..hihi.

 

Suka Sangat Mengungkit

Assalamualaikum...

Suka sangat mengungkit-ungkit.. Menyampah betul..hehe..Ini bukan marah dekat sesiapa ye. Sesaja tulis gitu. Kasi hot sikit.

"Haa..bak balik hak aku"

"Tadi kau makan aku punya, pulang balik"
Ingat tak? atau biasa tak, buat macam tu kecil-kecil dulu. Mula-mula berbaik, lepas tu bila gaduh..minta balik apa yang kita bagi. Kalau makanan? Tak kan nak ludah balik kan. hehe..Budak-budak tak matang.

ehh..ehh..tapi sekarang saya pun buat lagi..kihkih..dengan kakak saya. T____T.

Tapi..sangatlah tidak elok dan tidak baik jika kita mengungkit-ungkit pemberian yang telah kita berikan terhadap seseorang. Biasanya ungkit dan mengungkit ini berlaku bila kita rasa geram dan marah dengan seseorang yang pernah kita tolong. Nak sakitkan hati dia, kita ungkit balik pertolongan mahupun bantuan yang kita pernah hulurkan pada dia sebelum ini.

Suka Sangat Mengungkit

Sedar tak sedar...sikap suka mengungkit ini akan menghapuskan pahala kita dan menjadikan kita orang yang tidak reti bersyukur dan bongkak. Dah rugi kita kan.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a, ia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Tiga macam orang yang tidak masuk syurga, Anak yang durhaka terhadap kedua orang tuanya, orang yang candu minuman keras dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya."
Kemaafan yang pernah diberikan juga, tidak sewajarnya diungkit meskipun orang yang pernah kita maafkan itu, masih lagi mengulangi perbuatannya. Ikhlaskan hati dengan setiap  pemberian, pertolongan, bantuan, mahupun kemaafan yang pernah kita berikan. Ikhlaslah kerana Allah S.W.T, pasti akan ada ganjarannya.

17 April 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Assalamualaikum...

Klik banner untuk join.

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini jika tidak paham2 je ok...
2. LIKE la page ni : PERSONAL BLOG |HAZWANHAIRY.COM
3. LIKE page penaja : I LOVE BLOGGING
3. Tajuk SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY
4. Tempek header diatas.
5. Link kan entry anda pada post entry ini

Menang Buku dari Kak Nora Karim

Assalamualaikum...

Tadi, waktu buka blog tiba-tiba nampak komen dari Akak Nora Karim. Saya menang Mini Giveaway akak nora. hehe. Alhamdulillah..rezeki saya. Terima kasih akak.

Jeng-jeng inilah bukunya...


Bertambah lagi koleksi buku saya. Tajuk pun menarik. Tak sabar nak baca..hehe. Terima kasih sekali lagi kepada kak nora. Semoga akak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. ^____^

Jom singgah dan follow blog akak Nora.


Wordless Wednesday #26 : Famous??

Assalamualaikum...



Errkk??


Auto Publish

Wordless Wednesday #25 : Stamp Camera

Assalamualaikum...



Auto Publish

Giveaway by DI #2

Assalamualaikum...



Syarat
1) Warganegara Malaysia.
2) Follow blog, follow twitter, like fanpage, follow friends, klik iklan dan like gambar sponsor yang akan letak di bawah ni k :)
3) Copy banner dan backlinkkan ke entry ini.
4) Tulis tajuk "Giveaway by DI #2"
5) Tinggalkan link entry di entry ini sahaja.


Nak join juga..klik banner di atas ye.


Ailurophobia aka Takut pada Kucing

Assalamualaikum...

Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ailurophobia aka Takut pada Kucing

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?

Sumber : HONEY Pet Shoppe

Tapi betul kan. Lagi orang takut, lagi kucing tu dekat..hihi. Fobia kucing tak apa, sebab bukan kita pukul atau sakitkan dia pun kan.


Kucing Comel

MasyaAllah..comel kan kucing-kucing ni. Nak semua. hihi.

p/s: Nak buka satu kedai kucing lah. ^____^

16 April 2013

Tutorial | Cara nak guna CTRL+ F untuk template baru

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lalu saya ada tulis entry, mengenai Blogger Template HTML Editor Baru kan. Rasa macam tak selesakan nak guna yang baru? Ye tak?. Sebenarnya memang guna editor ini lagi mudah dan mesra pengguna..Hehe..Bak kata +Hatimi Tahirruddin , siap warna warni lagi kodnya. Mudah nak nampak.

Ctrl+F


Tapi, kita susah hati sebab tak dapat cari kod dengan mudah.  Dah tak ada Tick Expand. Bila tekan Ctrl + F..cari kod tapi tak jumpa kan.

Baiklah, ini dia Cara nak guna CTRL+ F untuk editor baru.

  1. Klik  di dalam editor atau kotak edit template itu, kemudian tekan Ctrl + F pada keyboard anda.
  2. Nanti akan keluar kotak search:  macam gambar dekat bawah ini.
  3. Kemudian, masukkan kod yang anda nak cari, dan tekan enter.



Tutorial | Cara nak guna CTRL+ F untuk editor baru


Pastikan anda klik dalam kotak edit template tu ye. Kalau tak, memang tak akan keluar kotak search itu. Tak perlu tekan tanda (new fold markers '►') ini pun tak apa. Dia akan automatik carikan kod untuk anda. Nak cari kod yang seterusnya, cuma tekan enter dan enter dan enter sehingga anda jumpa kod yang anda nak cari.

Harap dapat bantu semua yang menghadapi masalah ini. ^____^


p/s: Tahu benda ni sebab nak edit blog tadi..hehe. Disebabkan tension dengan editor baru ni, saya explore sampai jumpa. Alhamdulillah jumpa. Selamat mengedit blog..hekhek. 



April Edition giveaway by dysha sahhir

Assalamualaikum...



  • buat entry  dengan tajuk : April Edition giveaway by dysha sahhir
  • kopi pasta banner diatas
  • follow blog dysha dan blog ixbarr
  • like 
  • klik sini dan sini dan sini
  • letak blog dysha dalam bloglist
  • letak url entry di blog dysha dan di ruangan entry ini sahaja
  • tarikh 16 april 11 pm -30 april 11 pm



pemilihan pemenang:
  • orang selalu komen diblog dysha  dan aktif di fanpage dysha.


cara nak menang:
  • bertapa di blog dysha dan komen je banyak-banyak di blog ini.
  • kalau nak seribu daya :) gud luck

pemenang 
  • 5 orang dicari



hadiah-hadiah:
top 1

  • 1 kechain sea glass tajaan ixbarr dan 1 set sticker (5 keping)



top 2
1 set sticker ( 10 keping)

top 3
1 set sticker (8 keping)

top 4
couple button badge (new design)

top 5
1 button badge ( new design)


credit to kak mia liana


Penakut Bebenor

Assalamualaikum...

Si kucing saya ni penakut bebenor. Tiba-tiba meluru dia lari masuk bilik saya. Ingatkan kenapa, rupanya ada kucing jantan mana entah tersesat masuk rumah dan bergaduh dengan kucing lain. Kelakar tengok dia, kelam kabut mencari tempat untuk menyorok. Masuk celah-celah rak buku. Tak lepas dan tak muat, last-last masuk dalam kotak.

Kucing
Menyorok..dan berjaga-jaga takut ada yang terkam..hehe.
Tak keluar-keluar lagi dari dalam bilik tu. Dia siap mengintai-gintai dari pintu bilik, nak keluar ke tidak. Sekarang dia tertidur depan pintu bilik. Alahai...sayang. Penakut sangat, sebab terlalu manjakan diri lah kot. T____T

Siapa dekat sini yang tak minat kucing? hehe..Bukan tak suka tapi geli kan. Faham-faham. Ada yang tak boleh main sebab ada asma. Ramai kawan-kawan saya macam itu. Dekat rumah saya je, dah ada 9-11 ekor kucing. hoho..pengsan.


p/s: Saya kalau jumpa kucing tengah jalan, teringat kucing dekat rumah. Tadi seekor anak kucing dekat rumah, dah mati..Sobsobs.


Rindu gila dengan blogger ini..

Assalamualaikum...

Rindu gila-gila dengan blogger ini..jeng jeng....

+Mar Haini Abdul Rahim dan juga Akak Maria. Rindu dekat akak berdua..sobsobs. Sanggup pergi baca komen lama-lama mereka berdua. Kak Mar, pergi rumah abangnya, itu saya dah tahu sebab hari itu dah message akak Mar. Akak Maria, tak tahu dia menghilang pergi ke mana. Balik lah akak-akak..rindu ni.

Ehh..yang lain pun rindu juga akak +nea lopah+miz ruha+huny madu+Mieza Jhaa K. Ramai lagi..Nak mention satu-satu jenuh den. Baru beberapa hari tak baca blog atau komen dari anda semua dah rasa rindu. Ohh..itulah penangan kasih sayang..hehee.. ^____^

Saya sedang menjalan aktiviti blogwalking. Sedikit demi sedikit, blog saya komen. Tunggu saya untuk sampai ke blog anda semua ye. T_____T


15 April 2013

Review Blog #4

Assalamualaikum...


Review Blog #4


Hohoho..ini blogger famous ini. Alahai segan pula saya nak review. Hehe..Blog ini penulisannya sempoi dan semanis tuan blognya. ^___^. Kalau baca rasanya, asyik nak tersengih je memanjang. Kalau nak komen pasal blog..blog tersusun, kemas je. Warna dan saiz tulisan pun mudah nak baca. Overall, semuanya okay. Loading pun no problem. Cuma pendapat saya, kalau boleh sidebar di letakkan di sebelah kanan. Banyak maanfaatnya. Boleh rujuk sini ye. Jom kita singgah dan follow blog ini.


http://b2uty-cookies.blogspot.com/

Blog ini menggunalan blogskin. Hehe..blogskin memang cantik dan ringan. Jadi tak banyak nak komen pasal blog ini. Pemilik blog ini pun masih muda dan peminat kpop ni sebab ada gambar Myungsoo ye dekat sidebar tu. Akak pun minat kpop juga. Kita geng..kihkih. Jom kita singgah blog adik ni.


Review Blog #4


Blog yang berwarna purple. Yeah..ramai betul ye yang minat purple. Hari ini saya review blog, kebanyakannya blog purple..hehe. Owner blog ini saya kenal. heee..Memang peramah dan mesra jadi memang tak rugi kalau kita komen mahupun blogwalking ke blog beliau. Kalau blog pula memang cantik dan kemas, jadi tak banyak nak dikomen. Jom blogwalking ke blog beliau.


http://lienliedot.blogspot.com/

Blogger ini juga pengguna blogskin. Memang kemas dan cantik, loading pun laju je.   Overall semua okay. Tapi sebaik-baiknya letakkan follower gadget ye sebab mudah blogger lain nak follow. Hehe..peminat Running Man ni, sebab ada Monday Couple. Kita geng juga. heee. ^___^ Jom blogwalking ke blog beliau.


http://dingraphic.blogspot.com/

Ini pula blog tauke vector..hehe. Blog yang simple dan ringan, header pun gempak dan sepadan dengan blognya iaitu Din Graphic. Tak banyak yang dapat dikomen tentang blog beliau ni sebab semuanya dah okay. Jemput ke blog beliau, jangan risau ownernya saya kenal, orangnya peramah dan insyaAllah kalau bodek dia, dia bagi vector seketul. hehe. Peace!


http://sweetsour93.blogspot.com

Blogger ini seorang doodler..Waaaa..Header blog yang sangat comel. Heee. Loading blog pun okay. Saiz dan tulisan pada entry blog pun mudah nak di baca.  Semuanya menepati selera saya. hehehe. Overall, semuanya okay. Blogger ini juga peramah orangnya dan jangan risau kalau anda semua blogwalking ke blog beliau, insyaAllah, nanti ownernya akan singgah semula ke blog anda.


Hanya 12 blog sahaja yang saya pilih. Selebihnya mohon maaf ye, mungkin lain kali, saya review lagi ye. Mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa dan sebagainya ketika mereview blog-blog anda semua. Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Yang baik itu dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Jom kita blogwalking ke blog mereka. ^____^


p/s: Yang tak ada header tu, maaf ye sebab tak dapat copy header anda semua. Line sangat-sangat siput sedut. T____T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by ! AINI ZAKARIA © 2014| Resolution: 1280x800px | Best View: Google Chrome